"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 27, 2016

Berkejaran dan berpanasan....





Saya dan anak angkat saya Widat ke Tadika SmarTop diTangkak semalam untuk berbincang penubuhan sebuh Koperasi yang boleh membantu Tadika kami mendapat sumber kewangan yang lebih konsisten.

Di Tangkak pun cuaca amat panas dan alat pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik. Rasa seperti berkejaran dan berpanasan di padang pasir. Semoga tidak keterlaluan pandangan saya ini kerana seperti tidak bersyukur. Walaupun panas, Allah masih kurnia berbagai nikmat yang lain. Angin masih bertiup dan hujan sedikit-sedikit turun untuk mengimbangi cuaca yang panas.

Kami bertemu dengan Hajah Nortipah untuk menerangkan bagaimana Koperasi boleh ditubuhkan. Nampak macam mudah dan hajah Nortipah di cabar oleh pegawai yang memberi penerangan bahawa peruntukan kerajaan tidak digunakan dan dikembalikan kerana penubuhan koperasi amat lembap katanya. Tidak suka saya mendengarinya kerana proses penubuhan sebenarnya pun sudah rumit. Syarat untuk mengadakan 50 orang ahli pun merupakan satu syarat yang berat kerana kami berada di Tangkak dan Tangkak bukanlah  satu lokasi yang punya penduduk yang mewah.

Kami masih berusaha untuk menjayakan penubuhannya untuk menyambut cabaran pegawai tadi.

Dalam pada itu kami pergi ke Muar dan juga ke Bukit Gambir untuk membeli peralatan sekolah Tadika kami. Cuaca di dua bandar itu pun panas juga.

Teman saya mengingat diri masing-masing supaya insaf kerana panas di Padang Masyhar nanti tidak terduga panasnya dia jika kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang soleh, maka tunggulah balasan yang amat mengerika. Rasa tersentak juga di hati dengan peringatan itu.

Kerja sedikit banyak komplain.

Mohon keampunan mu Ya Rabb.....


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails