"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, October 22, 2012
Kebingungan memilih Pemimpin ?...
"Like we are in a dark cage in terms of Leadership choice in this coming PRU 13, albeit, the Future."
Catatan saya ini hanya rintihan hati rakyat biasa, dan seorang pesara.
Kelmarin dulu saya 'kebetulan' menonton TV BERNAMA dan program yang baru bermula ketika itu ialah HM - Hello Malaysia yang dikendali oleh pengacara terkenal, Shukri. Tajuknya: Kembali Ke Pangkal Jalan. Ahli panel ialah dua orang tokoh PAS yang telah dipecat dari Parti. Saya kenal seorangnya, YB Datuk Dr Hassan Ali. Saya lupa nama yang seorang lagi.
Pada pandangan saya tidak begitu penting siapa yang mengatakan sesuatu, tetapi lebih penting ialah apa yang dikatakan. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mendengarinya sebagai orang biasa sahaja. Dr Hassan Ali mencadangkan YAB Tuan Guru Nik Aziz harus meletak jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS kerana sudah tidak berwibawa lagi memegang jawatan tersebut. Beliau dikatakan sudah melangkaui fungsinya dan masuk dalam bidang tugas Executive yang dipegang oleh President Parti. Berbagai isu berkaitan dibangkitkan tetapi saya tidak akan ulas di sini.
Dr Hassan Ali membangkitkan hal ini dalam konteks mahu mencari titik pertemuan diperingkat kepempinan negara bagaimana mahu memperkasa orang-orang Melayu dan sekali gos memertabatkan Islam di negara tercinta ini. Jika kita tidak dapat mengubah senario yang ada maka katanya kedudukan Melayu dan kedudukan Islam akan tertinggal dan ditinggalkan oleh kaum lain. Ini fahaman saya.
Terdapat beberapa fakta dalam rasionalisasi Dr Hassan dalm hal ini yang saya tidak selesa mendengarinya. Kalau tujuannya adalah untuk mencari titik pertemuan pemimpin Melayu Islam, maka mengapa hanya meminta YAB Dato Nik Aziz sahaja mengsongkan jawatan tertinggi dalam PAS. Mengapa tidak juga menyarankan Pemimpin lain bebuat serupa, iaitu melepaskan jawatan masing-masing dalam UMNO dan PKR dan seterusnya. Adakah masaalah kedudukan Melayu Islam di negara ini dalam "bahaya" disebabkan oleh YAB Dato Nik Aziz sahaja ?
Apakah masaalah politik atau masaalah kepimpinan ssebenarnya tidak dinyatakan dalam program itu. Maka saya tidak nampak logikanya. Kalau meminta hanya YAB Dato Nik Aziz sahaja untuk melepaskan jawatannya, maka rasional Dr Hassan Ali amat tidak betul sama sekali. Mungkin ada udang disebalik batu. Penjelasannya tidak cukup jelas dan saya rasa tidak cukup telus. Ini pendapat saya sebagai pemerhati yang belum bersedia membuat keputusan siapa yang akan saya pilih dalam PRU 13 nanti, ... kalaupun saya mahu memilih.
Dalam hal ini saya ingin melihatnya dari sudut "Leadership Crisis", bukan dari sudut Parti politik dan bukan dari sudut sifat peribadi seorang pemimpin, walaupun kadangkala fakta-fakta ini boleh berlanggaran antara satu sama lain. Konflik akan tetap timbul. Namun saya ingin mengasingkannya buat seketika untuk tujuan memfokus kepada masaalah yang saya lihat penting dalam konteks wawasan negara (khususnya wawasan Melayu Islam) dalam masa jangka panjang.
Di sini saya hanya mahu menyentuh satu fakta, ia itu mengenai masaalah kualiti kepimpinan yang ada sekarang. Terus terang saya mengatakan bahawa kewibawaan kepimpinan adalah hasil langsung dasar dan strategy pendidikan Negara. Walaupun pengalaman dan faktor-faktor lain memainkan peranan yang penting tetapi asas Pendidikan (dan Tarbiah) itu dari awal permulaan hidup seseorang itu adalah jauh lebih penting dari pengalaman yang dipungut sejurus sebelum menjadi pemimpin dan memegang jawatan Pentadbiran Kerajaan, Organisasi atau lainnya.
Manusia dibentuk dan terbentuk melalui pendidikan, yang semestinya mengambil kira Hati, Ruh dan Minda. Tujuan pendidikan ialah untuk membina Insan yang berciri holistik, mempunyai nilai-nialai dan akhlak murni dan mempunya akal minda yang progressive dan tajam. Asasnya adalah Quran dan Hadith. Selain dari ini ia akan menghasilkan Insan yang pincang dan siapa jua yang menjadi pemimpin hasil dari selain ini, pemimpin itu bukan sahaja pincang tetapi akan mempunyai minda yang tidak dapat mengawal Egonya. Kita mahu membina generasi yang mempunyai intelek yang terbina waras berasaskan ajaran Islam yang bersifat syumul. Kita tidak mahu membina Insan yang menidakkan kebesaran dan kekuasaan Allah semata-mata kerana Sains dan Teknologi, atau / dan dalam kebingungan akan menidakan Sains dan Teknologi kerana mahu menjunjung kebesaran Allah. Sebenarnya keduanya ini tidak ada percanggahan. Tetapi oleh kerana sistem pendidikan yang pincang maka hati dan minda Insan yang dilahirkan darinya juga pincang dan celaru dalam semua segi.
Dengan lain perkataan kita mahu melahirkan individu Insan yang berakhlak mulia dan dalam masa yang sama ia berkemahiran dan berketerampilan dengan cemerlang dan bolih menghasilkan apa jua (barangan, perkhidmatan dan lain etc) yang boleh dimunafaatkan pada umat sejagat.
Oleh kerana sistem pendidikan negara kita pincang maka kita tidak dapat menghayati sepenuhnya anugerah Allah yang maha Pencipta dan antaranya ialah sifat Allah yang maha Pengasih dan maha Penyanyang. Kita tidak mentarbiah sifat kasih sayang dan sifat-sifat lain kepada anak didik dengan sempurna. Dan sedikit yang ada pun kita tidak di sebarluaskan sepenuhnya supaya anak-anak didik yang berlatar-belakangkan budaya yang berbeza dapat memahami elemen kasih sayang ini. Sistem pendidikan yang ada hanya menitik beratkan kebolihan bersaing berasaskan kecerdasan minda.( competitiveness of the mind). Akhirnya anak didik kita bila dewasa akan sentiasa bertelagah dan tidak ada sifat tolak ansur (tolerance) antara satu sama lain. Sistem pendidikan kita tidak menjinakkan Ego Insan. Malahan ia menyanjung sifat Insan yang berani melulu tidak bertempat.
Sebenarnya Isu ini adalah suatu isu yang perlu perbincangan yang panjang lebar supaya mereka yang bertanggong jawab dalam dasar pendidikan negara dapat muhasabah diri, menilai semula sistem yang ada dengan penuh keikhlasan dan berasaskan Ilmu Yang Benar, iaitu berdasarnan prinsip-prinsip yang disebut dalam alQuran dan hadith. Saya di sini hanya cuba membuka minda semoga ada kesedaran bahawa kita belum melaksana pendidikan mengikut lunas-lunas yang diwajibkan. Malahan saya mengharapkan semoga ada kesedaran bahawa pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan kerajaan Negeri untuk merombak sistem pendidikan diperingkat negeri supaya mendokong kedua-dua aspek pendidikan hati, Ruh dan minda. Kelemahan sistem pendidikan diperingakat negeri yang saya perhatikan sekarang amat lemah dalam membina minda kepimpinan. Maka apabila mereka keluar dari sistem itu mereka rasa terlau rendah diri dan ramai yang tidak berani duduk di saf hadapan dalam hal-hal pengurusan dan kepimpinan, terutamanya bila timbul krisis dalam keluarga, organisasi, masyarakat atau negara. Mereka bijak tetapi rasa takut-takut untuk bersaing dengan mereka dari sistem pendidikan yang lainnya terutamnya pendidikan swasta yang terkehadapan dalam banyak bidang.
Pemerhatian saya ini terlalu rambang. Semoga ada kesedaran oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat kajian terperinci akan kekuatan dan kelemahan sistem yang ada bukan sahaja dari aspek akademik tetapi dari aspek akhlak dan kepimpinan. Kerjasama dari kementerian-kementerian lain juga perlu. Dialog dengan berbagai pihak juga penting. Kalau menggunakan perkhidmatan perunding, janganlah menggunakan perunding Asing yang tidak memahami aspirasi rakyat Malaysia semua lapisan.
Mengapa kepimpinan ?
Kerana inilah masaalah utama di negara kita hari ini dan sekarang ini. Kata Pepatah kaum Cina : " Ikan Busuk dari Kepala ". Betul atau tidak sama-sama kita lihat, dan lihat dengan mata hati. Ini yang membingungkan saya. Tidak tahulah orang lain. Peluang memilih dalam Pilihan Raya Umum sudah hampir.
Saya masih kabur...
Semoga ada bantuan....
Dari siapa ye ?
WaAllahu'alam.
Semoga Allah mengampuni dan menunjuki jalan.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu'alaikum Kak
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah. Allahumma Aamiin
Kak, saya bersetuju dengan apa yang kak tuliskan di sini dan berharap sangat supaya sesuatu dapat terjelma dalam sistem pendidikan kita kerana di sanalah bermulanya arah tuju yang hendak dihalakan kepada insan. Malangnya suasana politik yang berkuasa sekarang memisahkan politik dengan agama. Mereka tak mahu menjadikan ad-Deen itu sebagai satu cara hidup.
Rasanya ramai yang mengharapkan seperti apa yang kak harapkan.
Salam Werdah, Akak tempuh hari menghadiri satu sessi penerangan oleh pegawai Kementerian Pelajaran (saya suka Pendidikan) mengenai pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 kepada sebuah NGO di Kg Tunku. Kami ada lebih kurang sejam setengah penerangan dan diikuti dengan sessi Q&A untuk sejam setengah lagi. Berbagai kekangan yang dihadapi dari segi masa kerana manakan bollih berbincang dalam masa yang singkat. Ngo itu minta ahli-ahli duduk dalam sessi lain untuk memperakukan pendangan-pandangan. Saya berundur diri. Dari pengalaman yang ada semasa bekerja dahulu, pegawai kerajaan (teknokrat) tidak banyak didengari terutamanya dari hal-hal seperti yang saya sebut dalam posting saya. Tak apelah. Kita dan cuba. Maka saya lebih suka membantu teman-teman yang melaksana sistem pendidikan yang holistik dan sepadu seperti pernah saya ceritakan. Sama-sama kita doa Allah meredhai usaha kita walaupun amat kecil. Salam Aidil Adha.
Post a Comment