Berbagai tujuan kita bermusafir atau kita kembara. Namun di hujungnya adalah kerana Allah swt semata-mata, mahu mencari dan memahami kebesaranNya dan berdiri tegap mempertahankannya dan semoga mendapat keredhaanNya. Saya dan suami amat ingin untuk ke GAZA dan ziarah Baitul Maqdis. Tetapi belum termampu dari bergabai sudut. Semoga suatu hari nanti akan menjadi kenyataan jua dan doa kami tidak putus semoga akan bebas Negara Palestine dari kezaliman Yahudi.
Sementara itu kami kembara santai ke Seoul, Korea Selatan selama 6 hari. Alhamdulilah kami sihat dan dapat mengikuti program sepenuhnya. Namun hati ini tidak banyak teruja kerana tempat-tempat yang kami ziarah tidak membawa banyak pengertian mengenai perjuangan umat Islam. Kami rasa agak kosong di hati kerana tempat-tempat itu hanya untuk santai para pelancung. Namun kami masih berharap ada sesuatu yang dapat kami munafaatkan dalam musafir ini kerana seharusnya ada nilai tambah yang dapat diperolehi bagi munafaat perjalanan menuju ke Destinasi Kekal yang sudah hampir bagi kami.
Maka kami dengari dengan agak teliti penerangan pemandu pelancung yang suka bercerita sejarah pembangunan masyarakatnya terutama selepas melalui perang "KOREAN WAR" dan Perangan Dunia Kedua di mana mereka di jajah oleh Jepun, seperti kita di Malaysia. Orang-orang Korea Selatan masih kurang mempercayai orang-orang Korea Utara dan Jepun. Mereka lebih selesa dengan kuasa-kuasa Barat yang mereka anggap boleh membela mereka dalam apa jua krisis yang mungkin dihadapi.
Saya pernah ke Seoul 30 tahun yang lalu ketika masih dalam perkhidmatan. Tetapi ketika itu saya dan 3 pegawai yang lain hanya melawat sekolah-sekolah dan Kolej-kolej Teknikal sahaja dalam rangka Latihan Teknikal oleh Bank Dunia. Bandar Seoul amat jauh berbeza dan saya merasai seperti inilah kamli pertama saya berada di bumi Seoul. Saya kagum melihat perkembangan kemajuan yang berlipat ganda. Dari penerangan pemandu pelancung yang fasih berbahasa Inggeris dan lulusan University, dapatlah saya fahami bahawa mereka maju kerana rakyatnya bersatu dan berkorban dan bekerja kuat membangun negara mematuhi saranan pemimpin yang memerintah negara mereka. Rakyat jelata berjimat cermat dan pemimpin tidak menonjolkan kemewahan hidup mereka. Semasa perang dan sesudah perang rakyat digesa makan beras berdikit-dikit. Malahan perundangan dikuatkuasakan untuk makan nasi dari beras yang mesti dicampur dengan jenis makanan yang lain seperti jagong, kacang soya, kacang merah dan sebagainya. Mereka patuh dan sifat gigih rakyat dan keikhlasan peminpin inilah yang dapat membina Korea seperti yang ada sekarang.
Saya masih teringat pengalaman saya makan nasi campur ubi kayu atau keladi atau keledek dan mak dan bapak saya bekerja kuat untuk menyara keluarga. Kalau sejahtera keluarga maka sejahteralah negara. Saya menghargai pengorbanan para pemimpin waktu itu tetapi sekarang ini saya terfikir-fikir sama ada masih jitu semangat juang pemimpin yang memerintah negara ketika ini. Dari penerangan yang diberi kami dimaklumkan bahawa Korea tidak kaya dengan hasil bumi seperti Malaysia. Tetapi mengapa mereka lebih maju dari Malaysia. Pembangunan teknologinya lebih canggih dan taraf hidupnya lebih tinggi dari Malaysia. Bagaimana rakyat boleh membangun negara seperti ini. Mereka bukan beragama Islam. Malahan orang Islam di Korea adalah kurang dari 1% penduduk yang lebih kurang 50 juta orang. Saya dan suami berbincang-bincang tentang fakta ini dengan ahli rombongan semoga menyedari kepincangan, kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita dengan tujuan mencari penyelesaian kerana kita semua akan dipertanggongjawabkan di akhirat nanti, secara langsung atau tidak langsung. Kita adalah pengundi yang berhak menentukan arah tuju yang yang lurus seperti dituntut dalam Quran dan Hadith.
Dibawah ini suami saya merakam foto dengan seorang Korea yang beragama Islam yang bekerja mengawal lalu lintas di hadapan Masjid. Namanya Ali. Ia amat teruja bertemu kami..
Masjid ini tidak nampak gahnya dari pintu belakang tetapi kami tidak masuk dari hadapan kerana masaalah lalulintas. Gambar di atas ini diambil di pintu belakang.
Saya senyum sendirian bila tajuk Khutbah Jumaat adalah mengenai "Qalbun Saliim". Saya senyum kerana rata-eara itulah manusia. Kita jarang-jarang dapat mengawal hati. Text khutbah diedar siap dengan terjemahan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea. Pengalaman solat di masjid itu membuat saya terfikir akan mengapa kerajaan Islam di dunia terutamanya yang kaya raya dan yang mempunyai hasil bumi kurnian Allah yang melempah ruah tidak tampil membantu membina Masjid yang lebih besar dan di kawasan yang mudah parking dan mudah perjalanan lalulan lintas. Sama pentingnya ialah membina kemudahan tandas dan tempat whudu yang modern dan selesa dari segi penggunaannya dan supaya mudah juga diurus kebersihannya. Masjid di Seoul ini jauh dari memuaskan dalam kemudahan itu. Saya berdoa semoga negara yang kaya raya ini atau orang-orang Islam sendiri yang kaya raya mahu tampil ke hadapan mengembangkan Islam di Bumi Korea ini.
Saya sendiri rasa agak bersalah kerana saya sendiri rasa takut untuk dipertanggongjawabkan mengenai kekurangan ini.
Oleh kerana Islam tidak meluas di bumi Korea ini maka kami dihidang makanan di restoran bertaraf "vegetarian" atau restoran makanan laut di mana pemandu pelancung menjamin bahawa semua minyak masak yang diguna adalah minyak masak sayuran. Maka kami tidak banyak soal. Di tengah-tengah bandar Seoul terdapat banyak makanan Halal. Cuma di kawasan peranginan di luar seoul sahaja tidak ada restoran halal.
Yang amat berminat telah membeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Siapa yang ingin rasa bolehlah datang ke rumah kami jika sudi.
Setakat ini dulu catatan saya dalam Kembara Hati. InsyaAllah akan saya sambung dilain entry. Semoga dapat dikongsi sama sedikit pengalaman ini.
....
4 comments:
Assalam Sis,
Patutlah senyap je, rupanya dah terbang ke Seoul!
Salam Sis. Semoga sihat2. Balik Seoul rasa penat. Tidak ada yang menggerunkan perasaan di Seoul. Cuma rasa depa tu lebih serious membela rakyat berbanding kita. Ini satu pandangan sahaja. Mungkin salah dan mungkin betul.
Salam Sis
Betul...setuju benar dengan pendapat u..terkadang bila kita membicarakan soal kebersihan, umat Islam agak terkebelakang...walaupun melibatkan kebersihan diri bagi penyempurnaan mengadap Pencipta kita...Mudah2an kita mengambil iktibar.
Salam Dear Zie.
Kita belum berkenalan tetapi terima kasih sudi singgah dan meninggalkan kesan. Kita masih banyak kelemahan dan kekurangan. Moga Allah menunjuki jalan dan diakhirnya Dia meredhai.
Post a Comment