"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 26, 2020

Sudah Mula Menyesali diri...@ Covid-19



Masjidil Haram di Makkah sunyi sepi.

Kedua-dua foto ehsan carian Google.

Masjid di Kuala Lumpur juga sunyi sepi.

MGF20032020_Tinjauan-Putrajaya_06

A001
Alhamdulillah Allah masih mengurnia ruang untuk menulis. Sudah sekian hari duduk di rumah sahaja kerana wabak Covid-19. Saya tidak kemana-mana dan semua urusan membeli barang-barang keperluan anak lelaki saya yang membuatnya semua.

Hari semalam YAB Perdana Menteri sudah pun mengumumkan bahawa arahan wajib untuk menjarakan diri akan di lanjutkan hingga ke 14 April. Agak tersedih mendengarinya. Beberapa hari dahulu anak lelaki saya menceritakan betapa setengah kekawannya mula menyesali diri atas Arahan Kerajaan untuk tidak mengadakan Solat Jumaat dan juga melarang apa jua jenis aktiviti yang berkumpul di semua Masjid dan Surau.

Mereka mula menyesali diri kerana selama ini mereka cuai untuk memunafaatkan segala peluang yang Allah kurnia untuk beramal Ibadah. Kini sudah banyak peluang tertutup. Adakah ini untuk sementara atau selamanya tiada siapa yang boleh memberi kepastian. Hanya doa yang mampu diulangi setiap hari semoga Wabak ini akan ada penyelesaian dan ada kesudahan.

Saya juga turut menyesali diri kerana merasakan seolah-olah Allah swt sudah tidak lagi mahu menerima  kehadiran hambanya yang masih belum cukup menyedari diri bahawa peranan sebagai hamba mematuhi kehendak Allah swt belum cukup di turuti. Masih ada lagi hari-hari dan saat-saat yang terlepas tanpa pengisian yang bermakna untuk meneruskan kehidupan sebelum dianggil bertemu dengan yang Maha Pencipta akhirnya.

Anak saya yang dahulu belajar di Jordan mula lebih serious berkongsikan apa yang dipelajarinya semasa di University Mu'tah dan saya sekeluarga cuba memunafaatkan Ilmu yang sedikit-sedikit ada padanya. Alahamdulillah Allah masih beri ruang dan peluang.

Ada ayat alQuran yang menyentuh fakta penyesalan diri seperti ayat di bawah ini:


A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9) |


Semoga penyesalan yang ada sekarang akan menjauhkan diri dari rasa kerugian seperti yang disebut dalam ayat diatas.

Saya teringat juga ada Ustaz kata nanti apabila kita sudah berada diAlam Barzah antara penyesalan kita ialah kita mohon pada Allah untuk dikembalikan didunia kerana mahu memperbanyakan amalan. Yang Ustaz kata ramai yang mengatakan mahu kembali semula ke dunia kerana mahu menginfakan harta, mahu bersedekah pada fakir miskin dan anak-anak yatim dan lain-lain lagi.


Saya juga takut menhadapi penyesalan seperti ini. Peristiwa Covid-19 banyak memberi kesedaran dan hikmah. Semoga kita semua Allah kurnia keampunan.


Allah itu Maha Kasih Sayang pada hamba-hambaNya dan sentiasa memberi harapan. Ayat alQuran berkaitan seperti dibawah:


A011
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At- Taghabun 64:11).


Ya Allah Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, kelemahan dan kekurangan kami dan berilah kekuatan buat kami untuk bersungguh mengabdikan diri pada MU.

Aamiin ya Rabb......


No comments:

Related Posts with Thumbnails