"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 10, 2011

KEPEDULIAN TERHADAP WANITA.




8  Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia. Ia berlalu dalam keadaan sepi tanpa disedari ramai termasuk wanita sendiri dan termasuk saya sendiri. Biasanya sambutan dalam media tidak sesegar dan seanggun sambutan hari perayaan yang lain. Sayang sekali, Wanita hanya diberi perhatian apabila kepentingan sesaorang itu terjejas disebabkan olehnya.

Wajah-wajah wanita adalah berbagai. Kalau dahulu di zaman jahiliah anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana kepercayaan karut dan logika songsang  (perverted logics) yang dipegang oleh lelaki yang menjadi ketua masyarakat, tetapi sekarang ini wanita wanita terpelihara. Cuma tahap pemeliharaan dan tahap "participation" dalam keluarga dan masyarakat sahaja yang selalu diperbincangkan.



Siapa yang patut mengambil tahu dan membela wanita di Malaysia dan di mana jua. Allah hanya mencipta lelaki dan Wanita (sebagai manusia) dan Allah dalam alQuran telah mengatakan dalam beberapa ayat tentang kedudukan wanita dan hukum hakam mengenainya. Surah An Nisa' khusus memertabatkan wanita. Surah An Nur menarik perhatian yang mahu menelitinya mengenai pentingnya akhlak wanita dibina dan kemudian dipelihara dan buka dibina kemudian dinoda. Tetapi lelaki hanya "peduli" mengenai wanita untuk kepentingan "khususnya" sahaja. Ia nampak seperti demikian. Dasar negara menganai wanita nampak macam serious dan sekarang ada Kementerian khusus untuk mengendali kebajikan Wanita. Tetapi berapa banyak peruntukan kewangan yang dikhaskan baginya. Siapa yang akan meletak keutamaan tinggi untuk kebajikan wanita dengan kesedaran bahawa jika lemah wanita maka  akan lemahlah negara. Sayangnya "(woman is often taken for granted".

Saya dalam NGO melihat bagaimana beberapa NGO cuba membela nasib Ibu Tunggal. Dicelah-celah itu ada yang mempermain konsep itu dengan berkata Ibu "Tinggal" pada yang ditinggal lari  oleh suami. Rata-rata saya lihat bila dikata "ibu tinggal" senyuman sinis kelihatan diwajah-wajah yang tidak memahaminya dan mengambil ringan akannya.

Antara Wajah-wajah Wanita Malaysia

Bilangan ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan penyaraan anak-anak  memang merupaka satu bebanan pada buget negara. Namun ini tidak dapat dipinggirkan kerana jika wanita dalam golongan ini tidak sejahtera, maka akan pincanglah masyarakat kerana dibahu merekalah terletaknya tanggongjawab membesarkan dan mendidik anak-anak hingga keumur yang matang dan boleh berdikari. Saya perhatikan beberapa ibu tunggal akan merayu meminta pertolongan di Masjid-masjid. Adakah ini satu petanda mereka tidak mendapat layanan sewajarnya di Kementerian Wanita. Takut nanti orang kata Kementerian wanita itu seperti "indah khabar dari rupa". Ada Kementerian, tetapi wanita masih tersisih.

Banyak lagi hal-ehwal kebajikan Wanita yang seharusnya diberi perhatian oleh kaum Adam. Di Malaysia memang tidak ada masaalah meruncing dalam hal-hal yang berkaitan dengan masaalah ibu mengandung dan masaalah penjagaan bayi sejurus selepas kelahiran. Namun masaalah mengenai pendidikan anak-anak  masih menjadi masaalah terutamanya pada ibu-ibu yang berkerja. Tidak perlu kita berbincang panjang lebar di sini kerana pihak pembuat dasar sudah sangat masak dalam hal ini. Cuma yang menjadi masaalah ialah dalam perlaksanaannya. Dasar penyusuan bayi masih belum dapat sambutan yang memuaskan. Itu dari permerhatian saya mengawasi cucu-cucu. Bagaimana caranya wanita diberi kemudahan untuk memastikan Hak Bayi terpelihara.

Ada beberapa perkara lagi yang boleh dibincang, tetapi kita buat  di forum lain. Cuma saya ingin membuat teguran pada suami-suami yang tidak membantu isteri dalam kerja-kerja rumah dan dalam mengurus dan mengasuh anak. Ramai saya perhatikan, dari semenjak saya muda lagi, kaum lelaki / suami masih merasakan rumah tangga adalah tanggongjawab wanita. Perubahan sikap yang berlaku masih belum meluas. Dalam hal ini mungkin banyak lagi kempen yang harus dijalankan oleh media semoga kaum lelaki / suami mencapai tahap kepedulian terhadan wanitra / isteri seperti yang dituntut oleh agama Islam. Contohilah akhlak Rasulullah saw sebagai suami. Orang yang bertaraf ustaz pun saya perhatikan ada yang tidak mencapai kepedulian yang sewajarnya terhadap kebajikan isteri, termasuk dalam hal mengasihi, mengurus dan mendidik anak-anak.





Cukuplah setakat ini bicara saya tentang kepedulian terhadap wanita dan Isteri. Kaum lelaki akan berhadapan dengan pengadilan di hadapan RabbulJalil nanti. kerana merekalah yang memegang tampok kepimpinan. Semoga ada kesedaran yang mendalam demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
WaAllahu'alam.

2 comments:

Kaktiny said...

Assalamualaikum..

SETUJU.. sangat-sangat setuju...

Kepedulian wanita terhadap wanita itu sendiri pon amat kurang di kalangan masyarakat kita..
.. nak pulak kalau golongan ibu tunggal, atau janda.. sangat ditakuti oleh wanita-wanita "sempurna" lain utk didekati dan difahami permasalahan mereka..

Kepedulian lelaki terhadap wanita, apatah lagi.. fenomena 'makan duit isteri' (isteri yg bekerja menyara rumahtangga sedangkan suami beraksi seolah itu 'tanggungjawab kamu kerana saya beri izin kamu bekerja') menjadi seakan "HALAL" pada budaya skrg..

Lelaki.. bisingnya tahu bab POLIGAMI ITU SUNNAH.. POLIGAMI ITU HALAL DAN DIBOLEHKAN..

Wanita... takut itu lebih kepada diceraikan, ditinggalkan, dimadukan..

Membentuk ummah baru dengan cemerlang ilmu dunia akhirat - YAKNI ANAK-ANAK - pewaris generasi agama, bangsa dan Negara, sering diletakkan di tangga ketiga selepas hati sendiri, serta nafsu sendiri... baik lelaki juga wanita.. (huhuhuhu)

note:
Sentiasa mengingatkan diri yg masih goyah dan lemah!!..
Sentiasa ingin mendalami ilmu untuk membentuk peribadi yang mudah resah..
Sentiasa ingin mendapatkan inspirasi.. bagi melayari hidup dengan berhemah..

Terima kasih Bonda..
Inspirasi Mawaddah banyak memberi suntikan di jiwa.. :)

<3

.

ngasobahseliman said...

Salam Kaktiny, Alhamdulilah, satu ulasan yang amat matang. Teruskan membaca, mengkaji dan memerhati dan gunakan ilmu dan pengalaman yang diperolehi untuk membangun insan warisan. Semoga sentiasa mendapat hidayah dan semoga Allah terima semuanya sebagai amal soleh yang akan menjadi benteng perjuangan di dunia untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.Hati-hati menjaga perasaan dan hati-hati melangkah ke hadapan. Sentiasa memohon pertolongan Allah kerana hanya Dia yang maha bijaksana dan maha berkuasa.

Related Posts with Thumbnails