"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 28, 2018

Di celah-celah Ramadhan Kareem.....



Saya percaya ramai yang ke Masjid pada hari-hari Ramadhan yang mulia ini. Berbagai aktiviti ada di sana. Paling tidak ada solat Tarawih dan ada Tadarus  alQuran. Maka oleh kerana tidak dapat ke Masjid kerana suami tidak sihat saya gunakan masa melayani cucu yang tinggal bersama. Rumah sentiasa berselerak dengan mainan. Hanya 2 orang cucu tinggal bersama tetapi Tadika kami di Tangkak lebih teratur mengemas permainan. Saya tidak terdaya mengurus cucu sepenuhnya.

Tetapi saya ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Saya ambil peduli perkembangan mental terutamanya. Cucu saya yang seorang ini (Amru Fathullah), berbaju hijau di foto sebelah, lambat bercakap. Kini sudah berumur empat tahun setengah tetapi masih belum dapat berkomunikasi dengan sempurna. Saya sendiri pernah menghadiri sebuah bengkel untuk mngatasi masaalah anak-anak seperti ini. Alhamdulillah, ada sedikit kemajuan tetapi belum memuaskan.

Tiba-tiba di Ramadhan ini Allah beri rasa untuk ke Masjid juga. Saya ikut deria rasa hati.
Pada hari Sabtu yang lepas saya "mencuri masa" lari ke Masjid untuk sama-sama bertadarus sementara menantikan suami saya bersiap untuk ke klinik 1 Malaysia yang berhampiran dengan rumah. Teteman beri saya peluang baca dua kali. Ada seorang teman memberi sedikit taddabur yang ia belajar dari Ustaz mengenai cerita Nabi Musa AS.

Pendekan cerita, kami berbicang juga mengenai anak-anak istimewa dan menjurus pada anak istimewa yang lambat bertutur. Kebetulan kami sedang membaca ayat-ayat mengenai Nabi Musa dan Firaun. Maka seorang teman berkongsikan ayat yang berkenaan untuk dibacakan pada anak-anak yang memerlukan pertolongan ini.

A164


Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
(An-Nisaa' 4:164


Katanya ustaz yang mengajarkannya, baca bahagian ayat yang terakhir.
 Ambil sedikit madu dan sapukan pada lidahnya atau baca pada air dan beri 
pada anak untuk minum.  Buat selalu.

Bila pulang ke rumah saya google maklumat tambahan dan saya temui maklumat di bawah ini. Alhamdulillah. Saya minta ibunya untuk mengamalkannya. 
InsyaAllah saya juga akan mencuba.
 Hadiah Ramadhan Kareem.


Doa untuk anak lambat bercakap

Foto ini dari ehsan carian google.

Semoga Allah memberkati usaha kami. 
Aamiin ya Rabb.....


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails