"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 9, 2012

SAHARING OUR GOLDEN MOMENTS




Sejam dua sebelum waktu subuh  pada 7 April yang lalu saya sudah mengingatkan suami saya bahawa pada jam 7.30 pagi kita sudah perlu bertolak dari rumah untuk ke ISTAC ( International Institute of Islamic Thought and Civilization) untuk menghadiri majlis Graduation Class of 2011 Sekolah Islam Adni. Semalaman saya memikirkan mengenai peristiwa yang akan saya hadiri ini kerana saya rasa terharu tetapi dalam masa yang sama saya rasa  teruja kerana pastinya majlis itu adalah simbolik bagi suami dan saya. Mengikut adatnya besar kemungkinan kami tidak akan dapat melihat Huzaifah, cucu sulung kami tamat tingkatan lima dari sekolah tersebut untuk kami saksikan hari graduannya. Huzaifah baru bermula tahun ini dan umur saya dan suami sudah 65 tahun. Hanya Allah yang dapat menentukan sama ada kami dapat benar-benar berkongsi Golden Moments itu nanti dalam tahun 2023. Jadi saya dan suami berkongsi  Golden Moments ini "in advance". Sayu rasa di hati tetapi  kami tetap bersyukur dan doa kami tidak ada penghujungnya.

The Graduation Hall, pasti ibu bapa rasa gembira.

GOLDEN MOMENTS OF CLASS 2011
THE GRADUATES OATH.

In the Name of Allah the Most Gracious Most Merciful.
We are the Graduates of ADNI 
Firmly believe that Allah is our Lord
Muhammad saw our example
 AlQuran our Constitution,
Jihad our way.

We the Youth of ADNI
 Sincerely seek to make Islam our way of life
Enjoying the good and forbidding the wrong
Forging the bonds of brotherhood,
Ensuring victory in this world and the hereafter.

We the Mujahid of Allah,
Unendingly strive to uphold the honor of Islam  
Place Allah and the Messenger above all;
Our lives and wealth only for Allah
 In exchange of this world for Jannah.

Allahu Rabbunaa,
 Guide us onto the aright Parh of Dakwah and Islam,
Shower us with your "Nur" of Iman and Taqwa,
 Bless us with strength and Sincerity
Grant us endless Patience in the face of your trials and tribulations,
Burden us not with more than what we can bear,
Ameen.

Walaupun peristiwa ini haya satu impian dan harapan pada kami suami isteri, tetapi kami tetap bersyukur kerana Allah kurrnia dapat memulakan Jihad pendidikan dalam keluarga. Ia satu warisan yang saya mengharapkan anak-anak dan cucu-cucu akan meneruskan seterusnya. Begitu doa kami.

Alhamdulilah, dengan kehendak Allah sekarang ini pula dapat kami berganding bahu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam membangunkan sistem pendidikanan Islam yang holistik dan sepadu. Inilah sistem yang saya cuba sarankan pada teman sekerja semasa berkhidmat dalam kementerian Pendidikan dahulu walaupun ia dalam rangka yang amat kasar yang memerlukan pendetailan yang sewajarnya. Tetapi ketika itu tidak ada sokongan dan tidak berjaya kerana saya seorang dan saya sering "dineutralized" oleh Ketua perkhidmatan  saya. Ini perkataannya sendiri yang disebut pada saya dalam majlis perpisahan sempena persaraan saya pada tahun 2003. Saya sedih tetapi tidak kecewa atau berkecil hati kerana saya yakin pastinya ada jalan lain menuju ke destinasi itu. Saya sentiasa memohon ampun dan doa saya berterusan kerana saya yakin Allah mendengari. Dialah yang  maha mendengar.



Dari kanan: Suami, Dato Safarudin, rakan seperjuangan dan Pak Hasni , CEO Adni Islamic School yang kami kasihi.


Dengan izin dan kehendak Allah serta limpah kurnia rahmat kasih sayangnya jua saya dan suami dipertemukan dengan Pak Hasni  (kebetulan suami saya sudah mengenali Pak Hasni lebih 20 tahun yang lalu tetapi terpisah lama.) yang telah memulakan sistem ini lebih 15 tahun yang lalu. Pertemuan itu teratur cantik dengan pertolongan Allah semata-mata  menerusi teman akrab saya  yang sentiasa gigih dan mengajak saya sama-sama membangunkan sistem yang seperti di Adni  di Situwangi Boarding School di Garut berhampiran dengan Bandung di Indonesia. Sumbangan saya amat kecil sekali tetapi saya rasa bahagia bersama mereka.

Maka  dengan gandingan bahu dan kerjasama dengan Adni Consutancy Sdn Bhd ini kami mengharapkan semoga  usaha kami  dapat diteguhkan dan diperluaskan. Projek sekolah di Garut ini di urustadbir oleh Yayasan Situwangi yang diterajui oleh Ibu Hanifah dan rakan-rakan kongsinya yang amat komited untuk sama-sama berjihad di bidang pendidikan untuk  membangun ummah sejagat. Islam tanpa sempadan.

Bergambar kenangan dengan guru-guru Adni (dua ditengah-tengah)

Team kami ingin mencontohi Sekolah Islam Adni kerana mereka sudah membuktikan bahawa pendidikan Islam secara holistik dan terpadu boleh menghasilkan pelajar-pelahjar cemerlang yang berwibawa dan berakhlak mulia. Sekolah ini menyediakan pelajar untuk UPSR, PMR SPM dan IGCSE (International general certificate of Secondary Education).  Dalam majlis tersebut pelajar-pelajar di anugerah berbagai sijil kecemerlangan dalam berbagai kategori. Antaranya ialah: Khalifah Award Receipent IGCSE 2011, Best Achievement in IGCSE 2011 and Excellant Performance dalam peperiksaan yang sdama. Dalam peperiksaan SPM anugerah yang sama juga diberi.

Tetapi apa yang lebih mengkagumkan saya dan suami ialah ada diantara pelajar yang dapat menghafaz alQuran sepenyhnya dalam masa yang sama. MasyaAllah. Sekolah Islam Adni bukan Maahad Tahfiz tetapi memeberi ruang dan peluang pada siapa jua pelajar yang berminat dan berkebolehan untuk berbuat demikian. Bagi tujuan  hafazan, kumpulan pelajar itu memulakan waktu pengajian jam 7.30 pqgi. Mereka disediakan ustaz untuk membimbing khas. Yang tidak mampu 30 juz, mereka diberi kemudahan untuk tahap-tahap yang bersesuain dengan kebolehan  dan kemampuan mereka masing-masing mengikut jadual yang ditentukan.  Maka dengan ini tiada siapa yang boleh menyangkal dan mengatakan bahawa sistem itu tidak sesuai dan membebankan. Seharusnya sistem perdana  pendidikan (main stream education) boleh menerajui sistem ini kerana negara kita amat berkemampuan dari segi kewangan. Pendapatan negara melimpah ruah tetapi sistem ini  seperti dipinggirkan mungkin  kerana kurang yakin dengan Islam. Entahlah saya kurang faham.

Situwangi Boarding School di Garut akan cuba mencontohi Sekolah Adni dengan beberapa perbezaan mengikut persekitaran  di Daerah itu. Namun kami akan menitikberatkan hakikat bahawa kejayaan hidup hanya boleh tercapai dengan Ilmu dan Taqwa. Tidak selainnya. Janganlah kita berbangga dengan sistem pendidikan barat yang hanya bertujuan untuk kesenanagan dan kemewahan di dunia sahaja.

Sekolah Islam Adni mengambil juga pelajar dari luar negara dan pada hari itu saya mengambil beberapa foto mereka untuk cucu saya lihat betapa hebatnya sekolah ini. Alhamdulilah, segala puji hanya bagi Allah. Kami bercita-cita besar dan dan bercita-cita tinggi. Semoga Allah memudahkan dan mengurnia kejayaan. Semoga usaha untuk menyebarluaskan konsep ini dan dilaksana secara sungguh-sungguh oleh pendukung-pendukung Islam mendapat pertolongan dari Allah jua. Pak Hasni telah pun diiktiraf oleh OIC (Organization of Islamic Countries) dan semoga mendapat tempat dihati-hati kepimpinan di malaysia ini demi kejayaan ummah yang sebenarnya dan demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Dari Lagos, Nigeria.

Dari Jepun.

Dari Belgium.

SYABAS ADNI !  dan semua sekolah yang serupa dengannya. Banyak lagi yang perlu dilakukan seperti penambahbaikan latihan guru dan staff pengurusan terutamanya dibidang kurikulum terpadu dan holistik. Perjalanan ini masih jauh lagi. Sistem ini seharusnya terlaksana juga di peringkat University dan kolej supaya ada kesinambungan yang akan memperkuat lagi perbadi setiap pelajar dan akan menjadi lebih bijak dalam menjalani hidup sebagai pemimpin disemua lapisan kehidupan. Semoga Allah menerima usaha ini sebagai amal soleh. Semoga Allah menurunkan pertolongannya dan menganugerah kejayaan yang cemerlang dan kami dapat menyumbang kearah mengembalikan kegemilanagan Islam di bumi ini.

Kami memohon ampun atas segala kelemahan dan kekurang, yang dahulu dan yang sekarang,  dan semoga Allah meredhai.

...

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Istac ni di Bt Damansara kan?

Kalau tak silap saya di sini juga ada mengendalikan pengajian lanjutan Masters dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam .

ngasobahseliman said...

TQ Sis for visiting. ISTAC is now on a new site, at Jalan Duta not far from Hentian Teminal Bas Duta.
Nice place. There are students taking up masters and PHDs. Kementerian Pendidikan used to send teachers there but they have to be good in Arabic.

Related Posts with Thumbnails