"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 31, 2014

DAYUS ! ....



DAYUS
Itu terjemahan hati saya bagi mereka yang mampu membantu
Rakyat Gaza tetapi memilih untuk menyepi.
Bukan menyepi pun....kata suami saya.
Mereka pura-pura peduli tetapi dihati mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Antara yang saya difahamkan ialah negara Islam yang berkemampuan 
seperti Saudui Arabia yang seharusnya membantu 
dengan berbagai cara
tetapi enggan kerana kepentingan-kepentingan
mereka sendiri. Egypt mungkin tidak mampu dari segi wang ringgit, tetapi mereka boleh membuka laluan di Raffah. Tetapi mereka meletakan dasar yang menysahkan bagi rakyat Gaza keluar masuk. 
Bukan rakyat Gaza sahaja yang bermasaalah, tetapi mereka yang bukan rakyat Gaza tetapi mahu datang membantu pun mendapati 
peraturan keluar masuk tersekat. Antaranya adalah
 doktor-doktor perubatan luar negara
 yang datang secara sukarela. Mereka bukan Islam dan
mahu membantu kerana mereka faham apa yang 
sedang berlaku di Gaza sekarang ini

Kita tidak perlu bertaraf Muslim untuk membantu. Kita hanya perlu punya hati perut dan berperikemanusiaan.

We Don't Have To Be Muslim to Help.
We only Need to be Human.

Itu kata-kata di Laman Sosial yang saya terbaca.
Sungguh benar! Zionist Yahudi sememangnya adalah golongan manusia
yang buta hati dan buta segalanya!

Sepanjang Ramadhan dan hingga kini, saya sentiasa tersedih hati
 melihat apa yang berlaku di Gaza Palestine...... Seperti tidak ada semangat mahu berHari Raya. Saya dan suami tidak menghantar ucapan pada sahabat handai dan sanak saudara. Namun dihati masih terasa perlunya mengeratkan hubungan kasih  keluarga kecil, keluarga besar, masyarakat dan negara.

Jika hubungan ini benar-benar erat dan kuat, maka saya percaya amat mudah kita berusaha  memadu kekuatan dan keunggulan ummah.

Mengapakah kita sepertinya membiarkan sahaja anak-anak Palestine dan wanita dan orang-orang tua dibunuh Israel laknatullah itu. 
Harta benda dibom dan dimusnahkan. Keselesaan hidup dinafikan. Mereka hidup dalam kelaparanan dan kesakitan. Tidak ada tempat perlindungan panas, apatah lagi dari ledakan peluru yang tidak mengenal belas kasihan. 

Ini soalan hati saya yang amat desperate yang seperti meronta-ronta
 mahu ke sana membantu apa jua.

Namun tiada upaya...atau belum cukup semangat kepedulian di dada!
Saya sangsi dengan hati saya. Kalau hendak seribu daya.
Saya belum dapat mengatasi bisikan hati ini....

Cuma doa yang dapat dipanjatkan semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Sumbangan wang ringgit amat kerdil jumlahnya. Saya dan suami berikan juga sabagai tanda kami tidak sekongkol dengan mereka yang mengkhianiti dan menzalimi manusia. Hingga ana-anak kecil menjadi mangsa.

Saya percaya Allah sedang melihat dan menilai komitmen Iman kita.
 Masih mahu melihat bukti kita jitu dalam pengabdian diri dan tidak menyekutukanNya walau setitik dan sedetik sekalipun.
Saya ajukan ini pada diri sendiri....bertubi-tubi!

Kalau kita jauh dengan Allah, dan menyedari hakikat itu dan benar-benar jelas dan menginsafi kelemahan dan kekurangan diri,
maka Allah pastinya mahu kita membuat perubahan.....

Dalam saya berfikir-fikir sendirian, saya tertanya-tanya juga apakah yang sedang berlaku di kalanganan negara-negara Islam dalam hal ini.
Seperti tidak ada pembelaan yang jelas dan nyata. Walhal negara Islam punya kekayaan anugerah Allah swt, kekayaan yang negara bukan Islam amat kurang.

Semoga kita punya keberanian  untuk berdikari 
dan hanya bertuhankan Allah yang maha Pencipta segalanya, Allah
yang maha Berkuasa dan hanya DIA yang maha mengetahui dan maha Adil
mentadbir makhlukNya.

Kami memohon keampunan Mu, Ya Rabb.
Peliharalah kami Ya Rabb,
Anugerahkanlah kemenangan dan kesejahteraan pada Rakyat Gaza
dan Palestine seluruhnya.

Semoga kami bukan dari golongan mereka yang Dayus..
Demi KEBENARAN,
dan Kebenaran itu tidak pernah memihak...
Allahuma Amiin.

... 
foto ehsan google

No comments:

Related Posts with Thumbnails