"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 15, 2020

This Happened on our Earth Last 15 Days / Events From All over The World...




A001
Ini cerita ( Utube diatas) yang dapat kita bayangkan apabila membaca Surah  Alzalzalah dalam AlQuran. Saya catatkan semoga kita dapat menginsafi hal kewujudan manusia dan memikirkan akan segala ciptaan Allah yang lainnya. Ini saya yakin adalah antara fenomena akhir zaman.
Jom kita muhasabah diri, memohon keampunanNYA dan membuat segala persiapan dengan penuh harapan Allah akan selamatkan kita, keluarga kita dan semua Muslimin Muslimat.

Surah Az-Zalzalah - سورة الزلزلة

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,


A002
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,


A003
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"


A004
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:


A005
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).


A006
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Semoga perkongsian kali ini membawa munafaat. Semoga Allah mudahkan urusan mendapat anugerah Redha Allah pada kita bersama semua yang kita sayang dan kita selamat di dunia dan di akhirat.

Dalam pada itu kita berusaha berbuat sesuatu untuk mengelakan Wabak Coronavirus yang sedang melanda dunia waktu ini. Dalam kita berusaha kita juga menginsafi diri jika kita yang Allah takdirkan mendapat wabak ini. Kita cuba fahami apa itu qadha dan qadar Allah swt semoga kita sentiasa dalam Rahmatnya dan kesudahan kita Allah kurnia Khusnul Khatimah.
Aamiin ya Rabb........


No comments:

Related Posts with Thumbnails