"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 3, 2011

SELIMUT



Di malam yang dingin, ramai kita akan tenggelam dalam dakapan selimut yang lembut dan nyaman hinggalah ke subuh pagi. Dalam laungan azan setiap pagi kedengaran muazzin melafazkan yang bermaksud: "Solat itu lebih baik daripada tidur". Tidak mungkin kedengaran dan kalau kedengaran sekalipun, besar kemungkinan selimut akan ditarik naik meliputi tubuh. Kadang-kadang berbisik di hati: "Saaa...t lagi aku bangun." Mana mungkin kerana Qarin yang berhampiran sudah mendakapnya erat-erat. Semoga Allah menggegarkan untuk bangkit dari kelalaian dan menyambut seruan. Laungan 'solat itu lebih baik daripada tidur' mungkin kita lihat juga dalam konteks solat malam (tahajjud).


Saya memikirkan kembali Ayat   dalam Surah 73, Al Muzzammil, ayat 1-9 yang bermaksud:
  1. Wahai orang-orang yang berselimut,
  2. Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa,
  3. (Ia itu)  separuh dari wakyu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
  4. Atau pun lebihkan daripadanya, dan bacalah Quran dengan tartil,
  5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada mu wahyu yang berat
  6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya dan lebih tetap betul bacaannya.
  7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya,
  8. Dan sebutlah akan nama Tuhan mu serta tumpukanlah kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan,
  9. Dia lah Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusan mu.




Begitu penting Solat Malam hinggakan ia disebut terus di dalam alQuran. Tiada solat sunat yang lain yang disebut sedemikian rupa. Generasi seangkatan dengan saya ramai yang tidak begitu peka dengan ayat-ayat ini semasa muda dahulu. Ketika itu sangat sedikit peringatan dan kalau ada peringatan pun ia ditelan keseronokan santai yang berpanjangan.Semoga Allah mengampuni dan menganugerah kekuatan iman untuk menghayatinya sekarang dan selamanya. Itu doa saya dan semoga Allah mengasihani dan menganugerah keimanan yang tinggi dan mantap. Saya juga masih ketinggalan, semoga Allah terus menunjuk jalan dan memberkati usaha yang kerdil ini.

Dalam hal ini teringat saya bahawa dalam sejarah Islam Ustaz pernah menceritakan betapa solat malam (Tahajjud) menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tinggi darjat imannya. Khalifah ArRashidun, Saidina Umar Al Khattab akan meronda di khemah-khemah tenteranya pada sebahagian malam  ketika  waktu perang untuk meninjau siapa diantara tenteranya yang rajin solat malam. Mereka ini akan dipilih untuk ditempatkan di barisan hadapan semasa mara melawan musuh. Mereka ini diyakini tentera yang terbaik kerana maqam pengabdiannya terpuji. Maka yang tidak terpilih akan iri hati dan cuba mencontohi mereka yang terpilih. Mati syahid adalah satu impian kurniaan Allah swt. Semoga kita juga berpeluang mati syahid. Dalam alQuran disebut semoga mati sebagai Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Ameen.

2 comments:

Kaktiny said...

Assalamualaikum Bonda Ngasobah Seliman..

Benar apa yg bonda nyatakan..
Sblm tidur, berjanji pelbagai pada Allah (pada diri), nak bangun tahajuud dan baca Quran sekian sekian waktu.. Dah set alarm jam dering, alarm handphone.. letak sebelah telinga kiri kanan.. bila tiba masa laram berbunyi.. laju tangan mematikan.. dgn alasan "saaaaa...t lagilaah. 5 minit je nak lelap..".. sedar-sedar terlajak setengah jam.. itupon mujur kalau bangun.. kalau tidak, sedar-sedar masa org dh azan subuh.. huuhuu..

Bukan setakat generasi Bonda yg tidak peka, generasi sekarang lagilah pula.. solat waktu pun ada yg buat-buat lupa (malah ada yg tak tahu nk mengerjakannya.. aduuuhh).

Sesungguhnya syaitan itu makhluk yg sangat berpegang pada janjinya kepada Allah.. diburunya manusia utk disesatkan bersamanya di setiap zaman, waktu dan ketika.. hanya kita ini, manusia, yang mudah lupa dan berani bermain janji dengan Illahi.. kan Bonda..

:(

ngasobahseliman said...

Salam. Betul kata-kata dan fahaman itu.Sama-sama kita berdoa kita sentiasa tergolong dikalangan orang-orang yang beringat dan sentiasa mengingati Allah. Semoga kita sentiasa dijalan yang benar.Doa jangan putus-putus juga untuk anak-anak ........dan cucu.

Related Posts with Thumbnails