"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 27, 2018

Sunyi Ramadhan kali ini.....






Hari ini Ramadhan Kareem yang ke Sebelas.
Alhamdulillah, Allah masih kurnia umur dan kesihatan untuk sampai ke hari ini.

Ramadhan kali ini suami dan saya hanya berusaha membuat amalan khusus dari rumah sahaja. Kami tidak ke Masjid seperti beberapa tahun yang lalu. Suami saya tidak sihat.

Rasa agak sunyi dan seperti tidak meriah. Tetapi tidak seharusnya saya rasa begitu kerana Ramadhan membawa kebahagian pada semua. Kita harus menginsafi diri dan melihat dengan mata hati. Bila ingat begitu saya senyum sendirian. Saya ingatkan diri supaya jangan melihat kurnia Allah dari satu sudut sahaja. Maka dengan rasa rendah hati saya mohon doa semoga Allah mengurnia rasa bersyukur dan rasa redha atas apa jua yang Allah tentukan bagi kita. Semoga kesunyian itu adalah satu nikmat yang harus saya renungi dan hayati untuk merasa kasih sayang Allah yang IA turunkan dalam berbagai bentuk dan rupa dan warna.

Suami tidak sihat kerana Diabetisnya meragam dan ia menjadi ujian dari Allah. Kecil sahaja jika dibanding dengan ujian yang lainnya yang kita pernah lihat atau lalui. Dua bulan yang lalu dia menjalani pembedahan Ibu Jari kaki kanan yang terpaksa di potong untuk cuba memastikan jangkitan kuman dapat diatasi. Hampir setiap hari kami ke PPUM  (Pusat Perubatan University Malaya)  untuk rawatan selanjutnya. Clinic Orthopedic di tingkat 1 di bangunan Utama. Di situ juga tempat pengurusan LUKA.


PPUM adalah hospital yang agak besar dan setiap kali saya membawa suami, saya terpaksa menolak kerusi roda di celah-celah pesakit dan orang ramai yang berurusan. Setiap kali berurusan ia akan mengambil masa paling cepat 2 jam dari tarikh mendaftar. Kami akur sahaja dan menanti sambil memerhati berbagai pesakit othorpedic yang ada. Ramai yang harus menggunakan kerusi roda. Untuk memudahkan kerja kami ada kerusi roda sendiri kerana bilangan kerusi roda terhad nampaknya.






Lama menunggu tetapi tetap bersabar. Suami kata sambil-sambil
 duduk menanti tu berzikirlah.
Saya senyum dan mencuba. Biasanya saya pergi waktu pagi dan dalam 
menanti terbayang rupa teman-teman yang biasa kami berTadarus
 alQuran di Masjid.
Ada juga rasa sayu tetapi saya sentiasa memujuk hati untuk merasai 
bahawa sakit itu juga Nikmat. Harus ceria kerana Allah  tidak pernah 
mensis-siakan hambanya.
Allah itu maha bijaksana dan maha mengasihi hamba-hambaNya.



Sampai waktu untuk pulang kami kena tunggu lama juga sebab jalan masuk
 ke PPUM itu sering sesak dengan berbagai kenderaan,
 terutmanya kenderaan pesakit.


Ini tempat menanti di Bangunan Utama hampir dengan Clinic Othorpedic.


Ini tempt menanati untuk pulang di Menara Selatan. Di disini ada juga 
waktunya kami ke klinik Foot Care. 
Di sini dan di klinik pengurusan luka kami
 hanya dapat dilayani paling kerap 2 kali seminggu.
 Yang lainnya kami kenalah pergi ke Pusat Kesihatan Kecil 
atau di klinik 1 Malaysia.
Terlalu ramai untuk dilayani semuanya.

Semoga dengan terdirinya Kerajaan Pakatan Harapan, rakyat akan 
dapat munafaat yang sewajarnya dari segi perkhidmatan kesihatan.
 Semoga bilangan doktor 
dapat ditambah dan kami pesakit dan waris tidak perlu lagi menunggu hingga
 tiga jam untuk berjumpa doktor.
Kemudian menunggu lama pula mengambil ubat.

Denagan bermulanya Kerajaan Baru di bulan Ramadhan AlMubarak
semoga Allah turunkan pertolongan dan Rahmatnya yang tidak 
terhingga bagi semua 
rakyat  di Malaysia yang tercinta.

.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails