"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, October 30, 2012

Lihat-lihat dan Fikir-fikir....





Apabila bercuti di kampung Sungai Batu, antara keseronokan ialah berlegar-legar dari satu rumah kesatu rumah bapa saudara dan emak saudara yang masih ada. Kami sembang santai dan biasanya bercerita mengenai kejayaan anak cucu atau mengenai  mereka yang belum sampai ketahap itu. Orang-orang dewasa tua suka mengingat kembali peristiwa-peristiwa lama dan akan buat lawak tentang "kebodohan dan kejahilan" diri. Kadang-kadang bersembang hingga larut malam.

Di celah-celah cerita, kami akan cuba menjelaskan konsep kejayaan yang sebenarnya dan bagaimana mencapainya mengikut fahaman yang ada pada diri sendiri. Orang di kampung ramai yang masih melihat kejayaan sebagai pencapaian yang memuaskan dari segi tahap pelajaran dan pendapatan bulanan. Ini menjadi lumrah kerana itulah yang dipaparkan oleh media massa umumnya. Itulah yang selalu juga di tekankan oleh Pentadbiran Negara, khusnya Kementerian Pendidikan. Kalau tidak dapat A berderet-deret, maka seseorang pelajar itu akan dikatakan kurang berjaya. Jarang sekali kita melihat kejayaan diukur mengikut minat dan kemampuan seseorang. Dan amat jarang-jarang sekali kita mengaitkannya dengan kejayan membentuk akhlak budi pekerti.







Dalam perjalanan dari rumah ke rumah saya suka melihat-lihat tanaman-tanam di sekeliling rumah-rumah yang saya lalui. Rumah orang melayu suka bertanam bunga dan suka memelihara ternakan mengikut luas kawasan. Maka antaranya saya terpandang itek -itek menyerbang jalan. Saya memerhati itek-itek ini berjalan berderet melintasi jalan di hadapan rumah persinggahan saya. Lihatlah. Ada peraturan secara fitrah yang diikuti. Allah maha Pencipta dan semuanya diatur penuh bijaksana. Semua ciptaannya ada disiplin masing-masing. AllahuAkbar.

Manusia dituntut juga supaya berdisiplin. Dalam perjalanan ke rumah bapa saudara saya, saya terpandang papan tanda sebuah sekolah yang mempaparkan tag-line : "BERDISIPLIN BERILMU". Lantas saya komen pada suami saya kenapa sekolah ini 'single out' ciri berdisiplin dan tidak menggunakan perkataan "BERAKHLAK" yang lebih 'inclusive' dan lebih tepat. Disiplin diri adalah sebahagian dari akhlak. Maka jika kita guna  perkataan akhlak, ia boleh diperincikan dari berbagai sudut yang boleh merangkumi berbagai prinsip yang mesti ada pada seorang Insan. Antara sudut yang amat penting ialah aqidah, (percaya pada Allah yang satu, dan tiada sekutu baginya). Janganlah kita khuatir dan takut mengatakannya hanya semata-mata kerana negara kita terdiri dari berbagai kaum dan agama. AlQuran adalah untuk semua  manusia tidak kira rupa kulit dan keturunan. Lihat prinsip tonggak dalam alQuran yang menggariskan objektif Pendidikan.

A013
 Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". 
 Al Luqman 13

Prinsip utama dalam pendidikan adalah akhlak, iaitu jangan mensyirikan Allah. Lepas itu baru kita cerita tentang ilmu yang lain yang disebut banyak kali dlam alQuran. Antaranya ayat di bawah ini. 

A269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
(Al Baqarah 269)

Maka tertanya dalam hati saya mengapa Guru Besar atau Pengetua tidak memahami konsep-konsep ini. Sayangnya pihak Kementerian terlalu memberi kebebasan dalam hal-hal seperti ini. Dasar ini wujud dari masa saya bekerja lagi. Ketika itu pun dalam 16 prinsip pendidikan moral, tidak disebut langsung tentang percaya pada Tuhan. Walhal dalam Rukun Negara sudah dinyatakan. Perkara ini dilihat terlalu ringan. Mungkin sekarang sudah berlainan. Saya harap begitu.

Bila kita "turun ke padang" barulah kita nampak apa yang tidak selaras antara yang dikata dengan yang dikota. Bila melihat pergolakan politik di dalam dan di luar negara, saya bertambah khuatir memikirkan kita tidak menemui sasaran yang telah ditentukan dalam alQuran.

Tugas belum selesai, dan baki hayat tinggal sedikit. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan kita dapat maju atas landasan yang sempurna yang telah disyariatkan.

Ampunkanlah kami dan tolonglah kami, Ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails