"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 5, 2013

hanya teringat.........



Engkau lahir liar dari negara luar
Tapi kerana engkau cantik istimewa
Kau di diangkat ditatang di laman sutera
Lebih dari yang lahir di bumi pusaka
Engkau duduk di persada pesona

Ada manusia yang suka memuja
Kerana engkau cantik ramai yang jadi leka
Terperankap dalam minda separa sedar belaka
Mengejar apa yang difikirkan itu bahagia. 
Biasanya  akan kecundang dan kecewa..

Manusia memang bersifat begitu
Yang cantik bukan milik itulah yang ia tertarik
Yang indah di taman sendiri tidak dipeduli
Kerana mahu diiktiraf  jejaka punya tenaga gagah perkasa
Walaupun hanya setakat dibibir sahaja.

Wahai teman.....sama-sama kita fikirkan
Jangan samapi sudah terhantuk baru hendak terngadah 
Nanti bingung mahu menerima hakikat  berpadah
Bersama bina tekad mahu mengubah dan berubah
Semoga di hujung hidup ini ada tempat untuk berpasrah.

Ya Rabb...

...

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. aamiin

Dalam sekali maksudnya kak..

Semoga kita rehindar daripada ujian yang berat ini.

Makbonda61 said...

Salam.

Kalalah hantukan itu adalah satu penyelamat,biarlah berlaku dengan lebih kerap,tapi yang lembut-lembut,yang mampu kita menahan. Agar tidak menerima hentukan yang lebih keras nanti di dunia akhir.

ngasobahseliman said...

Salam Werdah. Semoga Werdah pun sihat-sihat juga. Akak sedang seronok ke Cerajem. Sambil rawat diri sempat juga fikir-fikr apa yang berlaku di sekeliling kita. Kata orang 'alim, kalau kita dikelilingi dengan orang baik-baik, mudahlah kita jadi baik. kalau sebaliknya, bahaya bagi kita. Semoga Allah sentiasa memelihara dan mengampunkan dosa-dosa kita.

ngasobahseliman said...

Betul tu Simah. Simah jadi guru banyak peluang membentuk generasi muda. Semoga orang Islam akan kuat berlandaskan kasih sayang dan toleransi. Kalau ada duri dalam daging maka kita akan maju mundur. Macam mana nak capai matlamat.
Sama-sama kita doa Allah menunjuki jalan dan memelihara perjalanan kita. Salam.

Related Posts with Thumbnails