My computer went bust for almost two weeks.
Wishing all and everyone a belated Happy New Year 2017.
New Year happening cara Warga Tua...... memang Awesome sebab dengan tidak dirancang saya dan suami pergi breakfast pagi 1 january di kedai mamak dan berjumpa teman sekampung, semasjid seperti dalam gambar di sebelah ini.
Ia berumur 80 tahun dan sudah lama ingin bersembang santai tetapi tidak mendapat peluang. Amat teruja hari itu kerana tiba-tiba sahaja suasana sarapan menjadi lebih lebih ceria. Kami panggil dia Pak Nik. Isterinya tidak dapat bersama kerana sebab yang tidak dapat dielakan.
Kami makan roti canai dan wadeh dan minum teh tarik. Pak Nik lucu orangnya dan perbualanya diselangi dengan lawak. Sudah lama saya tidak sembang sedemikian. Tetapi Pak Nik dalam lawaknya dia mengatakan sesuatu yang tersirat. Kita harus tahu apa yang sebenarnya ada disebalik lawak dan jenaka yang luahkannya.
Suami saya ambil faham sahaja bila saya jeling ke arahnya. Pak Nik menasihatkan dalam umur dewasa tua seperti kami ini, janganlah kita hendak berperangai macam orang muda. Pak Nik sudah berumah tangga selama 60 tahun dan tidak ada perbezaan pendapat yang dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga. Dia menasihati suami saya supaya kami jadi macam dia........Steady sahaja.
Masa kita di bumi Allah tinggal sedikit sahaja. Maka janganlah kita mencuba sesuatu yang baru seperti mahu berpologami atau mahu memulakan bisness yang bermodal besar dan rumit. Kita sudah tidak ada masa walau pun ada hadith yang mengatakan: Jika sekiranya esuk diisytihar Hari Qiamat dan kita masih memgang benih jenis tumbuhan, maka teruskan menanam biji benih itu. Kerana menanam itu ialah suatu ibadah dan ganjarannya hanya Allah yang tahu.
Soal poligami sentiasa sensitif. Suami saya senyum memanjang. Saya biarkan sahaja kerana saya pegang pada hakikat Allah itu ada dan Dia yang maha tahu dan maha bijaksana.
Pak Nik sungguh bijak berfalasaf dalam menerangkan prinsip kehidupan. Suatu yang serious pun boleh dibuat lawak. Berbagai masaalah kehidupan yang menjadi bahan lawak baginya. Ia tidak keterlaluan. Santai dan bernas dalam semua kata-katanya. Orang lebih tua cuba menasihati orang tua.
Tetapi saya tidaklah rasa amat tua pagi itu kerana banyak tersenyum dan tertawa mendengari kata-kata Hikmah yang berasaskan kebijaksanaan. Amat bertuah saya rasa pagi 1 Januari tahun baru. Entah bila lagi dapat berjumpa dan rasa seperti keluarga mesra. Bagi generasi dewasa tua itu amat Awesome!......
Sejama kami beceloteh......
Sampailah masa untuk bangun berpisah kerana Pak Nik belikan sarapan untuk Mak Nik. Suami dan saya pun bercadang hendak ke Putrajaya menemui anak cucu. Dan saya pun tak sabar-sabar lagi hendak bertemu cucu yang baru.......
Pak nik masih kuat berjalan dan boleh memandu kereta berseorangan. Ini suatu terepi, katanya. Kalau duduk sahaja di rumah nanti kita akan berasa tidak berupaya dan kemampuan fisikal boleh terjejas kerana minda kita mudah mengalah pada "takdir". Kuatkan semangat berdikari dan in sya Allah kita dapat mengekalkan kebolihan yang Allah telah anugerahkan.
Alhamdulilah....
Kami berpisah dengan memori manis hingga lain kali dengan izin Allah. kami selfie untuk kenanagan.
......
No comments:
Post a Comment