"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 7, 2020

The Plague that Killed Sahaba and the Coronavirus | Omar Suleiman



A001

Alhamdulillah. Bersyukur atas segala kurniaan nikmat Allah yang nyata dan nikmat Allah yang tidak nyata. Tidak nyata kerana Allah menangguhkan sesetengah nikmat supaya hamba-hambanya dapat menikmati nikmat itu dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga.

Apabila bermula wabak Coronavirus ini lebih dua bulan yang lalu saya sentiasa sahaja mengikuti perkembangannya untuk mendapat kefahaman yang sempurna. Semua sudah maklum bahawa wabak ini bermula dari Wuhan di negara China dan kemudian merebak hampir ke seluruh dunia. Berbagai pendapat diutarakan oleh pakar-pakar dalam bidang wabak seperti itu dan kesanya atas ekonomi bukan sahaja ekonomi negara China tetapi semua yang terlibat.

Amat merbahaya wabak penyakit ini dan tidak pernah dialami dalam skala begitu besar dan luas. WHO memuji negara China atas usaha yang dijalankan untuk mengawal wabak ini. Ada juga pendapat yang tidak bersetuju dengan strategi negara China tetapi dalam banyak hal tidak ada siapa yang boleh menegur China kerana masing-masing negara mahu menunjukan kekuasan yang ada pada negaranya. Dan ramai juga yang mengatakan Ideology negara china lebih mementingkan politik daripada mementingkan kebajikan rakyatnya. Malahan kebelakangan ini ada pula yang mengatakan bahawa President negara China mendakwa bahawa wabak ini adalah hasil dari strategi negara Amerika Syarikat menghantar senjata biologinya ke China. Benar atau tidak saya tidak dapat memastikan. Implikasinya amat besar dan boleh membawa kepada peperangan pula. Semoga Allah jauhkan.

Saya hanya kata Allahua'lam. Walau apa pun dan apa jua yang terjadi semuanya adalah  dalam pengetahuan Allah swt dan masing-masing kuasa dunia terbesar harus tahu hakikat ini. Allah maha berkuasa dan Allah maha memerhati.........

Saya hanya melihat dipinggiran dan berdoa semoga semua manusia yang tidak berdosa mendapat perlindungan NYA. 

Dalam berfikir-fikir bagaimana mahu memperkuat diri, saya menemui Video diUtube seperti yang saya kongsikan diatas. 

Jom kita dengari berulang-ulang kali jika perlu semoga dapat memahami wabak ini dari perspektif Islam seperti yang difahami oleh pakar-pakar deen Islam yang memahami Sirah Rasulullah saw. Cara kita menangani wabak ini adalah dari segi pemikiran manusia tetapi apa yang tersebut dalam Sirah adalah berasaskan tindakan Sahabt-sahabt Baginda Rasulullah saw yang benar-benar beriman dan bertaqwa tahap tinggi.

Jika kita dapat memahami perspektif ini maka kita akan dapat bertenang dan semoga amalan-amalan pengabdian kita akan meningkat juga. Kita meletak harapan yang penuh bahawa tidak ada apa-apa yang Allah cipta itu sia-sia. Pasti ada HikamahNya. Ini harapan saya kerana saya rasa amat jauh ketinggalan.

Mohon Taufiq dan Hidayah Mu ya Rabb.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails