"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, December 26, 2016

EH....MANA CUKUP MASA? 2017 akan tiba ?


A001
Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2)


Allah bersumpah dalam al Quran.....

Saya khuatir saya akan kerugian dan tahun 2017 insya Allah akan tiba juga sama ada kita bersedia atau masih terumbang ambing. Masyarakat kita di Malaysia sibuk membincangkan wajar atau tidak mengucap 'Merry Christmas'. Kini sudah berlalu. Masih ada yang rasa 'bengkek" dan ramai juga yang relax sambil menanti tibanya tahun baru Masehi 2017. Ada juga yang mempersoalkan sama ada wajar kita menyambut 2017 kerana kita ada tahun Hijrah. Pada saya tidak salah asalkan kita tahu perbezaannya. Tahun Masehi dikira mengikut pusingan matahari dan Hijrah dikira mengikut pusingan bulan. Fenomena kiraan ini ada disebut dalam alQuran. Cuma nama-nama bulan dan hari kita harus tahu asal usulnya. Kita tanya Ustaz.

Saya cuma ingin kongsi pemikiran saya dalam menanti tahun baru ini. Ramai kekawan saya yang sibuk memikirkan bagaimana Malaysia akan menghadapi karenah President  Amerika, Donald Trump, bagaimana Malaysia akan mencaturkan pembahagian kekayaan hartanah dengan negara China, bagaimana akan kesudahan peperangan di Syria dan hal-hal lain seperti itu. Yang saya agak pening ialah persoalan kedudukan orang Melayu di negara sendiri. Berbagai pemikiran yang diluahkan bagaimana isu ini boleh diatasi. Pemimpin punya fikiran berbeza berasaskan parti politk masing-masing. Amat sedikit, pada pemerhatian saya, soal Agama (Mentauhidkan Allah) dan kaitannya dengan semua masaalah  dibicangkan. Ada yang takut dilabelkan mirip dengan fahaman terrorist. Maka mereka hanya tunggu dan lihat.

Saya tidak salahkan mengapa rakyat Malaysia berbeza reaksi. Tapi saya lebih berfikiran bahawa masaalah orang Melayu yang Islam menjadi seperti ini adalah kerana mereka atau kita tidak berpegang teguh pada prinsip Iman dan Taqwa. Di akhirat nanti saya rasa kita tidak  akan ditanya kita Melayu Jawa atau Cina atau apa pun. Bangsa dan keturunan tidak menjadi isu. Mengapa kita tidak fikirkan pasal Tauhid, pasal amal makruf dan nahi mungkar... Pasal Solat terutamanya ! dan yang lain-lain berkaitan.......

Ini isu sensitif. Ramai kita yang tidak minat berbicara pasal hal-hal sensitif. Itu hal peribadi, katanya..... dan berbagai pendapat lain.

Maka saya merehatkan kes (rest my case) hingga lain kali.

Menjelangnya tahun 2017 saya lebih suka memfokus untuk memperbaiki diri hingga keakhir hayat. Saya tidak banyak masa berbaki memandangkan saya sudah masuk umur 70an. (It is better late than never). Maka satu perkara penting saya saya in sya Allah tumpu ialah pembelajaran Bahasa Arab saya. Kata Ustaz Google saya , Nouman Ali Khan, kita harus berbuat sesuatu dengan niat yang jelas dan tepat. Dulu saya belajar bahasa Arab dalam pertengahan tahun 1980an dengan niat untuk lulus peperikasaan Diploma Pengajian Islam yang saya ikuti di UKM. Bila sudah lulus, saya ambil ringan untuk terus memburu kemahiran Bahasa Arab. Tiada Bahasa Arab, tiada Islam. Sebab dalam solat kita mesti lakukan dengan Bahasa Arab.

Kata Ustaz Nouman Khan kita harus berniat untuk boleh berkomunikasi dengan Allah melalui pemahaman alQuran. Terjemahan tidak mencukupi. (lihat pendapat beliau dalam Utube).
Maka dalam masa saya yang terhad ini untuk balik semula belajar Bahasa Arab dengan niat yang betul.

Saya tidak mahu gagal dalam usaha ini. Usaha itu wajib. Berjaya atau tidak itu hak Allah jua.

Failure is simply the opportunity to begin again, this time more intelligently. - Henry Ford


Maka saya akan bermula semuala. Semoga Allah kurnia pertolongan.

Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts. - Winston Churchill


Saya bertekad untuk menyusun semula keutamaan aktivity untuk tahun 2017. Namun saya harus cari teteman yang boleh menolong saya dan mencari masa.

Semoga Allah masih bagi ruang dan peluang.
aamiin ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails