"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 26, 2016

Akif khatan....karenah anak istimewa.




Akif berumur lapan tahun dan dicuti sekolah yang baru lalu ia berkhatan. Perkara biasa bagi anak-anak yang sempurna. Akif istimewa. Ia anak otistik, cucu kedua saya.

Akif lahir di Tokyo Jepun pada thaun 2007 dan saya menjaganya semasa ibunya berpantang selama hampir 3 bulan di sana. Ibunya menyambung pengajian di Waseda University.

Anak saya mahu mengkhatankan semasa bayi lagi di Tokyo. Lebih mudah mengurusnya berbanding bila meningkat umurnya. Di Malaysia berkhatan umur bayi tidak memerlukan dibius sepenuhnya. Hanya dibius tempat berkenaan sahaja. Tetapi di Tokyo Doktor mahu ikut prosidur bius sepenuhnya. Saya tidak membenarkan kerana Akif bayi yang sihat mengapa mahu dibius sepenuhnya 
kerana bius itu sendiri pun ada risikonya.Seorang teman doktor pernah memberi tahu saya. Anak saya akur.

Saya cadangkan  kita khatankan dia apabila pulang ke Malaysia dalam umur yang biasa anak lelaki di khatankan. Manalah kami tahu Akif rupa-ruanya dilahirkan istimewa. Ia otistik dan doktor di Malaysia pun kata ia harus dibius penuh kerana takut ia tidak memahami prosidur yang boleh mengakibatkan sesuatu tindakannya yang bahaya. Kami ikut sahaja kata doktor dan Akif dibius penuh. Itulah takdir namanya. Akhirnya kena bius penuh juga si Akif. Allah yang maha berkuasa dan maha bijaksana.



Saya tidak mengikutinya ke bilik bedah. Anak saya menceritakan pada saya bahawa Akif amat banyak soal pada doktor yang mengendalikannya. Pertanyaannya seperti pertanyaan orang dewasa dan terpelajar. Bukannya Akif seorang yang luar biasa dari segi kepintarannya. Tetapi ia punya kekeuatan mendengari dan mengingati yang kuat. Suatu hari dia bertanya dengan saya mengenai Gravity. Agak terkejut saya. Saya kata saya tidak tahu. Dia pun membuat penerangan. Betul penerangan itu secara ringkas dan saya tanyakan macam mana dia tahu. Tengok Di TV katanya.

Maka soalan yang keluar dari mulutnya apabila mula sedar ialah: "Am I already Dead?" Terkejut siapa jua yang mendengarinya.....kemudian senyum ketawa. Ini cerita ibunya pada saya.

Akif bijak berbahasa Inggeris dengan slang American hanya menerusi apa yang di tonton dan didengari di TV. Sebenarnya diumur 8 tahun dia belum boleh menulis dengan baik dan belum boleh membaca dengan lancar, terutamanya Bahasa Melayu. Pertuturannya sentiasa bahasa Inggeris dahulu. Jika orang berbahasa Melayu dia kurang minat melayannya. Di kelas tution Fardhu Ain, ustazah menghadapi sedikit masaalah dengan Akif kerana Ustazah tidak berapa mahir berbahasa Inggeris.

Begitulah karenah anak istimewa. Akif Otistik yang dikira kurang serious kerana dia boleh bertutur. Tetapi dia bermasaalah dari segi terlalu aktif dan ada lagi sifat-sifatnya yang hanya Ibunya yang tahu.

Di Sekolah saya di SmarTop, saya minta guru-guru berwaspada lebih dengan anak-anak yang berlainan minat dan berlainan tingkah laku kerana mengenal pasti anak istimewa memerlukan kepakaran. Jika terlalu bermasaalah kami memperakukan pada ibu-bapanya untuk berjumpa doktor pakar dan mendapatkan nasihatnya. Akif dikonfirm otistik dalam umurnya 6 tahun. Sebelum itu selama 2 tahun ibunya berurusan rapat dengan doktor pakar. Saya membantunya bila diperlukan dan bersesuaian.





Itulah cerita Akif yang saya suka kongsikan untuk iktibar. Ramai ibu-bapa yang bersikap tidak percaya atau "self-denial" jika disebut anaknya perlu nasihat doktor pakar. Semoga kita berlapang dada dengan anak-anak yang perlu perhatian iatimewa ini. "Children with special needs" jangan dipinggirkan semata-mata kerana ia ada kekurangan dan kita rasa malu. Tiada Ciptaan Allah yang sia-sia. Itu disebut dalam alQuran. Semua ada hikmahnya.

Jom kita bantu anak-anak ini. Semoga Allah kira kita menyumbang ke arah kesejahteraan ummah dan mendapat ganjaran di akhirat. Aamiin.....

Mohon taufiq hidayah Mu ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails