"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 10, 2012

Senyum...



Wajah ini....
Sentiasa senyum riang
menyemarakkan nur kasih berulang-ulang
tanpa dirangsang
Memikat hati siapa jua yang memandang
ingin mendakapnya dan merasakan indahnya kasih sayang.

Hati yang risau penuh masaalah harian
melihatnya pasti akan sama tersenyum, rasa tenang, riang
tersohor kasih seorang insan untuk seorang insan
tanpa berharapkan balasan

Seperti itulah kasih yang suci, luhur
berjasa dan berkorban apa jua
 tanpa bicara apa akhirnya

Hanya mencari RedhaNya semoga bahagia
di sini dan di Taman Firdaus tempat bertemu
selamanya....

....


9 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Kak, sebenarnya saya membca setiap N3 kak dan sesekali cuba komen tapi tak dapat. Hari ini cuba lagi.

MasyaAllah sangat comel anak ini.. cucu ya..

Werdah said...

Alhamdulillah, kini saya tahu di mana silap saya semasa enter the code..

ngasobahseliman said...

Salam dear Werdah. Alhamdulilah kita dapat berhubung lagi. Semoga sihat2. Ini telatah cucu saban hari. Penghibur hati lara, kata orang2 tua. Umurnya satu setengah tahun. Darling of the family. Doakan ia membesar jadi anak yang solehah dan cemerlang demi kegemilangan Islam.

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum.

Saya pernah dengar satu kuliah,tapi sudah lupa dimana dan siapa "Tanda anak yang mendapat rahmat Allah itu,apabila kita pandang dia hati kita rasa tenang dan bahagia." Saya cuba cari kat mana-mana buku belum lagi terjumpa.

ngasobahseliman said...

Ameen, Ya Rabb. Saya mendoakan ia sentiasa begitu. Kalau Simah jumpa, rekod di sini. Tq. Salam.

Werdah said...

Salam kak... singgah sekali lagi .. InsyaAllah didoakan agar jadi anak solehah untuk cucu ini yang manis senyumnya.

"Ikhlas dan sejati akan bertembung di dalam senyuman anak kecil, senyuman yang sebenarnya senyum. Senyum yang tidak disertai apa-apa" (Hamka)

Tiba-tiba teringat lagu penyanyi rap tempatan "senyum...tak perlu kata apa-apa"

ngasobahseliman said...

Salam Werdah, Betul tu. Senyum dan tak perlu kata apa-apa, especially kalau baru bangun tidur. Kata Ustaz: Senyum itu pun dikira Sedekah. Alangkah mudahnya Allah beri peluang beramal.Maha Tinggi Allah.

Kerabu Jantung said...

muahhh...muahhhhh......masyaAllah, comelnya,anugerah Allah yang tak terhingga!

ngasobahseliman said...

Alhamdulilah.Seronok melayan cucu-cucu umur sebegini. But they grow up so quickly that we have to play we them in different ways. Change is inevitable. May Allah always bless.

Related Posts with Thumbnails