"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 29, 2011

APA ADA PADA NAMA ?



Di celah-celah keseronokan bertugas di Garut saya rasa agak kecewa dengaan dasar liberal mengenai budaya merokok. Saya terlihat di mana-mana, walau di kampung dan pekan  yang kecil sekalipun, iklan rokok mengancam pemerhatian saya. Lihat iklan disebelah kiri entry ini.

JARUM COKLAT EXTRA.
Apa ada pada nama?
Besar ertinya.

Pengedar rokok ini cuba mempengaruhi minda dan psikologi pembacanya bahawa rokok adalah seperti cokolat, seolah-olah tidak merbahaya. Dahulunya iklan ini bewarna kekuningan, tetapi sekarang ia menggunakan warna cokolat sebenar untuk menjadikannya lebih menarik. Inilah apa yang saya katakan "minda makhluk perosak". Mereka ini hampir seperti pengedar dadah merbahaya tetapi ramai yang tidak menyedari  perangkap  jerat  mereka.



Iklan ini kami lihat di bandar kecil Cikajang. Dalam pemerhatian rambang, saya dapati rata-rata penduduknya masih ditahap bawah  paras kemiskinan.Kalaulah mereka terpedaya dengan tarikan iklan ini...........
Amat malang sekali.

Di Bandaraya Bandung iklan ini lebih intensif. Ia dapat dilihat di sepanjang jalanraya utama, dikiri kanan jalan. Sayang saya tidak dapat merakamkannya untuk tunjuk bukti di sini. Di negara maju sudah ramai yang tidak merokok. Tetapi pengedar rokok menghantarkannya ke negara yang kurang membangun. Mereka menjadi mangsa tanpa disedari.  Inilah perangkap "syaitan durjana".

Semoga Pemerintah akan mengambil tindakan positif membenteras budaya rokok. Bukan setakat mewajibkan nota amaran "Rokok Itu Membahayakan" diiklan dan dikotak rokok itu sendiri, tetapi seharusnya menyingkirkan terus tabiat yang merugikan ini.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tetapi apalah halnya saya bercerita mengenai budaya merokok di Indonesia. Di Malaysia apa bezanya. Tanyakanlah diri sendiri. Jangan "mengata dulang paku serpih,....mengata orang aku yang lebih."

No comments:

Related Posts with Thumbnails