"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 29, 2012

.....one that got away @ Qurban.




Pagi subuh lagi saya sudah melangkah pergi untuk  menyaksikan acara  sembelihan Qurban di Masjid  Kg Sungai Batu, Selama Kedah. Ia kampung asal suami saya dan saya rasa agak seronok juga ingin bertemu saudara mara di kampung untuk uacara ini yang pertama kali saya saksikan.

Rupanya saya lewat sampai dan mendengar berita seekor lembu telah terlepas dari kawalan semasa diturunkan dari lori dan tidak dapat ditangkap semula. Pagar masjid habis dirempuh dan lembu itu menghilangkan diri dan taukeh lembu menggantikannya dengan seekor lagi untuk keesukan harinya.

Apa implikasi peristiwa seperti ini saya tiada ilmu dan pengalaman untuk mentafsirkan. Ahli jawatankuasa masjid menukar program dan memasak seekor yang ada itu untuk orang-orang kampung Sungai Batu dan mereka di kampung berdekatan. Alhamdulilah, amat meriah.



Menu biasa sahaja, iaitu Sup daging, ayer assam style Sungai Batu dan buah-buah. Penduduk Sungai Batu amat rapat dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun tidak ada pertalian darah. Ini satu fenomena yang baik tetapi kefahaman tentang Islam dan penghayatannya belum dapat  "dibanggakan". Walaupun majority penduduk  adalah Melayu tetapi sudah ada yang menyokong perkongsian kuasa dengan DAP. Saya agak terpegun mendengarkan perbualan sambil makan tetapi tidak mengambil bahagian. Maklulah, orang lelaki dominan di sini. Bahang PRU 13 sudah dirasai.

Gambar kenangan dengan sebahagian keluarga.

Masjid Sungai Batu. Cantik dan bersih.

Tetapi amat sedikit yang ke Masjid waktu subuh semasa saya bersama pada Hari Tasyrik pertama.
Dakwah adalah tanggungjawab bersama dan saya rasa bersalah.

Semoga kami dapat mencari jalan bagaimana mahu memakmurkan Masjid di sini. 
Semoga Allah menurunkan pertolonganNya.
Semoga kami tidak lalai pada tanggongjawab ini.
Ampunilah kami, Ya Rabb.....

....

4 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Seronoklah dapat menyaksikan qurban dilangsungkan. Dapat pula tu beramai-ramai menyediakan juadah yang kemudiannya dimakan bersama-sama.

Semoga lembu yang hilang dijumpai. Kalau tidak rugilah ribuan ringgit!

Yang lebih penting, semoga hubungan rapat di kalangan penduduk boleh menjadi pendorong yang menggalakkan mereka untuk sama-sama, sekata sehati, memakmurkan masjid.

siti megawati anak bambang said...

salammualikum iya. nampaknya sudah lama gue tak melihat sama lo punya blog.. wahh, nampak nya sudah bnyak orang nya menulis nulis.. tapi kali ini, cerita nya berkaitan sama lembu. gue pun pening kerana blog yang sebelumnya pun bicara tentang lembu. gue mahu kongsi sama lo, baru2 ini, gue ade terjumpa satu blog yang lebih bagus sihh, ianya cerita tentang masalah2 dunia, masalah baru, dapat kembang minda kalau lo membacanya, tapi gue pikir blog lo ini banyak bicara tentang masalah dan cerita peribadi. gue ada membacanya blog lo, gue berpendapat berkenaan dengan menziarah rumahnya org, jgn la kita sibuk bicara tentang org runahnya, itu tidak elok . dari kita sibuk bicara ttg rumah org lain, lebih elok la hiasinya rumah lo sendiri, masak2 yang enak baru suaminya lebih terpikat gitu..
ini pesana ikhlas dari gue ya, semuga ketemu lagi ya

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk. Kesuwon luangkan masa singgah. Alhamdulilah sekarang ini masih ada kekuatan untuk memandu jauh dan masih dapat meraih kemesraan. Semoga Allah mengurniakan Rahmatnya yang tidak terhingga di sini dan di sana. Untuk Pak Temuk juga sekeluarga.

ngasobahseliman said...

Salam Sister Siti.
Thank you for visiting. I appreciate your kind observation and will take note for future entry.

Related Posts with Thumbnails