"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 28, 2011

BISIKAN


Ibarat sedang berbisik hati kehati
Situasi dua makhluk Allah yanh comel ini saya rakam semasa saya tinggal di Sari Papandayan Resort, Garut Indonesia semasa saya bertugas sukarela selama 4 hari di sana pada minggu yang lalu.
Ketenagan berdua-duaan menarik perhatian saya. Mereka tidak berganjak dari tempat itu untuk beberapa lama walau pun cuaca sejuk. Saya kira lebih kurang 17 darjah celsius.
Agaknya kerana sudah biasa, maka cuaca sebegitu dirasai nyaman, dan perlu apa mahu tergesa-gesa.
Dalam AlQuran disebut setiap makhluk Allah berzikir padaNya
dalam bentuk yang hanya Allah mengetahuinya.
Namun mereka Allah tidak pertanggongjawabkan mengenai hidup ini.
Kita makhluk Allah yang digelar manusia Allah pertanggongjawabkan akan segala tindakan kita, tetapi rata-rata kita amat kurang berzikir memuji Allah dengan segala kebesaranNya.
Semoga Allah mengampuni dan mengangkat kita bersama hamba-hambanya yang bersyukur.

No comments:

Related Posts with Thumbnails