"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 5, 2012

Aku menyahut seruan Mu.....






Musim Haji 1434 H bersamaan 2012 M kini tiba. Beberapa saudara dan sahabat handai akan menjadi tetamu Allah tiba saatnya nanti, insyaAllah. Berbagai persediaan pastinya membuat seseorang itu sibuk hari ke hari dari sejak mendaftarkan diri atau dari tarikh di beri tawaran rasmi.

Haji adalah ibadah terakhir sekali bagi yang mampu serba serbi. Ada yang pergi beberapa kali dan ada yang terus menanti giliran penuh harapan. Tidak mengapa. Itu urusan Allah menentukan siapa menjadi tetamunya dan siapa yang mendapat Rahmat sepenuhnya.

Yang saya faham, Haji adalah perjalanan Hati (dan Ruh). Maka Allah mengukur kesungguhan dan keikhlasan hati, pengorbanan diri dalam pengabdian dan ketaqwaan yang luhur. 
Walau apa pun kesemuanya adalah Rahmat Allah. Kita adalah hambaNya dan kebergantungan kita adalah padaNya semata-mata.

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد ونعمة لك والملك لا شريك لك 

Hamba datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Mu. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Sesunggunya segala puji dan nikmat serta Kerajaan adalah kepunyaan Mu. Tidak ada sekutu bagi Mu.


Hari Isnin yang lepas saya ziarah anak saudara lelaki yang akan menunaikan Haji dan akan berangkat pada  15 Oktober ini. Ia berumur 57 tahun dan akan pergi bersendirian. Isterinya tidak sihat. Semoga ia akan dikurnia Haji mabrur dan diredhai Allah hingga keakhir hayat.

 Saya jarang-jarang dapat bersembang panjang dengannya.
Saya rakam gambar kenangan untuk keluarga.
...

No comments:

Related Posts with Thumbnails