"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, May 3, 2018

Shame on You ! ....




Foto Hiasan ehsan carian Google.

Shame on You !
Kata seorang teman kariah Masjid di tempat saya bila saya katakan 
dalam WhatsApp bahawa saya ingin buat kerja sukarela Menjadi PACA
 (Polling Agent Counting Agent) pilihan raya kali ini. 
Tapi saya kata saya sudah tua dan tiada kederat.
Saya amat berminat dan rasa teruja untuk membantu menjayakan
 jemaah pemimpin yang menjadi pilihan hati saya.
Tetapi apakan daya.....

Shame on You....
Tun Mahathir is 93 maaa....
Masih kuat, masih bertenaga dan masih kelihatan ceria.
Saya mampu senyum sahaja dan dihati sendiri berkata "padan muka."
Saya serah diri tidak mencari alasan kerana sebenarnya tidaklah patut saya katakan diri saya sudah tidak ada kederat, walhal saya baru 71 tahun.

Kurniaan Allah pada hambanya itu berbagai. Ada orang muda tetapi tidak ada upaya dan ada orang tua yang aktif bagai tiada tepian baginya.
Tun Mahathir adalah antaranya.
Namun dalam kita menghargai apa yang Allah kurnia, kita harus juga
 berwaspada bahawa kurniaan yang kita sangaka Allah suka pada kita itu ia tidak merupakan satu Istidraj dariNYA.

Saya malu pada diri kerana ramai juga teteman di Masjid saya yang 
sebaya dengan saya masih aktif menyumbang tenaga dan fikiran
 menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan sukarela. 
Sekarang ini saya amat sedikit berbakti
 pada masyarakat. Semoga sedikit masalah yang ada pada keluarga saya
waktu ini akan berlalu dan saya boleh bersama teteman saya
 yang kini aktif walaupun sudah hampir umur tujuhpuluhan.

Selalu sahaja saya katakan pada diri. Jika kita asyik sibuk dengan 
masalah sendiri bila pulak kita nak sibukan diri membantu orang lain. 

"To add insult to injury"  semalam seorang dari biras saya mengatakan
 pada saya bahawa dia kesal saya menyokong pihak 
yang tidak seharusnya disokong
 kerana fakta-fakta yang diputar belitkan oleh pihak lawan. 
Dia kata 'May Allah show us the Righteous Path'. Aamiin, dalam hati saya.

Saya memang bertekad mencari kebenaran dan berbuat sesuatu
 berpaksikan Kebenaran. Dan saya juga yakin bahawa laluan ke Syurga 
itu bukan hanya satu. Pastikan kita berlandaskan Quran dan
 Hadith dan memohon pada Allah kita sentiasa dalam perlindunganNya.

Dalam Pilihn Raya kali ini saya bertekad memilih mereka yang berkeupayaan
membina semula Negara ini. Tidak ada manusia yang sempurna segalanya.
Maka saya pilih yang kurang mudharatnya. 
WaAllahu'alam.


..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails