Kenangan perjalanan sebuah kembara hati yang jauh tidak mungkin dilupai. Tetapi apa sebenarnya yang harus diingati. Apakah sebenarnya yang telah dipelajari dalam enam hari meributkan diri.
Keindahan bunga akan gugur nanti bila berubah musim. Hanya tinggal secebis ingatan kerana kehadirannya dihadapan mata pun amat sebentar. Kenalan baru juga akan lenyap diingatan sekiranya tidak ada asas persahabatan yang kukuh untuk diteruskan. Biasanya kenalan akan menjadi rapat jika kita duduk dalam satu jemaah yang sama perjuangan hidup, sama-sama memahami masaalah-masaalah yang dihadapi dan sama fikrah dalam usaha maju kehadapan. Ini bukan suatu yang mudah. Munkin jalinan persahabatan yang baru ini dapat membuahkan sesuatu yang dapat dimunafaatkan bersama dan semoga ia berpanjangan.
Semoga Allah permudahkan.
Selain dari apa yang telah saya catat dahulu, Seoul melambangakan bandarraya kecantikan. Kami dibawa berkunjung di gedung kosmetik yang berjenama popular dan kami dilayani dengan penerangan yang boleh memikat jiwa yang melihat dan mendengarinya. Saya hanya sebentar di dalam dan kemudian keluar kerana sudah bukan masanya untuk saya mahu bergaya, untuk tujuan apa sekalipun. Cukup sekadar yang tidak melampaui batas.
Namun terkesan juga di hati memikirkan kesungguhan orang Korea yang cantik-cantik ini. Bahan-bahan kosmetiknya dari bahan-bahan yang terbaik dari segi meminimakan kesan kimia dikulit untuk membolehkan ia cantik rapi. Entahlah saya pun kurang jelas dan tidak memahami segala yang dikatakannya. Mungkin kerana itu bukan domain yang saya suka menjelajahi. Maklumlah....keturunan pendatang.... mana kisah sangat tentang kecantikan.
Iklan produk di luar Galarie Kosmetik
Di bawah ini saya ambil foto kerana mahu menutup rasa "jemu" menanti.
Sememangnya Korea terkenal dengan kecantikan wanitanya. Rupa parasnya menawan dengan kulit yang lembut susah dibandingkan. Korea juga terkenal dengan teknologi tingginya. Antaranya kami dibawa melihat hasil gigih negara itu merawat bekalan airnya dan cara mana ia dapat mengekalkan keindahan alam kurniaan Tuhan tanpa banyak pencemaran. Pemandu pelancung membuat penerangan tetapi sedikit sangat yang saya ingat. Sungai seperti gambar yang ada di bawah ini dahulunya sangat kotor dan telah "ditutup". Tetapi kemudiannya di "buka semuala" dengan teknologi yang diperolehinya. Saya kurang faham. Lihatlah sahaja hasilnya dan katanya Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Najib pernah melawat ke sini untuk mempelajari sesuatu yang boleh di laksana di Malaysia. Saya menjangka mungkin bagaimana mahu membersihkan Sungai Kelang kita itu. Malaysia kaya. Pastinya usaha ini mungkin berjaya jika difikir secara logik.
Tempat ini juga menjadi tumpuan pelancung. Airnya jernih dan tempat berehat pun ada.
Selesa untuk bersantai.
Kalau mahu bercerita mengenai kecanggihan teknologi sememangnya tidak habis di sini. Maka saya hanya mahu merakamkan sesuatu yang tidak ada di Malaysia, (mungkin saya tidak terlihat lagi) ia itu bas elektrik untuk pelancungan. Kemudahan membekalkan elektrik juga tersedia. Saya tercegat sebentar melihat kelainnan hal di Seoul ini.
Dalam saya tercegat-cegat melihat di sekeliling tempat menarik pelancung, suami saya menyergah saya. Katanya: Kita seronok tengok yang cantik-cantik dan rasa kagum dengan ciri pembangunan yang jauh lebih maju, sedar tak kita bahawa setahu kita di Seoul ini hanya ada satu Masjid. Kedudukan Islam belum terserelah. Kenapa kita hanya datang bersantai dan bukan datang berdakwah.
Betul tu. Tapi kita lihat sebuah dua gereja, walaupun kecil. Malahan di luar Seoul semasa kita dibawa kesana kita ternampak juga gereja kecil-kecilan. Maka ini bererti pengaruh agama kristian lebih kuat dari pengaruh agama Islam. Agaknya kita besuk akan ditanya atau tidak kenapa dakwah Islam tidak kuat di Korea ini.
Ia juga, dan kita harus menginsafi hakikat ini. Ada ke mubaligh Islam yang bergiat cuba mengembangakan Islam. Agaknya dulu tidak ada kaum perniagaan yang samapi di Korea dan berkahwin dengan orang tempatan seperti sejarah di Malaysia. Saya akui saya buta sejarah dalam konteks ini.
Tetapi soalnya nanti: Bolehkah kita berlepas diri dari tanggungjawab ini?
Gentar sedikit rasa dihati atas komen suami saya itu. Benar juga soalan itu. Kita sibuk dengan melihat-lihat, berbelanja wang ringgit dan itu mengayakan tukaran wang asing di Korea, tetapi kita kurang peduli tentang perkembangan Islam di sana.
Saya tidak boleh jawab. Saya mengaku bersalah.
Semasa saya lama sedikit di Tokyo dalam tahun 2007 menjaga cucu, saya tahu kumpulan Tabligh dari Malaysia ada ke Jepun untuk mengembangkan Islam di sana. Mungkin ada juga di Korea ini. Saya ingin juga tahu. Maka saya kata pada suami bahawa kita seharunya berbuat sesuatu. Paling tidak tugas kita ialah menggalakan anak cucu kita belajar berbahasa Korea dan mungkin satu hari nanti mereka boleh berbuat sesuatu untuk berdakwah ke sana. Semoga Allah menunjuki jalan dan menurunkan pertolongan.
Suami saya kata kita harus meningkatan kepedulian kita mengenai hal ini. Semoga Allah mengampuni dosa kita atas kelemahan ini dan semoga kita boleh berbuat sesuatu walaupun kecil dengan rahmat Allah jua.
Amiin.
...
2 comments:
Dear Sis,
I suka cara Korea merawat air - environment friendly - boleh jadi tarikan pelancong lagi!
Bayangkan 40 - 50 tahun dulu Korea lebih mundur dari kita, tapi kerana semangat yang jitu dan pembangunan yang terancang , mereka telah jauh ke depan.
ps. nak muka licin dan halus, makan kimci hari-hari....
Betul, Sis. Mereka bukan Islam. Tetapi ciri-ciri sifat orang Islam banyak terdapat padanya. Bilik air awam pun bersih banding kita. Bila dibawa keluar Seoul dan lebuh raya besebelahan dengan sungai, nampak air sungai yang bersih dan tepian sungai terjaga.
KIMCHI? Suami saya amat suka. Saya suka sikit-sikit sahaja.Terima kasih berkunjung. Salam.
Post a Comment