"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, March 21, 2011

MEMERINTAH BUMI



Dalam pergolakan dunia hari ini, terutamanya pergolakan politik di Utara Afrika dan di Asia Barat / Timur Tengah, saya rasa  ramai yang tertanya-tanya apakah tidak ada penyelesaian muktamad untuk krisis ini. Pada zahirnya krisis di Tunisia dan di Mesir telah selesai walaupun kita belum tahu hala tuju mereka sebenarnya.  Di Libya, di Bahrain dan di Yamen  dan sedikit-sedikit di tempat yang lain, pergolakan masih beterusan dan ketika entry ini ditulis masih belum nampak penyelesaian. Masih banyak nyawa yang terkorbn. Semuanya mendakwa mereka di pihak yang benar. Mereka mahukan pembaharuan dalam penggubalan dasar, mahukan kebebasan, mahukan demokrasi dan mahukan pembelaan atas hak-hak asasi manusia. yang telah lama mereka di halang dari menikmatinya.

Bilakah agaknya akan tiba penyelesaian dan dalam bentuk apa pula penyelesaian ini  akan dicapai.dan jika ada, bilakah ia akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku. Pakar-pakar penganalisa politik dan percaturan kuasa dunia mempunyai berbagai pendapat bergantung (pada pendapat saya) ke atas fahanan mereka mengenai hakikat kewujudan kuasa sebenar yang mutlak, iaitu kuasa Allah swt, maha pencipta , maha perancang , maha bijaksana, maha mengetahui dan maha berkuasa atas tiap-tiap segala sesuatu.

Campur tangan kuasa besar dunia ketika ini adalah dalam bentuk pilihan strategy mengikut tujuan mereka yang tersurat dan tersirat. Ini amat membimbangkan saya sebagai seorang Muslim yang walaupun seorang mempunyai tanggongjawab yang sama beratnya  dalam berusaha semampunya menetukan tertegaknya KEBENARAN yang mutlak. Amerika Syarikat dan yang lainnya yang ada kuasa veto di Security Council Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mempunyai agenda masing-masing. Negara-negara Islam pula tidak bersatu padu seperti yang dituntut dalam syarie. Maka apakah yang akan berlaku.

Maka  pada suatu malam dalam kelas pengajian mingguan, Ustaz kami ada menyentuh mengenai hal ini serba sedikit terutamanya dalam konteks siapa akhirnya yang akan berkuasa di dunia ini. Dalam ilmu saya yang terhad dan kebolehan saya yang kerdil ini, saya simpulkan pemahaman saya seperti di bawah ini. Semoga perkongsian ini membawa munafaat dengan izin dan kehendak Allah jua.

Dalam alQuran kita diceritakan Nabi Allah Sulaiman (as) dianugerah Allah memerintah Bumi dan semua jenis makhluk yang ada di dalamnya. Namun Allah tidak kurnia kuasa dan kebolehannya dicontohi oleh umatnya sepenuhnya. Nabi Muhamad (saw) Allah anugerah memerintah Bumi, bukan disetiap jengkal tanahnya pun, tetapi Allah kurnia segala kekuasaannya dan pengabdiannya  dicontohi oleh umatnya sepanjang zaman. Malahan kita dituntut mencontohinya  dengan sebenar-benarnya.

Hingga hari ini alQuran tetap relevan dan umat sekarang kalau mahu memerintah Bumi seharusnya menenggengam kuat  prinsip-prinsip yang telah diajarkan oleh Baginda tentang  apa yang ada  di dalam Al Quran dan hadithnya. Ini bukan suatu yang mustahil, tetapi ia memerlukan keyakinan, keimanan, ketabahan dan kesabaran yang amat tinggi  untuk memungkinkan ia berlaku. Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, maha pemurah dan maha mengasihani telah pun menunjuk jalan bagaimana hendak menguasai Bumi ini. Hanya manusia sahaja  yang lalai dan hanya yakin pada apa orang lain kata dan bukan pada apa AlQuran kata. Ustaz kata amati ayat berikut:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara kamu  (wahai umat Muhamad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di Bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang orang yang sebelum mereka  khalifah-khalifah  yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh) ; (dengan syarat) mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku dan (ingatlah)  sesiapa yang kufur ankara sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik".  Surah An Nur (24), ayat 55.
Ini Janji Allah swt yang sepatutnya setiap Muslim menggigitnya sekuat-kuat hati. Sebelum ini ada Ustaz lain yang telah menerangkan kepada saya, tetapi saya belum pernah menulisnya untuk perkongsian. Saya cuba kali ini semoga ada munafaatnya.

Ustaz dalam kelas pengajian memberi penjelasan dengan tujuan kita menyedari kelemahan kita sebagai pemimpin kerana hadith ada mengatakan bahawa setiap kita adalah pemimpin. Katanyan dalam ayat ini Allah telah berjanji dan Allah meredhai orang yang beriman menguasai Bumi ini.


Kita lihat senario dunia pada hari ini. Negara Islam bergolak dan rakyatnya tertindas dan ditindas oleh kuffar. Ada juga kalanya umat Islam ditindas oleh mereka yang mengaku dirinya Islam. Alangkah sedihnya. Dunia ini dikuasi oleh yang bukan Islam. Ini semata-mata kerana kita  orang-orang Islam tidak mematuhi ayat di atas tadi, iaitu jangan sekali-kali mensyirikan Allah.

Tauhid orang Islam di Dunia kini rata-rata amat lemah dan rapuh. Tauhid bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan fardhu Haji.Syahadah semestinya dihayati sepenuhnya. Erti syirik pun harus ditafsir dengan mendalam dan terperinci, difahami dan diikuti. Syirik bukan sahaja mempersekutukan Allah dengan berhala, dengan tok kong Hindu dan sebagainya. Tetapi lebih penting ialah orang Islam tidak berbuat sesatu semata-mata kerana Allah swt. Ia hanya sebut lilahita'ala tetapi di hati penuh pendustaan dan rasa riak dan bermacam lagi yang menunjukan ia tidak faham dan tidak mahu faham dan tidak yakin dengan konsep mentauhidkan Allah.

Pepatah Arab mengatakan: "Kekuasaan yang berasaskan agama, maka kekuasaan itu berkekalan. Dan agama jika dipegang oleh orang yang berkuasa, maka agama itu akan menjadi lebih kuat dari segi pelaksanaannya."


Lihatlah sekarang, setiap pemimpin yang zalim memerintah, ia akan sentiasa dalam ketakutan dan tidak merasa ketenangan walaupun hartanya berkarun banyaknya. Seharusnya mereka yang berkuasa mengajak kepada amal makruf dan menghidarkan yang mungkar. Terlau banyak diperkatakan dalam AlQuran mengenai ini. Ramai yang berkuasa leka dan mementingkan diri, maka Allah belum dapat menerima doa orang-orang yang soleh. Ini lah tanda-tanda awal kebinasaan. Jika rakyat biasa melakukan kejahatan kesan nya kecil berbanding jika pemerintah (golongan elite) yang membuat kejahatan dan kerosakan. Kesan nya amat besar. Seluruh negara itu akan mendapat kecelakaan.

Maka Ustaz kata baca ayat di atas bersama dengan surah Al Isra' (17); ayat 16 dan 17.
"Dan apabila sampai tempuh kami hendak membinasakan pendududuk sebuah negeri, kami perintahkan (terlebih dahulu)  orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan diantara mereka (supaya taat) lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Maka berhaklah negeri itu dibinasakan lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."
"Dan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sesudah zaman Nabi Nuh, dan cukuplah Tuhan mu (wahai Muhamad) mengetahui lagi melihat kan dosa-dosa hambaNya."
 Dan baca juga surah Al Anbia' ayat 105
"Dan demi sesungguhnya Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang kami turunkan  sudah ada tulisannya pada Luh Mahfudz: bahawa sanya Bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba Ku yang soleh."
Maka jelas sekali bahawa ketika ini umat Islam belum berpegang teguh dengan Ayat 55, Surah An Nur dan ayat-ayat lain yang berkaitan dengannya. Maka beginilah keadaannya. Umat Islam ketinggalan dalam banyak bidang. Ketua-ketua negaranya ramai yang bermasaalah dan ramai yang dilihat oleh rakyatnya sebagai tidak bijak dan tidak ikhlas mentadbir negara dan tidak memegang prinsip-prinsip keadialan yang sewajarnya. Ada diantara mereka yang itergriti diri disangsikan. Ada yang mengatakan pemimpin-pemimpin ini  "merompak" harta negara mereka sendiri. Rayat hidup papa kedana. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Sampai di sini sahaja bicara saya. Saya pun tidak pandai dalam hal ini. Tetapi saya amat insaf  dengan  keadaan  yang sedang berlaku. Pastinya saya juga  akan dipertanggongjawabkan. Semoga Allah mengampuni. Semoga kita semua kembali pada perintah Allahswt.



P.S
Malam kelmarin waktu Malaysia, Jet-jet pejuang Perancis dan Britain dengan sokongan beberapa kuasa besar lain telah mula menyerang target-target strategic di Libya di bawah Resolusi Bangsa-bangsa bersatu. Saya rasa bercampur-campur. Saya agak lega kerana nyawa rakyat yang tidak berdosa insyaAllah dapat diselamatkan. Tetapi saya juga takut apa yang berlaku sekarang akan memburukan lagi kedudukan umat Islam di dunia ini. Saya mengharapkan The Arab League tidak semata-mata sokong resolusi itu tetapi tidak berfikir untuk muhasabah diri. Seharusnya mereka berbuat sesuatu untuk mengubah cara berfikir dan cara bertindak orang-orang Islam dalam menangani masaalah dunia hari ini. Sunatullah dan Syariat Allah harus berjalan serentak maka barulah Allah memberkati.

Semoga Allah masih memberi peluang untuk umat Islam balik kepangkal jalan dan berpegang teguh dengan AlQuran dan hadith dalam meneruskan perjalanan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails