"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 24, 2013

Takut....





Saya sendiri tidak tahu.
Saya sendiri rasa tidak menentu bila saya bersama anak diberi tahu oleh doktor pakar bahawa cucu saya ada elemen istimewa, iaitu seorang dikategorikan sebagai menghidap "mild Otisma" dan seorang lagi sangat aktif yang memerlukan khidmat pakar "child psychitrist"  untuk membantunya  ada daya fokus.
Saya rasa pada mulanya seakan-akan cemas dan sangat khuatir kerana tidak tahu apa kesan sebenar jangka pendek dan jangka panjang pada kedua-duanya. Anak saya lebih tabah hati dan melalui proses yang rumit dalam membantu anak-anak istimewa mengawal dirinya penuh kesabaran. Alhamdulilah. Anak saya tidak terperangkap dalam fenomena "self denial" dan dengan steady cuba mendapatkan kepercayaan ayah anak-anak dengan penuh keyakinan bahawa dugaan Allah sedikit sahaja. Senyap-senyap saya katakan padanya kalau berat ujian dan dugaan Allah sekalipun, kita terima penuh kesyukuran kerana kita mahu jadi hamba yang sentiasa bersyukur kerana kita hambaNya dan kita mahu mencapai darjat hamba seperti yang Allah kata dalam alQuran dalam surah Al Fajr.

Saya dengan penuh insaf membuat bacaan sendiri dari maklumat di internet untuk memahami fenomena ini. Makin saya tahu, makin saya lega. Kebesaran Allah itu sukar kita merasai sepenuhnya hingga kita melalui pengalaman-pengalaman yng menyentuh secara langsung. Alhamdulilah. Allah memberi peluang pada merasai kasih sayangNya denga cara yang tidak pernah saya duga sebelum ini. Saya mula merasakan bahawa apa yang tidak kena dihati kita itu tidak  semestinya suatu musibah. Tidak ada musibah jika kita membuka minda dan menerima ketentuan Allah secara positif. Cara Allah menyentuh hati-hati kita hanya Dia sahaja yang maha mengetahui apa yang terbaik di sisiNya. Maka itu menjadi  doa kami sekeluarga. Apa jua yang Allah kurnia pasti ada hikmahnya.

Maka tugasan dan tanggongjawab saya di Tadika SUFI  dalam hal ini amat relax sekali. Bila mendengari rintihan murobbiah mengenai anak-anak yang aktif luar biasa, saya sudah "pandai" memberi nasihat supaya bersabar kerana tiap-atiap anak ada keistimewaan masing-masing. (Hati saya sudah pandai tersenyum). Saya perhatikan ada  ibu-ibu muda masih takut untuk menghadapi kenyataan mengenai hal pembesaran anak-anak. Ada yang berkecil hati jika mendengar sungutan-sungutan dari murobbiah yang lain walaupun mereka tidak bermaksud apa jua yang negatif. 

Maka saya berbincang dengan teman yang sama-sama mengurus SUFI bagaimana kita dapat membantu. Fikir punya fikir kami teringatkan bahawa dalam keluarga ada doktor-doktor pakar yang boleh mendapatkan pertolongan dari kawan-kawan doktor dalam bidang "child development". InsyaAllah kami sedang merancang Doktor bekenaan meninjau anak-anak SUFI secara am daulu sebelum membuat apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Di SUFI sekarang ini ada anak yang belum boleh bercakap sedikit pun walaupun sudah berumur 4 tahun. Dia tidak pekak sebab apabila dipanggil namanya dia respon dengan baik dan serta merta.  Ada pula anak yang ibunya susah menempatkannya di Bahagian Tadika walau pun sudah berumur lebih 5 tahun. Dia tidak boleh berpisah dengan adiknya yang berumur 3 tahun. Ada juga anak SUFI yang rumit dikawal dari segi mengawal naluri marahnya dan selalu sahaja mengacau ketenteraman anak-anak yang lain. Harapan kami lawatan doktor secara tidak rasmi ini dapat menasihatkan ibu-ibu terbabit membuat tindakan yang sewajarnya. 

Semoga Allah menunjuki jalan, memudahkan segala urusan semua yang terlibat dan semoga pengalaman ini membuat kami semua mahu menjadi lebih hampir dengan Allah yang maha pencipta, maha bijaksana dan maha kasih sayang pada hamba-hambaNya. Semoga usaha kami mendapat redhaNya.

....

2 comments:

Makbonda Hasimah Hj Zailani said...

Assalamualaikum puan.

Dari masa kesemasa keyakinan saya semakin tinggi. Sesuatu kejadian yang mendukacitakan yang berlaku kepada kita atau mereka yang hampir dengan kita rupanya diturunkan untuk menaikan nilai tambah disudut lain pulak, contohnya baru-baru ini anak kepada sepupu saya mengakhirkan kehidupannya setelah berjuang lukimia,aruwah baru 22 tahun.Sekarang keluarganya yang masih tinggal tinggi pengetuahuannya berkaitan penyakit ini dibanding dengan saya.

Dahulu saya tidak berapa ambil berat tentang penyakit berkaitan jin,namun apabila adik saya terlibat saya menjadi pandai mengenainya.
Salah seorang adik saya juga anaknya bermasaalah jantung sejak lahir. Sekarang dia boleh bercakap tentang jantung seperti seorang doktor layaknya.

Wallahuaalam.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam Shima. Betul cakap tu. Dua orang cucu saya istimewa. Seorang mild autism dan seorang lagi hampir hyper aktif. Sedang dalam penelitian doktor pakar.
Saya sekarang tidak suka guna perkataan musibah sebab ketentuan Allah bukan musibah jika kita faham erti qadha dan qadar. Begitu fahaman saya. Musibah hanya pada orang yang tidak mentauhidkan Allah. WaAllahua'lam.

Related Posts with Thumbnails