"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 26, 2013

Hebatnya Berlainan...



Alhamdulilah, Allah kurnia semuanya punya bakat istimewa yang tersendiri.
Bakat istimewa cucu-cucu yang empat ini terserlah kalau kita dengan penuh minat dan keperhatinan dapat melihat dan mendengari mereka dengan mata hati dan dengan hati yang mahu mengenal kebesaran yang maha Pencipta, Tuhan sekian alam.

Yang tertua Huzaifah. Ujai panggilannya.
Yang kedua Humaidi. Akif lebih mudah sebutannya.
Yang ketiga Haniya. Asim tak kira apa.
Yang keempat Aqil. Lupa nama penuhnya.
Semuanya bermula dengan Muhammad. Tetapi tidak seorang pun yang dipanggil dengannya.

Huzaifah tahun dua. Tahun satu di Adni Islamic School tinggal dengan saya.
 Kini di Bangi bersama ibunya.
 Kelainannya mencabar kesabaran. Kurang daya tumpuan.
Duduk sebentar, tak tahan dan akan bangun berkeliaran.
Mathematik mudah faham tetapi membaca masih terkial-kial
 dan kemajuannya perlahan. Mudah bertutur dan berbahasa, tetapi hanya 
mengikut kehendaknya sahaja.
Untuk tumpuan ia perlu galakan yang tidak membosankan. Bila kena pada minatnya ia boleh concentrate panjang. Tetapi agak sulit untuk ramalan.

Akif pula berlainan. Belum ada sepertinya dalam keluarga tersayang.
 Ia di tadika sekolah kebangsaan. Mudah diajar dan kata gurunya dari segi pemahaman 
tidak perlu dibimbangkan.
 Cuma ia perlu diperhatikan dari segi kemahuan. Dia suka merentas jagaan dan bila berminat dengan sesuatu dia akan pergi tetapi tidak mengerti jalan pulang.
 Ibunya selalu kehilangan dan sekolahnya sudah dimaklumkan ini satu "keistimewaan".
Dia suka 'speaking London' dan dengan Ujai kamcing sakan.
 Saya seronok medengar celotehnya bersendirian.
Vocabnya hebat secara bandingan dan siapa jua boleh terpegun bila digunakan
seperti dewasa dalam perbualan.
Dengan ibunya suka bercerita panjang mengikut yang di dalam buku
sebagai 'umpan' untuk seketika duduk diam. 
Seperti Huzaifah tenaganya seperti tiada sempadan.
Dari pagi ke malam ada sahaja yang difikir untuk maianan.
Tidur siang sebentar sekadar "charge battery" untuk cari lawan.

Asim Haniya seperti  'gentleman'. Selalu steady dan mudah berkawan. 
Banyak memerhati kedua abang dan ikut serta bila minatnya sehaluan.
Sering juga di "bully" abang tetapi mudah di bela tanpa menjejas hubungan.
Ia kreatif dalam membina permainan tetapi mudah berang jika dikacau dan dirosakan.
Masih banyak bergantung pada ibu untuk kepastian. Bila rasa terpinggir
akan menangis berpanjangan menagih pujukan.
Sentuhan kasih sedikit sahaja pun sudah rasa kepuasan. 
Air mata yang tadinya seperti sungai mengalir mudah sahaja dikesat dan terus diam.
Akan sambung buat mainannya, lega tiada lagi gangguan abang.

Aqil saya jaga semasa berpantang selama sebulan. Malam selalu menangis tapi kini
seperti punya keberanian yang saya tak sangkakan.
Ia tidak takut orang dan suka menyakat kawan bila ada kesempatan. 
Cucu saya Amanni sering jadi "mangsa" perhatian dan akan menggigit jika tiada layanan.
Saya suka memerhatikan kerana dia mudah iri hati jika terasa diketepikan.
Sekarang hampir 2 tahun tetapi sudah "terserlah kedewasaan".
Seperti mahu setanding dengan abang-abang dan sepepu bila berdekatan.

Ibunya pasti kepenatan. Kini tiada pengasuh dan pembantu untuk meringankan bebanan.
Dia punya caranya sendiri maka saya biarkan.
Baru empat orang dan bermimpi untuk dapat tambahan dengan harapan perempuan.
Semoga impian jadi kenyataan.
Semoga semuanya membesar menjadi pejuang menegakan Kebenaran
Dengan kemampuan yang istimewa tiada halangan
Hidup sejahtera dalam dakapan Redha Tuhan. 
Dengan izin dan kehendak Allah yang maha pengasih maha penyayang.

Itulah nikmat kurniaan Tuhan. 
Jangan hanya bersyukur kalau semuanya seperti yang diidamkan.
Allah itu maha Menentukan. Ilmunya tidak terjangkau oleh jin dan manusia di seluruh alam.
Ia maha Adil, maha Mengetahui buruk baik sesuatu kejadian.
Jangan manusia bersedih hati jika impian tidak kesampaian.
Habuan ciptaannya ada yang tersembunyi dari kenyataan. Supaya hambanya mengerti kesemuanya milik Tuhan yang maha kasih sayang melebihi kemurkaan.
Jangan ragu sedetik pun dan yakin Allah tidak mensisa-siakan.
Segala ciptaannya punya keistimewaan, Dan Rahsianya tak terjangkau akal fikiran.
Manusia kerdil yang hanya perlu mengikhlaskan pengabdian.
Kerana di hujung segala ujian ada habuan.
 Asalkankan sahaja hati menerima penuh keredhaan.
Bergantung sepenuhnya padaNya yang maha Menentukan.
Janji-janjiNya jangan diragukan. 
Kita melutut sujud pasrah, berusaha memenuhi kehendak sunatullah,
Pasti  Allah "berkejaran" menerima kita sebagai hamba sejati memohon keampunan. 
Dan Taman-taman Syurga tertinngi menanti ketibaan
Di sana nanti bahagia sejahtera berkekalan.

Ameen, Ya Rabb.
Wahai yang maha Pengasih maha Penyayang.

....

2 comments:

Makbonda61 said...

Salam,

Saya terlihat gambar family puan dalam FB,dalam sessi photography. Subhanallah meriahnya,nampaknya anaka-anak puan agak productive,saya selalu menggalakan adik-adik yang punya DNA pandai dan dekat Islm,punya income yang baik,beranaklah banyak-banyak,tidak perlu di sekat-sekat,agar dunia ini dipenuhi oleh umat-umat Islam yang berkualiti.Pada anak-anakpun saya katakan begitu,tapi anak-anak saya belum ada yang kahwin,nanti Insyaallah saya akan tolong jaga anak-anak mereka.Saya sentiasa doakan mereka.

(senyum)

ngasobahseliman said...

Dalam kita mencari dan menentukan rakyat berkuality, kita jangan tergelincir dari tujuan asas, i.e cari redha Allah. Maka yang penting ialah memastikan apa jua ketentuan Allah kita usaha membina anak-anak sebaik mungkin.Kita ikhlaskan segala usaha. Pada Allah ia lihat kekuatan pengabdian kita. Semua ciptaannya tidak sia-sia. Semua ada fungsi yang Allah suruh kita prihatin melaksanakannya.Rahsianya tidak terjangkau aqal kita. Salam.

Related Posts with Thumbnails