"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 12, 2016

Menyantuni orang berilmu.....




Semasa di Jakarta saya dan teteman pergi ke Expo buku-buku Islami (15th Islamic Book Fair) selama dua hari untuk membeli buku-buku keluaran terkini beberapa penerbit dengan harga yang lebih murah berbanding dengan jualan buku-buku di Kuala Lumpur. Ini kali kedua saya saya menghadiri Expo seperti itu. Tetapi kali ini saya kurang kederat untuk melihat jualan buku di semua kaunter kerana terlalu besar, terlalu ramai pengunjung dan udara kurang sejuk bagi saya yang membuat saya cepat penat. Walaubagaimana pun saya ikut mendengari sessi perbincangan seperti tertara dalam foto di sebelah ini.

Ia membincangkan mengenai pentingnya anak-anak kita mendapat pendidikan Islam yang benar-benar mengikut apa yang dituntut dalam al Quran dan Hadith. Oleh kerana saya dan teman sedang mengendalikan sebuah Tadika dan Taska,(SmarTop Subur Fitrah di Tangkak, Johor), maka saya amat tertarik dengan isu-isu yang dibangkitkan. Semoga kami boleh mengambil iktibar dari apa yang diceritakan dalam usaha kami membina sebuah institusi ke arah membina kesejahteraan Ummah.

Kami sangat tertarik dengan Ustaz yang berceramah. Maka kami pergi ke penjuru di mana buku-buku beliau di pamerkan dan di jual. Teteman saya tidak melepaska peluang untuk merakam saat bersejarah bagi dirinya dapat membeli buku dengan ditanda tangani sendiri oleh penulisnya, iaitu Ustaz Bakhtiar Nasir. Saya rakam foto di bawah ini.






Kelihatan di sini teteman saya Dato Safaruddin dan
 Datin Noraini serta adiknya.
Saya hanya seronok melihat kesibukan suasana pengunjung yang mahu berfoto dengannya dan membeli bukunya.
Saya hanya berfoto dengan staff Penerbit yang ada di sudut itu.


Ustaz Bakhtir amat terkenal di Indonesia dan usahanya di bidang dakwah amat di hargai oleh masyarakat yang mahu mencari ilmu sebagai wasilah mencari jalan ke Syurga.
Semoga Allah memberkati usahanya. 
Jika pembaca blog saya mahu maklumat lanjut bidang ilmunya sila layari websitenya dan juga di U-tube.
Selamat menimba ilmu dan sama-sama kita berdoa Allah mengurniakan Rahmatnya yang tidak terhingga pada kita semua,
Aamiin, ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails