"PENEMUAN" AS IN DISCOVERY
PENCERAHAN ILMU "SEMULAJADI", FITRAH KURNIAAN ALLAH
MELALUI ULITAN KASIH YANG ERAT DAN LUHUR
GAMBAR HIASAN
KASIH SEORANG BAPA PUN TIADA BERTEPI.
Ia bergantung pada semua yang disekelilingnya, terutama ibu bapanya. Pra-syarat utama dalam memenuhi hak asasi anak kecil ialah kasih sayang yang tulin yang luhur yang terserlah dari hati dua insan yang menjadi musabab kelahirannya.Kasih sayang bukan hanya sebutan mulut yang mengatakan bahawa hati amat mencintai anak yang dilahirkan ini Tetapi Cinta harus dimanisfatisakan dalam bentuknya yang unik, ia itu dengan sentuhan, dengan kata-kata lunak dan memberi rangsangan mengikut peringkat umur.
Kasih sayang pada anak memerlukan masa dan konsentrasi minda. Perlu ada interaksi antara anak dan ibu-bapanya dan anak mendengari dan melihat interaksi antara ibu-bapa itu sendiri. Kasih sayang ini sentiasa dalam bentuk hubungan erat tiga segi. Cara utama untuk berinteraksi ialah melaui bermain bersama, makan bersama dan tidur bersama dengan menyesuaikan keadaan mengikut umur. Ini amat perlu terutamanya jika anak kita itu ada keistimewaan yang perlu perhatian khas dan sentuhan khas. Anak perlu dibimbing, dipimpin dan diasuh sewajarnya. Hadis mengatakan bahawa lahirnya seorang anak, ia ibrat kain yang amat putih dan ibu-bapalah yang merawnainya samada ia menjadi Yahudi atau Nasrani. Anak memerlukan bukan sahaja masa yang berkualiti (quality time) tetapi anak perlu masa yang mencukupi. Kalau hanya berinteraksi secara intensifi tetapi dilakukan hanya bila berkesempatan maka itu tidak dikira mencukupi. Kasih sayang secara "touch n go" jarang dapat meninggalkan kesan yang positif.
Maka jika anak tidak mendapat kasih sayang dan layanan dan perhatian seperti ini, ia boleh dikira seperti satu penderaan. (Child abuse). Penderaan bukan semata-mata secara fisikal tetapi sebenarnya secara emosi juga. Ini pandangan saya melalui pengalaman, bukan suatu pendapat professional. Tetapi saya yakin bahawa pendapat saya ini ada betulnya kalaupun tidak semuanya betul.
Maka bagaimana kita boleh mencari masa yang diperlukan untuk tanggonjawab seperti yang saya katakan di atas tadi. Salah satu cara ialah mungkin ibu tidak perlu kerja jika pendapatan keluarga mencukupi. Atau mungkin ibu boleh berkerja dari rumah kerana sekarang ini sudah banyak kemudahan teknologi yang wujud yang memungkinkan demikian. Cara "tradisional" yang saya cadang pada anak-anak untuk mencari masa ialah dengan mendapatkan khidmat pembantu rumah dan pembantu pengasuh. Kalau susah mendapatkan pembantu yang baik maka bersabarlah dengan yang kurang baik tetapi ada potensi untuk jadi baik dengan latihan dan nasihat dari kita sendiri. Tugas mereka bukan untuk berinteraksi dengan anak-anak tetapi untuk membantu dengan kerja-kerja rutin yang boleh kita serahkan tanpa menjejas keselesaan rumah tangga. Maka masa yang terluang boleh ditumpukan oleh ibu dan bapa pada pengasuhan dan pembangunan anak mengikut peringkat umur. Merka akan dapat berinteraksi dan berulit mesra tanpa tergesa-gesa.
Adalah fitrah anak-anak suka bermain. Itu satu hak asasi yang tidak boleh dihalang. Tetapi ia memerlukan pemerhatian ibu-bapa atau penjaga yang boleh dipercayai. Sayugia disedari bahawa menyerahkan dan meninggalkan anak-anak di taman bibingan dan yang serupa dengannya bukan merupakan suatu penyelesaian yang mutlak. Ia sebaiknya hanya untuk sebahagian dari waktu seharian dan bukan dari jam 7 pagi hingga 5 atau 6 petang. Saya sendeng pada mengatakan bahawa itu juga satu bentuk penderaan jika seharian hingga hampir malam baru bertemu ibu dan bapa. Tetapi jika ini satu keadaan yang terpakasa dilakukan maka saya boleh terima. Tetapi saya berpendapat seharusnya ada pembantu di rumah kerena apabila balik mereka berkesempatan untuk berulit mesra dengan anak-anak kerana kerja mengurus keselesaan dan kebersihan rumah sudah dikendali oleh pembantu.
Anak-anak juga perlu perluasan minda. Maka masa percutian juga amat perlu difikirkan. Maka ibu-bapa harus bijak membuat perancangan kewanagn untuk keluarga. Bila saya memperkatan perancangan untuk keluarga saya bermaksud termasuk keluarga besar terutamanya untuk kedua orang tua dan adik beradik yang memerlukan bantuan. Saya berpegang pada prinsip bahawa kesejahteraan hidup adalah pada memberi. Sebab itu tajuk entry saya ialah "demi sayang pada semua". Saya juga berkeyakinan bahawa tidak boleh dikira kejayaan sebuah keluarga jika kejayaan itu tidak boleh atau tidak dapat dikongsikan seluasnya.
ANTARA TUMPUAN PERHATIAN YANG MENCUCKUPI
PERLU BIMBINGAN UNTUK MEMBUKA MINDA. INI TUGAS IBU DAN TUGAS BAPA.
PANDUAN MEMBINA KEMATANGAN MELALUI PERKONGSIAN PERMAIANAN DENGAN
PEMERHATIAN IBU DAN BAPA.
PEMERHATIAN IBU DAN BAPA.
(GAMBAR HIASAN)
Ambillah tindakan yang wajar walau sukar sekalipun demi memenuhi hasrat sayang pada semua. Semoga Allah mengampuni kelemahan dan kekurangan dan menganugerah Syurga Firdaus untuk semua dengan RahmatNya yang tidak terhingga.
....
Perkongsian bukan hanya bererti meluangkan masa untuk anak-anak dan isteri sahaja tetapi termasuk juga menziarahi saudara peringkat tua. Perkongsian adalah juga meliputi tindakan bagi memudahkan laluan hidup keluarga yang sudah diumur senja terutamanya ibu dan papa dan juga ibu dan bapa mertua. Dan penting lagi jika seseorang itu masih ada datuk dan nenek. Rata-rata mereka diumur tua bukan mahu dijamu dengan hidangan yang sedap-aedap beraneka rupa. Mereka hanya suka makan kegemaran mereka tetapi mereka rasa bahagia jika sesekali mendapat layanan istimewa. Mereka mahu disantuni dengan perbualan mesra dan sesekali dibawa bersiar-siar sekadarnya. Mereka pun biasanya tidak menuntut diawa melancung jauh-jauh merata dunia. Mereka sudah rasa bahagia jika didampingi dengan bualan mesara dari masa kemasa. Maklumlah sekarang ini gaya hidup amat mencabar. Tetapi itu bukan alasan untuk meminggirkan kebajikan keluarga yang tua.
Keluarga tua juga perlu masa yang berkualiti dan mencukupi dari anak-anak. Maka untuk meluangkan sedikit masa, anak-anak yang sudah berkeluarga perlu mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah. (jika tiada cara lain yang lebih baik). Bila pergi menziarahi keluarga tua pembantu ini dapat diminta untuk membersihkan rumah keluarga tua yang tidak berkemampun mendapatkan pembantu rumah mereka sendiri. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah pemikiran kita tentang keselesaan hidup bukan sahaja untuk keluarga terdekat tetapi ia harus meliputi keluarga tua yang dalam tanggongjawab kita. Janganlah pula beriri hati antara adik beradik tentang siapakah yang lebih patut mengurus keluarga tua. Anak-anak seharusnya berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa yang tua kerana Allah telah janjikan jalan pintas ke Syurga jika ia dilakukan dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
Sayang- menyayangi adalah merupaka satu pakej dalam kehidupan berkeluarga. Itu tuntutan akhlak dalam manhaj Islam. Maka kita harus SAYANG PADA SEMUA, tua dan muda, jauh dan dekat tidak kira miskin kaya. Cari jalan sedayanya untuk meluangkan masa. Pembantu rumah adalah satu jalan membantu usaha walaupun karenah mereka boleh membuntukan dan menserabutkan fikiran buat seketika. Ujian hidup berbagai rupa. Jangan fikir diri sendiri. Fikirlah yang lain sama. Mudah-mudahan Allah redha dan kita bahagia di sini dan di sana. Janganlah kita disibukan mengumpul harta hingga tidak cukup perhatian pada keluarga Ini kerana jika kita lagha dan obses dengannya maka ia akan menjadi suatu yang sia-sia dalam hidup kita.
Ambillah tindakan yang wajar walau sukar sekalipun demi memenuhi hasrat sayang pada semua. Semoga Allah mengampuni kelemahan dan kekurangan dan menganugerah Syurga Firdaus untuk semua dengan RahmatNya yang tidak terhingga.
....
2 comments:
Salam Sis,
Quality time dengan anak-anak dapat mengatasi segala kekurangan ibubapa yang bekerja sepenuh masa.
Bagi yang terpaksa hantar anak ke nurseri, semoga anak-anak mereka berada di bawah jagaan mereka yang diamanahkan itu dengan baik.
Pihak yang berkuasa sepatutnya betul-betul membuat pantauan terhadap operator-operator nurseri supaya tidak ada penganiayaan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Salam. Amat betul tu. Dalam pada itu saya suka sarankan pada anak-anak supaya ambil pembantu untuk menjimat tenaga dan masa membuat kerja-kerja rutin rumah tangga. Masa yang terluang boleh diguna memantau anak-anak dalam kegiatan mereka. Kalau mereka tidak didampingi waktu kecil, besar kemungkinan semasa remaja dan dewasa mereka tidak menyantuni ibu bapa. Itu yang saya perhatikan. WaAllahu'alam.
Post a Comment