"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, March 4, 2011
Kalau Kail Panjang Sejengkal
....Jangan Lautan Hendak Diduga.
Terkejut badak saya hari ini bila ustazah saya dalam kelas pengajian mingguan menyelitkan cerita Perdana Menteri kita mengatakan bahawa ulama' muktabar, Sheikh Yusof Qardhawi dan Ikhwan Muslimun adalah terrorists. Khabarnya beliau berkata demikian semasa lawatan rasmi ke negara Turkey baru-baru ini.
Saya tidak mempercayainya kerana ini mungkin fitnah politik. Kami berbincang seketika dan kelas berhenti seketika kerana ramai yang hendak mengatakan bantahan atau menyatakan ketidak puasan hati jika berita itu benar. Maklumlah, ramai kita menganggap bahawa perkara seperti ini tidak sepatutnya diperkatakan demikian rupa demi perpaduan ummah sejagat. Amat sukalah musuh-musuh Islam yang mendengarnya. Sayalah yang lantang sekali tidak mempercayainya. Ini pasti berita angin sahaja.
Tiba-tiba bila sampai di rumah saya membaca akhbar Harakah dan berita yang sama ada dibincangkan. Terkejut saya sekali lagi kerana kalau Harakah berani menyiarkannya pasti kenyatan Perdana Menteri itu benar. Atau kebarangkalian ia benar amatlah tinggi. Kemungkinan Harakah silap pun ada juga.Tetapi.....
Kalau benar maka saya rasa kecewa kerana saya amat yakin Sheikh Yusof Qardhawi punya kejituan dan keikhlasan dalam perjuangannya menegakan Islam. Maka ia tidak boleh disangakal mudah-mudah dengan ilmu kita yang amat sedikit ini. Apalah kita dari segi ilmu dan apalah kita dari segi amalan dan pengabdian pada Allah Tuhan maha Pencipta sekian alam. Maka mengapa mudah benar kita menuduh. Janganlah kita cepat terpengaruh dengan pujian pujian 'musuh' dan membiarkan diri diperangkap oleh Yahudi dan sekutunya untuk menyebelahinya atas kepentingan mereka semata-mata. Bacalah Harakah keluaran 4-6 Mac 2011. Saya berdoa jika benar kenyataan itu, Allah tidak murka dengan rakyat Malaysia kerana memilih pemimpin yang pemikirannya dan kepercayaannya dan tindakannya dalam hal ini boleh dipertikai.
Ya Allah ampunilah pemimpin dan rakyat Malaysia dan tunjukanlah kami jalan yang benar. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bonda Ngasobah Seliman.
Ameen... dan juga semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam keseluruhannya.. Ameen..
Ameen. Hari ini hari Jumaat.Kita banyakan juga bersolawat selain doa. Hanya Nabi Muhammad saw wasalam sahaja nanti yang dapat beri syafaat menolong kita di hadapan RabbulJalil.
Saya pun sangat cemas dengan situasi begini. Semoga saya dan seluruh rakyat Malaysia diberi petunjuk untuk memilih kebanaran.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kita teruskan mendidik generasi pelapis semoga mereka memahami apa erti pengabdian dan semoga itu menjadi bukti untuk kita "membela" diri di hadapan pengadilan di akhirat nanti. Salam.
Post a Comment