"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, July 25, 2014
Mendengari rayuan hati.......
Pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan Ustaz mengingatkan bahawa Allah swt menanti-nanti untuk mendengari rayuan dan rintihan hati-hati hambaNya. Allah pasti mengampunkan dan mengurnia permohonan setip hati hambaNya yang tulus dan ikhlas....iaitu hamba-hambaNya yang benar-benar menghayati erti seorang hamba hingga keperingakt Allah sendiri dapat menyebutkan hati itu sebagai 'nafsulmutmainnah' dan 'hambaKu ' seperti yang disebutNya dalam ayat 27-30 dalam alQuran surah AlFajr.
Setiap siang harinya, saya akan terfikir-fikir sudah sampai kemana rintihan hati saya sendiri yang dirasai sangat jauh perjalanan menuju taraf yang Allah sebutkan itu. Tetapi terniang-niang pesanan Ustaz supaya berterusan bermunajat. Jangan difikirkan hasil nya kerana itu adalah domain Allah yang mutlak. Kita hanya merayu...dan terus merayu walaupun nanti kita melepasi waktu keistimewaan Ramadhan yang Allah turunkan segala keajaiban yang padat yang terkandung dalam penurunan alQuran.
Subhanallah...Allahuakbar !
Bercerita mengenai mendengari rayuan hati saya ingin kongsikan cerita cucu istimewa saya bila ibunya melahirkan seorang lagi baby boy. Pada hari Sabtu 19 Julai Allah mengurniakan seorang lagi cucu lelaki dari anak perempuan saya. Alhamdulilah....
Maka saya dan suami pergi ke Putrajaya lewat pagi itu untuk mengambil 4 orang cucu lelaki yang telah ada. Maka culup 5 lelaki buat anak sulung saya. Lelaki atau perempuan kurniaan Allah tiada bezanya di sisiNya. Hanya manusia yang suka memilih atas sebab-sebab yang bersifat kemanusiaan semata-mata. Sebab itu dalam sejarah anak-anak perempuan di bunuh kerana kononnya mereka membawa 'sial' dalam kehidupan.
Itu fikiran dan tindakan jahiliah.
Maka saya berterusan berfikiran dalam perjalanan balik ke Kampung Tunku dengan 4 orang cucu yang hero-hero belaka. Yang sulung Huzaifah (Ujai) 9 tahun dan yang kedua Akif, 7 tahun. Kedua-duanya istimewa. Dalam umur sebegini senja bagaimana agaknya saya akan menjaga dan mengurus mereka tanpa pembantu rumah.
Sudah terbayang kepenatan dan berbagai "kepeningan"....
Ah...saya menidakan fikiran saya yang bukan-bukan. Seorang teman saya mengingatkan supaya bersabar kerana Malaikat-malaikat Rahmat pastinya sentiasa bersama mereka kerana waktu ini mereka adalah dalam lingkungan umur Ahli Syurga. Saya rasa amat lega dengan motivasi dari teman saya itu dan senyum sendirian sepanjang perjalanan.....
Berdoa.....Semoga Allah memudahkan semuanya.
Untuk memaku perasaan redha, Allah turunkan ujian pada keesukan harinya. Amanni, cucu perempuan yang sememangnya tinggal bersama saya, telah terjatuh akibat bergelut dan berebut mahu duduk di atas kerusi yang hanya satu sahaja di hadapan meja komputer saya.
Pastinya Amanni kalah dan terjatuh. Untuk memendekan cerita, tangannya terkehel dan retak tulangnya sedikit. Empat lelaki berumur 9,7,5 dan 3 tidak mahu memberi laluan pada Amanni yang 3 tahun umurnya.
Siapa yang hendak dipersalahkan?........
Saya berfikiran panjang dan lantas teringat ini berlaku dalam 10 akhir Ramadhan.....
Allah sentiasa mendengari hamba-hambanya dan istimewa sekali pada malam-malam akhir itu.....
Di Tanah Suci Makkah malam 27 Ramadhan amat mengundang hati-hati manusia berpusu-pusu datang ke Masjid Haram. Saya berpengalaman hanya sekali sahaja suasana itu, ia itu dalam tahun 2010. Tidak mudah menggambarkan perasaan hati.....
Biarlah rasa hati itu menjadi ingatan sendirian setiap tahun.....
Biar Allah yang menilai kerana Dia maha Mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Dan dia maha Pengampun dan maha Mengasihi hamba-hambaNya yang benar-benar MentauhidkanNya dan tidak pula sombong dan bongkak mendabik diri...
Hati ini masih kerdil, masih jauh dari satus "hamba". Hanya sahaja saya akan terus berdoa semoga mendapat pengiktirafan itu.........
Saya yakin, apa jua keistimewaan rasa hati sesaorang yang berlaku di Makkah boleh dirasai dimana jua dengan izin dan kehendak Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang pada hamba-hambanya. Dia maha mendengari rintihan hati kita tidak kira di mana kita berada. Di sisiNya tiada beza.....
Doa adalah satu hubungan istimewa antara hamba dan Haliqnya, dan Allah memberi tumpuan pada keikhlasan hatinya.
Hanya kita yang merasakan dan berperasaan yang ada kelainan dan mungkin ia boleh tersalah takrifan. Ini fikiran sendiri, WaAllahua'lam....
Di Palastine, khususnya di Gaza ketika ini, (dan di mana jua umat Islam dizalimi) saya membayangkan ribuan dan mungkin tidak terkira bilangan malaikat-malaikat Rahmat yang Allah turunkan untuk mendengari rintihan hati-hati yang luka dan kesakitan.....semoga Allah menurunkan pertolonganNya yang tidak terduga pada akal manusia.
Apalah saya di sini.......
Tidak merasai penderitaan, kelaparan dan seksaan....
Ujian menjaga cucu-cucu ditakrif "istimewa" pastinya tidak terbanding sama-sekali dengan rasa kalut dan takut dan bingung ibu-ibu yang menghadapi serangan bom dan peluru berpandu dalam suasana peperangan.....
Saya insaf dan rasa amat malu mahu bercerita tentang "susahnya" menjaga cucu-cucu saya yang dua itu....
Semoga Allah kurnia RahmatNya yang tidak terhingga...
Dan di malam-malam akhir Ramadhan ini Allah kurnia sesuatu yang membawa bahagia dan sejahtera untuk selamanya....
Aameen ya Rabb.
.....
(foto ehsan WhatsApp).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment