Sahih....Alhamdulillah.
Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baru di Malaysia.
Detik sejarah yang ramai tidak yakin ia akan berlaku.
Manusia merancang, tetapi Allah swt itu maha Perancang.
Dan Allah jua yang maha Berkuasa.
Jujur saya katakan bahawa saya rasa lega dengan kemenangan
YAB Tun Dr Mahathir Muhammad dan Pakatan Harapan.
Dari sebelum Parlimen dibubarkan lagi saya sudah mengikuti apa yang
berlaku di negara ini. Yang amat membimbangkan saya ialah hal-hal
yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan dan kos sara hidup Rakyat.
Saya rasa amat khuatir dengan apa yang berlaku
dan amat tidak puas hati dengan cara urus tadbir Negara kerana ia
menampakan bahawa keadaan ekonomi negara akan terus menjunam dan
dikhuatiri rakayat kini akan menanggong beban hidup dan masa depan
negara terdedah kepada tidak kepastian mengenai banyak hal dan
terutamanya mengenai kesejahteraan dan keselamatan negara.
Setiap hari rakyat mendengari bagaimana pemimpin negara tidak lagi
dapat dipercayai akibat salah guna kuasa dan penyelewangan hingga
negara dikatakan sebagai negara Kleptrokasi dan Malaysia sudah seperti
tidak ada marwah lagi di mata dunia.
dapat dipercayai akibat salah guna kuasa dan penyelewangan hingga
negara dikatakan sebagai negara Kleptrokasi dan Malaysia sudah seperti
tidak ada marwah lagi di mata dunia.
Saya tidak bertujuan berbicara panjang lebar mengenainya kerana rakyat
semuanya sudah maklum. Cuma ada yang yakin dan ada yang tidak yakin
bergantung pada maklumat yang diperolehnya.
Sehubung dengan ini saya menyedari hakikat bahawa dalam hidup ini apa
yang kita semai itulah yang kita akan tuai.
Allah maha Melihat dan Allah maha Mendengar dan Allah maha Menyaksikan.
Walaupun saya rasa lega sehari dua ini, namun saya menyedari bahawa untuk membina semula negara bukanlah suatu usaha yang mudah.
Saya katakan pada anak-anak bahawa kemenangan Pakatan Harapan hanyalah merupakan suatu permulaan. Harus ada tekad atas setiap rakyat
untuk menyedari bahawa Allah tidak mengubah kehidupan manusia
melainkan mereka bersedia untuk mengubah diri sendiri.
untuk menyedari bahawa Allah tidak mengubah kehidupan manusia
melainkan mereka bersedia untuk mengubah diri sendiri.
Tetapi erti mengubah diri bukan ikut sesuka hati. Ia harus berlandaskan
fakta kebenaran universal dan yang idealnya
kita berubah mengikut landasan Tauhid.
fakta kebenaran universal dan yang idealnya
kita berubah mengikut landasan Tauhid.
Pakatan Harapan adalah terdiri dari 4 komponen parti dan yang amat
bekontrovasi ialah parti DAP. Mereka dikatakan memusuhi Islam. Jangan mereka dipersalahkan sepenuhnya atas sikap mereka itu kerana
adalah lumrah manusia untuk tidak menyukai apa yang
mereka tidak tahu menafaatnya.
adalah lumrah manusia untuk tidak menyukai apa yang
mereka tidak tahu menafaatnya.
Maka adalah tanggongjawab orang yang mengaku Islam,
beriman dan bertaqwa yang harus bekerja kuat dan komited untuk terus
beriman dan bertaqwa yang harus bekerja kuat dan komited untuk terus
menyebarkan Kebenaran hingga terbina suasana kefahaman dan toleransi
antara berbagai kaum dan berbagai kepercayaan.
Ayuh kita bantu YAB Tun Mahathir dalam membina semula negara tercinta ini.
Iaitu membangun dalam ruanglinkup paradigma Tauhid yang luas tuntutannya.
Ayuh kita muasabah diri kerana mungkin apa yang berlaku adalah kerana kita juga belum cukup usaha kerana kita belum cukup faham erti membangun berlandaskan Islam.
Mungkin kita asyik sahaja menyalahkan orang lain tetapi kita sendiri tidak memperbaiki diri untuk menyumbang secara positif demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah semuanya.

Ayuh....jangan kita biarkan Tun bersendirian.
........
........
Semua foto ehsan carian Google.
.........
.........
No comments:
Post a Comment