Maka berlaku lagi gempa bumi ( 8.9 diskala rektor) yang besar di Jepun dan di ikuti dengan Tsunami yang membawa ombak lebih 100 meter besarnya menghentam pantai di bandar terdekat, Sendai. Gambar-gambar dalam berita di TV menunjukan betapa remuk dunia ini, dan betapa rasa ketakutan yang dirasai, bukan sahaja pada yang mengalaminya tetapi pada yang melihatnya dari jauh juga. Subhanallah. Kesannya dijangka melanda hingga ke New Zealand dan Carlifonia. Subhanallah. Maha suci Allah dari segala kehendaknya semata-mata kerana menunjuk kebesaranNya. Apa yang berlaku ada sabab-musababnya, walaupun apa yang Allah kehendaki sebenarnya adalah Hak mutlak bagiNya.
Maka teringat saya Surah Al Zalzalah (99) ayat 1-8. Ia menceritakan bagaimana Allah akan menggulungkan Bumi ini di Hari Akhirat. Apa yang berlaku di Jepun kini dan di Aceh tidak lama dahulu adalah gambaran sahaja tentang betapa huru hara keadaan bumi bila sampai masanya ia dibinasakan. Allah mahu memberi peringatan. Di sisi Allah apa yang berlaku adalah sedikit sahaja. Ia adalah seperti berikut:
"Apabila Bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyatnya; Serta Bumi itu mengeluarkan segala isinya; Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun) apakah yang sudah terjadi pada Bumi?;
Pada hari itu Bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhan mu telah memerintahkan (berlaku demikian): Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amalan-amalan mereka; Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zahrah nescaya akan dilihatnya; Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zahrah nescaya akan dilihatnya."
Semoga kita sentiasa beringat dan sentiasa mentauhidkan Allah swt dalam apa jua yang kita lakukan.Kita di galakan berbuat amal walau sekecil zahrah sekalipun.
No comments:
Post a Comment