"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan kembali pada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhan mu tidak sekali-kali berlaku zalim pada hamba-hambaNya." maksud surah Al Fusilat (41) ayat 46.
Sememangnya mudah cakap pada diri dan mudah nasihat pada orang lain: "Jangan putus asa." dalam usaha cuba membawa pembaharuan pemikiran. Tetapi hati ini belum tenang dan belum lega sepenuhnya bila tujuan kehendak hati tidak dituruti dan apabila nasihat tidak didengari. Tidak seharusnya saya putus asa kerana hak mutlak mengubah pemikiran adalah pada Allah semata-mata.
Saya rasa amat rugi sesiapa jua yang tidak memegang ayat alQuran di atas tadi dengan serious. Biasanya, pada pemerhatian saya, ramai yang cuba tidak melakukan kejahatan, tetapi tidak pula membuat amal soleh. Ramai yang duduk di tengah-tengah. Iaitu duduk sahaja dalam bentuk berehat atau bersantai. Biasanya ramai yang akan menonton TV hingga larut malam, dan kemudian esuknya bangun lewat, atau tidur semula selepas solat. Pada hemah saya orang yang duduk di tengah-tengah ini juga bahaya kerana jika tidak berbuat yang baik, bersantai itu juga adalah seperti menzalimi diri sendiri juga. Kadang-kadang orang yang tidak berbuat apa-apa ini lebih merugikan kerana dia tidak mempelajari apa-apa dalam hidup ini. Maka ia tidak maju kehadapan. Kita sememangnya tidak mahu berbuat kejahatan. Tetapi kadang-kadang kita terjebak dengan kejahatan, iaitu dengan tidak disenghajakan. Maka Allah memberi peluang untuk kita membetulkan diri. Menyesal, bertaubat dan meneruskan hidup ini sebaik mungkin.
Semasa di pejabat dahulu saya akan rasa kecewa dan kadang-kadang tunjuk juga kemarahan jika sesaorang staf atau pegawai rasa selesa dengan apa yang dibuatnya tanpa mahu membuat pembaharuan. Ada seperti sifat malas dalam sikap mereka. Saya ini keturunan pendatang dan sentiasa dididik berkerja kuat maka saya amat 'bengkek' melihat orang malas-malas. Maka semasa di rumah saya pun demikian. Saya suka pada orang yang aktif. Saya katakan pada anak-anak lebnih baik pergi masuk hutan dan panjat gunung daripada duduk santai di hadapan TV. Atau lebih baik pergi berbasikal ketempat-tempat lain daripada tidur belebihan diwaktu hujung minggu. Kita kena aktifkan minda kita barulah hidup ini bermunafaat.
Antara Cucu-cucu Harapan
Maka saya bertekad tidak akan berputus asa dalam mendidik mengikut ayat di atas. Saya yakinkan diri bahawa saya harus bermula dengan diri sendiri. Saya tidak akan berputus asa untuk terus berusaha. Mungkin hasilnya akan menyerlah bila saya sudah tidak ada. Itu hak Allah semata-mata. Doa saya semoga Allah memudahkan dan semoga Allah memberkati dan meredhai. Ameen.
No comments:
Post a Comment