"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 23, 2012

"WINTER SONATA"






Semasa di Seoul kami di bentangkan dengan keindahan suasana tempat penggambaran filem Korea  "WINTER SONATA" di Nami Island di luar Bandarraya Seoul, perjalanan bas lebih dua jam. Suami dan saya bukan minat filem  seperti ini dalam usia sebegini dan tidak pernah dengar pun betapa hebatnya filem ini. Kami diberi tahu melalui filem ini Korea Selatan mempromosikan negaranya sebagai destinasi pelancungan yang luar biasa. Filem ini dibuat 12 tahun yang lalu  dan sudah terkenal dibeberapa negara luar dan nyata pada kiraan saya bahawa bilangan bas pelancung sememangnya banyak sekali di mana-mana jua di Seoul.

Kami naik bot selama 10 minit untuk ke pulau itu. Katanya  cerita ini  ialah cerita cinta dua anak muda diwaktu salji menebal. Tetapi kami melawat dimusim bunga maka keindahan salji hanya dikhayalan sahaja. Saya rasa biasa-biasa  sahaja di pulau ini. Pemandangannya indah tetapi ia boleh melalaikan kerana terlalu ramai bilangan  pelancung ketika kami di sana. Saya hanya mengambil kesempatan berjalan-jalan agak cepat sebagai usaha saya exercise untuk kesihatan badan. Udaranya nyaman.


Bermula dengan setting yang klasik (tanpa salji)
Di bawah ini kami rakam beberapa pemandangan yang menarik untuk ingatan sahaja.


Di jetty untuk naik bot
Pemandangan pulau dari dalam bot.

Tasik buatan yang tenang.



"Sonata" di ambang Maghrib buat kami.
Semoga dalam dakapan mawaddah wa rahmah hingga keakhirnya.


...

No comments:

Related Posts with Thumbnails