"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 4, 2012

PEDULI KESELAMATAN DIRI

 
Taman Aman

Saya terlambat keluar rumah pagi Jumaat yang baru lalu untuk "jogging"...Oh tidak... jalan perlahan sahaja . Mana mungkin berjogging di umur senja begini. Tapi ini satu kemestian untuk terus aktif sebaik mungkin. Temapt jogging di Taman Aman, Petaling Jaya. Dahulu di sini juga saya bersama kumpulan Tai Chi tetapi kini telah berhenti hampir dua tahun atas sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakan, tetapi tidak kuat semangat.

Tapi bukan cerita jogging atau Tai Chi yang saya hendak kongsikan hari ini. Tetapi cerita keselamatan pelajar remaja perempuan  yang berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Sudah jam 7.10 pagi dan seorang pelajar perempuan masih berjalan seorang diri di kawasan Taman Aman tempat saya berjogging. Saya berhenti dan mengajak ia masuk untuk saya hantarkan ke sekolah.. Pagi itu saya good-mood dan terdorong untuk berbakti seadanya. Pelajar itu mula-mula hairan kenapa saya berhenti. Saya kata saya hantarkan ke sekolahnya,, Saya ingat mulanya sekolah Menengah Perempuan Sri Aman. Tetapi setelah naik dan berbual sedikit rupanya ia bersekolah di Sekolah Menengah  yang lain agak 2 kilometer dari tempat saya mengambilnya. Katanya dia naik bas tetapi bas lagi lambat dari jalan kaki kerana ia berpusing-pusing. Kalau berjalan kaki ia  boleh ambil short-cut (jalan pintas). Jadi mungkin tak sampai 2 kilometer. Tetapi pada kiraan saya perjalanan itu cukup jauh juga.

Pelajar ini tinggal di rumah pangsa di Taman Aman. Maka saya pasti keluarganya tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah. Apa yang membimbangkan saya ialah pelajar ini pelajar tingkatan 3 dan saya lihat wajahnya cantik. Saya terfikir juga kalau yang menawarkan tumpang naik kereta itu orang lelaki, adakah ia menerimanya juga. Kalau tidak menerima pun saya amat khuatir ia boleh dipaksa masuk oleh kumpulan orang-orang yang tidak bertanggong jawab dan sentiasa mencari mangsanya. 

Saya terfilkir juga kalau saya perempuan sekali pun, saya boleh jadi orang suruhan geng penjenayah yang sentiasa merayau mencari peluang. Terpegun sekejap, tetapi tidak ada kesempatan untuk menasihatinya supaya berhati-hati di Jalan Raya. Walaupun di kawasan perumahan, sekarang ini di Malaysia banyak tempat sudah tidak selamat. Tidak berapa lama dahulu anak jiran saya pulang waktu maghrib menjadi mangsa geng jahat yang mengekorinya dan bila ia berhenti di hadapan rumahnya seorang dari yang  naik motorsikal ambil besi dan mahu memecahkan tingkap kereta anak jiran saya ini. Ia tidak berjaya kerana kebetulan seorang jiran lelaki nampak dan menjerit-jerit menghalangnya. Mereka berdua terus cabut lari.

Saya yakin banyak peristiwa seperti ini dan yang lebih dahsyat lagi berlaku di Malaysia ini. Apa sudah jadi pada negara kita. Ekonomi membangun tapi jenayah pun membanun juga. Siapa yang patut dipersalahkan.

Pemimpin atau rakyat atau keduanya.
Semoga semua kita peduli akan keselamatan diri.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails