Foto kenangan bersama Pak Budi, supir berjiwa waja.(kanan sekali)
Pak Budi namanya.Ia jadi supir kami selama kami berada di Bandung dan Garut untuk kerja sukarela membantu menubuh dan mengurus Situwangi Boarding School supaya perjalanannya licin dan teratur. Pak Budi sangat berbudi bahasa. Sekarang ini budaya berbudi bahasa seperti yang ada pada generasi dahulu sudah amat kurang. Budaya alam Cyber mengambil alih budibahasa dan saya rasa kurang selesa.
Pada Pak Budi 'jati dirinya' jelas sekali. Bila diminta berbuat sesuatu lantas dia menjawab "SIAP", bererti seperti "considered done, Sir". Rupa-rupanya dahulu ia berkhidmat dengan tentera Indonesia. Maka sebab itulah disiplinnya tinggi. Dalam perjalanan kami dari Bandung ke Garut, dan Garut ke Bandung sering kali kami berbual-bual mengenai keluarga, cara mencari rezki, penghayatan Islam dan berbagai lagi. Saya dan teman sekerja suka bercerita mengenai Islam dan kaitannya dengan mencari rezki. Ini hakikat kehidupan. Rezki yang diperolehi tanpa redha Allah, tidak membawa manusia kemana-mana, jauh sekali ke Syurga.
Kata Pak Budi Ibunya Islam dari asal tetapi kepercayaan warisan agama Hindu masih menebal. Selalau sahaja mereka "bergeseran". Tetapi Pak Budi sering berundur untuk mencari ketenangan sebelum mencuba lagi untuk memperbetulkan ibunya. Semoga usahanya berterusan dan Allah meredhai.
Bercerita mengenai kerjaya Pak Supir, saya teringat akan "anak angkat" saya , seorang anak orang Asli. Tiga tahun yang lalu saya dan beberapa teman dari Masjid Kg. Tunku telah membantu mengurus Asrama anak-anak orang Asli yang berada ketika itu di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur. Kami mengajar Bahasa dan Fardhu 'ain untuk beberapa jam mengikut kemampuan dan kesesesuaian. Di celah-celah mengajar atau lebih tepat memberi "tuition" kami sembang santai mengenai cita-cita masa hadapan. Canggih sekali cita-cita mereka. Selain menjadi tentera, mereka menyebut pilot kapal terbang, doktor, jurutera dan lain-lain seperti itu. Tetapi bila sampai pada "anak angkat" saya, Amirul namanya, ia kata; "Amirul nak jadi driver." Dengan spontan ia ditertawakan oleh kawan-kawan yang ada seramai lebih kurang 7-8 orang. Saya ingat peristiwa itu sampai hari ini. Air mukanya berubah, seperti sedih sekali dan air matanya berlinangan.
"Kenapa ketawakan, Amirul?" saya bertanya.
Mereka senyap tidak menjawab. Sejurus kemudian seorang darinya berkata: "Ayah dia driver Van Jabatan Hutan".
"Oh," Saya cuba memaqhami.
"Apa salahnya jadi driver?", saya cuba membela Amirul untuk mengembalikan harga dirinya yang nampak terhakis kerana ditertawakan oleh kawan-kawan.
"Nanti bila besar, jadi driver bukan macam jadi driver sekarang. Dia pun mesti pandai komputer. Saya ceritakan pengalaman saya di Jepun dimana taxi-taxi menggunakan "GPS".Saya terangkan bahawa itu ada unsur faham komputer.
"Ia ke Ibu? Mereka tanya. (Saya bahasakan diri saya ibu pada semua anak-anak di asrama itu)
Setelah saya bercerita panjang lebar, barulah Amirul tersenyum. Ia rasa terbela bahawa cita-citanya bukan suatu yang lekeh. Kemudian yang lainnya tertawa sama-sama. Saya rasa lega.
Harga diri atau "self esteem" adalah satu faktor penting yang harus ada pada semua diri, remaja atau dewasa. Ini yang harus dipelihara oleh ibu-bapa pada anak-anak, majikan pada pekerja dan siapa jua. Jika hilang harga diri maka buruk kesannya. Pusat Serenti yang ada di negara kita itu penghuninya tersasar haluan kerana hilang harga diri. Kadang-kadang ibu-bapa terlalu meletakkan target yang terlalu tinggi dalam pelajaran sekolah hingga ketahap anak-anak jadi bingung. Untuk memendikan bicara, cukuplah kita mengatakan bahawa mereka terasa terpinggir dan membawa diri mengikut pertimbangan sendiri. Semoga kita semua peka mengenai hal ini.
Kita seharusnya menggalakan anak-anak untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat mencapai tahap kejayaan yang cemerlang. Jika mereka gagal setelah berusaha, maka jangan mereka dipandang rendah seperti telah gagal dalam hidup ini. Anak-anak mempunyai kebolehan masing-masing mengikut cita rasa dan pemikiran yang tersendiri. Tidak bererti mereka tidak boleh berjaya dalam hidup ini.
Dalam Islam kita dinilai oleh Allah swt dari segi usaha dan kesungguhan kita dan keikhlasan kita. Tidak salah menjadi driver atau apa jua kerja yang dipegang dengan penuh kerajinan , kesungguhan dan amanah. Iman dan taqwa yang Allah lihat sebagai pemisah antara satu sama lain, bukan semata-mata dari segi harta dan wang ringgit. Semoga kita muhasabah diri dan jangan mengukur kejayaan dari sudut kebendaan sahaja.

2 comments:
Assalamualaikum puan.
Bahagianya kan bila kita bertemu dengan orang yang berbudi macam Pak Budi. tentu dia insan yang berbahagia sebab sentiasa membahagiakan insan lain.
Baru-baru ni putera saya meniarap,kekecewaan dengan keputusan SPMnya, padahal masih layak meneruskan pelajaranpun. Lalu kami katakan padanya "SPM tu hanya sebagai sebahagian dari titi. Banyak lagi titi yang kita boleh gunakan untuk kejayaan dalam kehidupan.Nanti diakhirat tidak ditanya bagaimana pencapaian akademik kita tapi yang ditanya ialah bagaimana amalan dan iman kamu" Barulah dia nampak tenang.
Alhamdulilah, Makbonda. Itulah jawapan yang sebaiknya. Semoga ia terus berjaya dan sejahtera di sini dan di sana. Salam.
Post a Comment