"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, March 24, 2013
Takut....
Saya sendiri tidak tahu.
Saya sendiri rasa tidak menentu bila saya bersama anak diberi tahu oleh doktor pakar bahawa cucu saya ada elemen istimewa, iaitu seorang dikategorikan sebagai menghidap "mild Otisma" dan seorang lagi sangat aktif yang memerlukan khidmat pakar "child psychitrist" untuk membantunya ada daya fokus.
Saya rasa pada mulanya seakan-akan cemas dan sangat khuatir kerana tidak tahu apa kesan sebenar jangka pendek dan jangka panjang pada kedua-duanya. Anak saya lebih tabah hati dan melalui proses yang rumit dalam membantu anak-anak istimewa mengawal dirinya penuh kesabaran. Alhamdulilah. Anak saya tidak terperangkap dalam fenomena "self denial" dan dengan steady cuba mendapatkan kepercayaan ayah anak-anak dengan penuh keyakinan bahawa dugaan Allah sedikit sahaja. Senyap-senyap saya katakan padanya kalau berat ujian dan dugaan Allah sekalipun, kita terima penuh kesyukuran kerana kita mahu jadi hamba yang sentiasa bersyukur kerana kita hambaNya dan kita mahu mencapai darjat hamba seperti yang Allah kata dalam alQuran dalam surah Al Fajr.
Saya dengan penuh insaf membuat bacaan sendiri dari maklumat di internet untuk memahami fenomena ini. Makin saya tahu, makin saya lega. Kebesaran Allah itu sukar kita merasai sepenuhnya hingga kita melalui pengalaman-pengalaman yng menyentuh secara langsung. Alhamdulilah. Allah memberi peluang pada merasai kasih sayangNya denga cara yang tidak pernah saya duga sebelum ini. Saya mula merasakan bahawa apa yang tidak kena dihati kita itu tidak semestinya suatu musibah. Tidak ada musibah jika kita membuka minda dan menerima ketentuan Allah secara positif. Cara Allah menyentuh hati-hati kita hanya Dia sahaja yang maha mengetahui apa yang terbaik di sisiNya. Maka itu menjadi doa kami sekeluarga. Apa jua yang Allah kurnia pasti ada hikmahnya.
Maka tugasan dan tanggongjawab saya di Tadika SUFI dalam hal ini amat relax sekali. Bila mendengari rintihan murobbiah mengenai anak-anak yang aktif luar biasa, saya sudah "pandai" memberi nasihat supaya bersabar kerana tiap-atiap anak ada keistimewaan masing-masing. (Hati saya sudah pandai tersenyum). Saya perhatikan ada ibu-ibu muda masih takut untuk menghadapi kenyataan mengenai hal pembesaran anak-anak. Ada yang berkecil hati jika mendengar sungutan-sungutan dari murobbiah yang lain walaupun mereka tidak bermaksud apa jua yang negatif.
Maka saya berbincang dengan teman yang sama-sama mengurus SUFI bagaimana kita dapat membantu. Fikir punya fikir kami teringatkan bahawa dalam keluarga ada doktor-doktor pakar yang boleh mendapatkan pertolongan dari kawan-kawan doktor dalam bidang "child development". InsyaAllah kami sedang merancang Doktor bekenaan meninjau anak-anak SUFI secara am daulu sebelum membuat apa-apa tindakan yang sewajarnya.
Di SUFI sekarang ini ada anak yang belum boleh bercakap sedikit pun walaupun sudah berumur 4 tahun. Dia tidak pekak sebab apabila dipanggil namanya dia respon dengan baik dan serta merta. Ada pula anak yang ibunya susah menempatkannya di Bahagian Tadika walau pun sudah berumur lebih 5 tahun. Dia tidak boleh berpisah dengan adiknya yang berumur 3 tahun. Ada juga anak SUFI yang rumit dikawal dari segi mengawal naluri marahnya dan selalu sahaja mengacau ketenteraman anak-anak yang lain. Harapan kami lawatan doktor secara tidak rasmi ini dapat menasihatkan ibu-ibu terbabit membuat tindakan yang sewajarnya.
Semoga Allah menunjuki jalan, memudahkan segala urusan semua yang terlibat dan semoga pengalaman ini membuat kami semua mahu menjadi lebih hampir dengan Allah yang maha pencipta, maha bijaksana dan maha kasih sayang pada hamba-hambaNya. Semoga usaha kami mendapat redhaNya.
....
Saturday, March 23, 2013
"Penutupan" sebuah Taman Syurga.
Sedih juga rasa di hati kerana kelas pengajian usul fiqh saya di Shah Alam terpaksa ditamatkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan. Antaranya ialah komitmen "anak murid" yang berbelah bagi kerana berubahnya putaran hidup, termasuk saya sendiri. Maka ibaratnya seperti tertutuplah sebuah "taman syurga" bagi kami. Saya bertekad mencari kelas yang lain semoga masih mendapat peluang "berlegar-legar" di Taman Syurga. Semoga membawa kita ke Syurga yang abadi.
| Ustaz Fauzi berbaju biru dengan sebahagian "murid". |
Walau pun kelas pengajian ini hanya berjalan lebih kurang 2 tahun dengan kekerapan seminggu sekali selama 2 jam setiap kali, alhamdulilah saya dapat munafaatnya. Sedikit dan sebentar tetapi signifikan.
Saya rasa sedikit sebanyak dapat memahami isu-isu semasa mengenai undang Islam di negara kita ini dan lebih memahamai setakat mana kita boleh berbeza pendapat. Saya juga lebih memahami cara dan peraturan yang diguna pakai oleh Imam-Imam berbagai Mazhab dalam mengkategorikan sesebuah hadith itu Sahih atau sebaliknya dan prinsip-prinsip yang digunakan untuk menentukan sesuatu hukum. Saya juga lebih memahami konsep bertaqlid dan kami sering diingatkan supaya jangan berhenti bertaqlid dari satu fahaman tetapi bertukar hala dan bertqlid juga dengan fahaman yang lain.Bagi yang kurang keupayaan dan kurang kebolehan dalam mempelajari ilmu Islam maka bertaklid itu tidak salah padanya.
Alhamdulilah, saya akan terus menambah ilmu.
Di samping itu kami dapat mengenali ustaz Fauzi yang saya rasa akan menjadi pemimpin pelapis di negara kita nanti. Ia lulusan dari University Al Azhar dan sekarang aktif dalam NGO yang disebut ISMA. Ada sedikit sebanyak ia menerangkan hal-hal pendirian ISMA dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan aqidah Islam. Saya tidak berani membuat ulasan di sini kerana belum sempurna ilmu saya. Namun saya telah faham apa erti orang berTuhan tetapi tidak beragama berbanding orang yang beragama tetapi tidak berTuhan. Untuk selamat dunia akhirat kita harus berTuhankan Allah dan mengikut syariatNya bukan secara ritual sahaja tetapi secara hakiki.
Saya yakin Islam mesti didahulukan dari fakta-fakta lain dalam kehidupan kita, dan apa jua perbezaan yang ada orang-orang Islam dituntut jangan berpecah belah hingga musuh-musuh Islam boleh mengambil kesempatan dari perpecahan itu. Kesatuan dan penyatuan ummah itu wajib hukumnya. Kita harus mengambil iktibar atas apa yang berlaku di negara sendiri dan di dunia luar sana.
Baru-baru ini President Obama memberi kata-kata manisnya mengenai Palestine semasa lawatannya ke Israel. Ia bercakap disebuah University dan yang mendengarinya adalah pelajar-pelajar yang dalam kategory generasi muda. Ia mencabar supaya generasi muda Israel membuat perubahan dalam cara mencari perdamaian dengan jiran-jirannya terutama sekali dengan Palestine. Hujahnya disambut dengan tepukan gemuruh menandakan persetujuan bahawa Palestine punya hak-hak yang harus dikembalikan pada mereka.
Pada saya ia hanya tinggal kata-kata manis dan tidak lebih dari itu. AlQuran pun telah memberi gambaran sikap orang-orang Yahudi dan antaranya mereka tidak akan berpuas hati hingga semua manusia mengikut telunjuknya.
Maka orang Islam harus sedar supaya jangan termakan dengan janji-janji kosong musuh-musuh Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak cukup ilmu untuk berdikari kerana orang-orang Islam tidak cukup komitmen dalam memertabatkan ilmu....semua jenis ilmu. Kalau kita boikot semua barangan Israel, orang Islam akan tenggelam kerana rata-rata barangan teknologi tinggi adalah hasil kajian dan ciptaan orang-orang keturunan Yahudi. Tidak perlu saya katakan panjang lebar. Buktinya nyata di sekeliling kita.
Maka ayuh kita tumpu pada membangunkan umat Islam dari segi ilmu, semua jenis ilmu untuk kesejahteraan dunia akhirat. Kita mula dengan anak cucu kita dan pada generasi muda kita jangan asyik berhibur dan bersantai.
Selalu saya katakan pada anak-anak dan anak-anak muda lain, jangan menyesal macam saya menyesal dan jangan rugi macam saya rugi. Saya keciciran dan ketinggalan. Sekarang hanya mampu bertaubat dan membuat apa yang sepatutnya dibuat dalam keadaan tenaga sudah amat berkurangan.
Semoga Allah mengampuni dan masa yang tinggal sedikit ini dapat saya munafaatkan untuk mencari redha Allah jua. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang. Rabbana aatina fid dunia hasanah wa fil akhirat hasanah wa kinna azaban nar. Ameen ya Rabb.
...
Friday, March 22, 2013
Huzaifah di Tangkak.
Saya suka berkongsi cerita mengenai cucu sulung saya, Huzaifah. Kini ia sudah tidak tinggal dengan saya lagi kerana saya kurang kemampuan dan pastinya anak kecil adalah lebih baik bersama ibu-bapanya.
Tok Ayah tidak dapat menolak kemahuan cucu Huzaifah yang hendak ikut ke Tangkak. Saya khuatir dia mengacau majlis sebab tak boleh duduk diam. Tok Ayah kalah dengan cucu.......
Lihatlah gambar di sebelah. Di akhir majlis, mungkin sebelum akhir majlis ia sudah mengambil belon hiasan dan mengusung hadiah buku yang teacher beri, katanya. Memang tak duduk diam. Dia lari menuju kat saya dan jatuh terserempat wire-wire. Lututnya mengena pada jejari kaki saya yang hingga hari ini masih lebam dan sakit. Itulah habuan ada cucu. Bila tak ada rindu juga. Bila dekat pening kepala saya.
Teacher Lin pun saya rasa pening kepala sebab Huzaifah sibuk dengan mainannya menjejas ketenteraman anak-anak lain. Apakan daya. Namanya pun budak. Saya cuba rakam satu shot foto di bawah ini tetapi tidak berjaya seperti kemahuan saya. Huzaifah asyek hendak berlari mengejar kawan.
Jadilah seperti yang ini. Untuk kenanagan bila dewasa. Semoga Allah memimpin Huzaifah dan ia akan dewasa sebagai anak yang soleh dan cemerlang.
Ameen, Ya Rabb.
...
Thursday, March 21, 2013
Maju Selangkah Lagi......
Selangkah lagi dalam perjalanan yang masih jauh, masih penuh ujian dan dugaan. Jalan yang sempit penuh lopak-lopak.
Tetapi saya sudah mula belajar bertenang dan meyakini bahawa pertolongan Allah itu hampir bagi mereka yang ikhlas dan berusaha penuh taqwa mencari redha Allah. Itu pesanan orang-orang yang beriman.
Maka saya bergelut dengan lintasan-lintasan di hati yang membisikan berbagai-bagai kerungsingan dan ketidakpastian. Kadang-kadang rasa ketakutan memikirkan sama ada usaha yang dijalankan sudah benar-benar menepati kehendak syari'e. Saya hanya mampu pasrah semoga Allah menurunkan pertolonganNya yang tidak terbayang akal biasa.
Pada 17 Mac 2013 SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School (SUFI) Tangkak mengadakan majlis memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Gambar di atas menunjukan anak-anak berselawat denagn iringan kompang yang dilatih oleh Ustazah Khairiah bt Muslim.
Tujuan sampingannya ialah untuk memaklumkan pada ibu-bapa pada anak-anak bahawa di SUFI anak-anak sudah mencapai sebahagian dari obejektif penubuhan Institusi ini, iaitu menunjukan bagaimana cerianya anak-anak menghayati sebahagian kurikulum sepadu yang kita beritakan. Mempelajari sesuatu harus dalam suasana ria semoga mencapai hasrat "Going to School is Fun". Semoga anak-anak tidak ada rasa bosan dan menghadiri SUFI adalah suatu yang dinanti-nantikan. Alhamdulilah kami sudah membuat permulaan.
Ibu-bapa dan tetamu kehormat bangun berdiri berselawat sama dan meraikan bakat-bakat yang ada yang sedang dikembangkan.
Anak-anak Tadika beraksi dengan tiga buah lagu.
Tidak ketinggalan anak-anak Tasaka pun menunjukan bakat yang ada.
Pada pandangan saya murobbiah dapat mendisiplinkan mereka di hadapan ibubapa pun sudah menjadi kepuasan pada yang hadir. Maka dibawah ini saya rakam ibu-bapa tidak putus-putus mengambil foto untuk album keluarga. Kami bersyukur kerana sudah maju selangkah lagi.
Alhamdulilah.
Majlis kami juga diserikan dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Irfan Farid Taufiq bin Qamaruddin yang menceritakan keagongan Rasulullah saw untuk diteladani. Di bawah ini sedikit "lintas langsung" ceramahnya.
Alhamdulillah, ceramah yang padat ringkas tetapi signifikan.
Kami juga mendatangkan seorang Ustaz dari MITIB, Ustaz Rosli Ahmad untuk berkongsikan pengalaman melaksana kurikilum IHEAS / QGDP untuk maklumat umum. Ustaz ini membantu SUFI dalam menjana Dana untuk pembangunan dan operasi.
Maka hari Ahad 17 Mac bersamaan dengan 5 JamadilAwal 1434
adalah hari bersejarah bagi SUFI. Enam bulan yang lalu tidak termimpi kami Allah kurnia nikmat bersama dengan anak-anak kecil mengorak langkah
menuju kesuatu destinasi yang dipelopori oleh Rasulullah semoga membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Itulah doa kami semoga Allah memudahkan segala urusan dan menurunkan pertolonganNya yang tiada sempadan.
Ameen Ya Rabb.
...
Wednesday, March 20, 2013
Perfection vs Love....
ROSE .... bunga Mawar yang melambangkan kasih sayang. kerinduan yang melahirkan rasa syhdu sebuah impian, keceriaan, ..... dan tentu sekali melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga pada yang maha Pencipta.
Secara para-sedar kita mencari bahagia, seolah-olah kebahagiaan itu satu kesempurnaan yang mutlak dan bukan suatu perjalanan ke arah kesempurnaan. Sebenarnya tiada yang sempurna dalam perilaku kita mencari kepuasan dan mencari kebahagiaan, waimma mencari apa jua tanpa pertolongan Allah yang maha Esa, maha Bijaksana. Maka kita hanya berusaha sedaya upaya dan bermunajat memohon belas ehsan yang punya kuasa sepenhuhnya.
Sebenarnya ramai anak-anak yang memasuki Taska dan Tadika SUFI tidak ada keyakinan diri pada permulaannya. Awal-awal pagi sudah kedengaran tangisan memerlukan perhatian untuk keselesan diri. Kini sudah tiga bulan mereka bersama SUFI dan kami sudah nampak perbezaan dalam pengendalian diri dan penyesuaian dengan teman-teman umur sebaya. Mereka sebenarnya mahu difahami bahawa mereka rasa kehilangan dalam suasana yang belum pernah dilalui hinggalah sekarang. Maka dalam sessi aktiviti kelas murobbiah di SUFI berusaha sedaya upaya untuk menunjukan perhatian dan kasih sayang yang boleh mempercepatkan pencapaian keyakinan diri.
Lihat usaha murobbiah ini mendekati dan mendengari anak-didiknya dengan penuh komitmen.
Interaksi seperti ini adalah perilaku seharian. Terkesan dihati saya kerana proses pemilihan untuk mengambil murobbiah amat rumit sekali. Yang ini kami amat puas hati. Alhamdulilah.
Kami di SUFI "bermesyuarat / berbincang" di tengah-tengah aktiviti anak-anak yang berehat dan bermain sementara menunggu dijemput pulang oleh ibu bapa. Waku sebeginilah saya dapat memerhati karenah anak-anak dan saya perhatikan mereka rasa riang kerana mereka selamat di kelilingi oleh dewasa
dalam kumpulan mereka bermain.
Anak-anak kecil perlu sentuhan dari segi fisikal dan dari segi kata-kata. Kadang kala ia perlu dakapan yang dapat mereka rasakan seolah-olah mereka bersama ibu tersayang. Gambar di sebelah ini saya rakam bagaimana seorang murobbiah memeluk anak kecil ini dalam latihan bercakap memperkatakan sesuatu.
Teringat saya cerita seorang Ustaz.
Pertama kali Rasulullah saw menerima whyu di Gua Hiraq baginda meresa gementar dan seperti susah mahu mengikuti apa yang diminta oleh Malaikat Jibril. Lalu Jibril memeluknya erat-erat dan mengatakan: "Iqra'......". Baginda bertenang dan berasa yakin mengikuti arahan Jibril.
Maka dalam pedegogi pendidikan kini sentuhan dan dakapan anak-anak kecil adalah suatu yang harus dipraktikan. Alhamdulilah. Kita di ajar dengan kesempurnaan dan dalam proses menuju kesempurnaan eleman kasih sayang adalah yang terpenting sekali dalam kita mengendali keyakinan diri.
Suasana harmoni dikalangan anak-anak. Mereka berinteraksi tenang dan ceria.
Tidak ada sesuatu yang boleh menggantikan kasih sayang, dari kecil hingga dewasa.
Malahan hingga kemumur tua. Maka itulah sifat Allah yang sentiasa menyelubungi kita
ialah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Malahan hingga kemumur tua. Maka itulah sifat Allah yang sentiasa menyelubungi kita
ialah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Semoga Allah memberkati usaha yang kerdil ini dan anak-anak ini
membesar dengan keyakinan diri
membesar dengan keyakinan diri
bahawa Allah ialah Rabb yang sentiasa memerhati dan membimbing diri
untuk mencapai kesempurnaan yang diredhai Ilahi.
Tuesday, March 12, 2013
Perangkap minda...Lawan Hitam itu Putih ?!!...
Dalam kemelut politik pilihan raya, (ditambah pula dengan kemelut keselamatan negara) saya perhatikan melalui bacaan di surat khabar atau di media mana sekalipun, ramai antara kita yang keliru tentang bagaimana mahu menganalisa sesuatu isu yang timbul di kalangan masyarakat dan di negara seluruhnya. Ini menyebabkan isu itu kecil sahaja, tetapi impaknya jadi besar.
LAWAN GELAP ITU TERANG ?
Kita sering tidak dapat melihat dan membezakan antara pokok dari hutan (between the trees and the forest) dan ibaratnya tidak dapat melihat perbezaan warna yang kita lihat. Bukan kerana kita 'color blind' tetapi kita sudah amat terbiasa dengan suatu cara berfikir maka kita sulit melihat sesuatu dari sudut yang berlainan.
Maka bila ditanya: Apa lawan warna hitam, jawabnya pasti : Putih.
Itu fakta yang kita selalu dengar dan otak kita ikut sahaja jawapan seperti itu. Bukankah lawan warna hitam itu ialah: Bukan Hitam. Kenapa tidak boleh kita katakan Kuning atau Merah atau jinga atau apa jua yang lain yang berwarna garang?
Inilah masaalah cara otak kita sudah dibiasakan berfikir. Hanya nampak satu cara sahaja.
Kita ambil satu contoh mudah untuk menjelaskan maksud saya.
Ini peristiwa yang baru berlaku di Masjid di kampung saya.
Oleh kerana bilik mengurus jenazah terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan qurters pegawai-pegawai masjid, maka timbul sedikit pergesaran pendapat tentang di mana harus ditempatkan bilik mengurus jenazah buat sementara waktu.
Pihak pentadbiran masjid telah mengambil keputusan untuk menggunakan bilik bersalin pakaian wanita besebelahan dengan temapt wudhu wanita sebagai bilik mengurus jenazah. Ramai wanita (muslimah) yang tidak selesa dengan keputusan ini. Beberapa ahli muslimah terkejut dan rasa berdebar dan seram sejuk bila melihat perubahan itu. Ada yang terang-terang menyatakan rasa ketakutan. Maka mereka menulis surat membantah keputusan itu. Mereka minta diubah tempat atau dihentikan perkhidmatan buat sementara waktu.
Saya mengusik teman-teman saya yang kuat membantah dengan mengatakan :
"Tak apelah. Kan eluk untuk kita kerana kita akan terpaksa mengingati mati bila turun untuk berwudhu. Kita dituntut mengingati mati sebab itu kita disunatkan ziarah kubur. Kalau takut ajak kawan menemani kita. Lama-lama hilanglah takut".
"Janganlah macam tu, Sobah. Bukan semua orang selesa berdekatan dengan jenazah. boleh tak tidur malam."
"OK lah. Saya hanya beri pandangan. Cuma saya khuatir kalau diberhentikan perkhidmatan mengurus jenazah, nanti ahli yang rumahnya kecil bermasaalah pula".
Tiada susulan bicara atas pandangan saya. Senyap-senyap kami minta diri dan beredar.
Itu kisah kecil.
Dalam polotik (dalam dan luar negara) ada berbagai contoh.
Sebenarnya bermacam cara kita boleh menyelesaikan sesuatu masaalah. Dan jika benar-benar sudah kehabisan cara, kita boleh bersabar jika dengan kesabaran itu kita membolehkan orang lain mendapat munafaatnya. Bukankah dalam Islam kita digalakan mendahulukan kepentingan saudara Islam kita yang lain.
Pendek sahaja bicara saya. Kita fikirkan bersama bagaimana masaalah kecil boleh jadi seperti besar sangat kerana semata-mata orang-orang yang terlibat tidak dapat berfikiran di luar fikiran biasa. Banyak istilah digunakan oleh pakar motivasi professional mengenai cara kita berfikir seperti 'lateral thinking' , 'whole brain thinking' , 'think outside the box' dan berbagai lagi.'
Kadang-kadang kita tahu secara theory kemahiran berfikir tetapi kita masih boleh terperangkap. Kata seorang ustaz : Kita jangan terlalu bergantung pada kepintaran akal. Dalaman jiwa kita harus kuat denagn pegangan aqidah supaya kita sentiasa Allah pelihara dari tergelincir jauh apabila menyelesai sesuatu masaalah.
Dan jangan pula kita mengatakan: kenapa orang Barat (dan Timur seperti Jepun dan China) di negara maju yang menguasai ekonomi dunia sekarang tidak perlu ada aqidah pun. Tetapi mereka berjaya. Kata ustaz itu namanya 'Istidraj'. Allah 'beri muka' dan mereka rasa hebat. Tetapi Allah boleh rentap semula tanpa menunggu hari Qiamat.
Kita lihat dengan mata kasar dan dengan mata hati. Bukankah negara-negara itu sudah mula mengalami keruntuhan dalam berbagai aspek kehidupan seperti ekonomi dan sosial?
Sama-sama kita fikirkan. "Lawan Hitam Bukan Putih".
Semoga Allah mengampuni dan menunjuki kita jalanNya.
...
Sunday, March 10, 2013
You pay bananas.....
When we have a serious problem, usually we confide in a friend. Hopefully we can come up with a solution.
"Do you wanna help me with my problem?" Recently I asked a friend as we sat down over a cup of tea with scone and cekodok.
"At our age what problem do we have that we need a friend to help with?"
"Aa ...ha..big problem."
"My pre-school in Tangkak is not fully staffed. A teacher just resigned for reasons known to her only. But we suspect that she is looking for better pastures. As some people said: Money is not everything, but everything costs money. "
We have limited resources in starting this school. But a friend said : If we waited until everything is perfect before starting on a venture, then we will never get started. Perfection is a journey.
We started with 62 kids and we have six teachers whom we termed as "murobbi". They have good potentials and we hope to keep them forever or at least long enough to get the school going fairly stable. But for the moment we are not able to pay them as well as they expect.
"Never mind, Sobah. Dont worry. Things will work out. Let me look around if I could get sponsors to help you."
We continued discussing other things of mutual interest until almost Maghrib time.
Then we parted. But this good friend of mine has a unique parting words. "If you pay peanuts you get monkeys. So pay bananas so you can get gorillas."
"Dont worry Sobah, I will work something out."
It was very comforting and we bid Salam.
.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
