"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 18, 2012

"...mati di Taman Syurga."






Dua hari yang lepas saya kurang sihat. Tekanan darah saya  'border line high' dan degup jantung saya agak tinggi. Doktor tanya kenapa kali ini rekod saya tidak mengembirakan. Saya senyum dan cuba mencari alasan

"Agaknya dalam perjalan ke Hospital tadi saya "quarell" dengan anak lelaki saya. Rasa emosional agaknya. Doktor hanya tersenyum. Tak logik jawapan saya itu agaknya. Saya diam risau.

Dia cuba menasihati saya supaya jaga makan dan exercise. Saya menganggukan kepala, malu dihati.
"Dalam masa tiga bulan kalau gula  dan kolestrol tidak kontrol, saya kenakan insulin dan tambah dosage atas ubatan yang lain.
Tergamam saya, tapi cuba senyum juga.

"Ya doktor. Saya janji akan turun dari 7. Sekarang 7.2." Apa maksud sebenar saya tak faham sepenuhnya tetapi takut dan segan nak tanya selanjutnya.

Hari ini tadi saya bersemangat untuk tidak memanjakan diri. Lepas solat subuh saya tangkas ke bilik mandi dan siap untuk pergi ke kelas pengajian yang telah saya miss dua tiga kali. Saya teringat kata teman pengajian kelas Usul Fiqh. "Jangan lupa hadir pengajian. Majlis Ilmu adalah 'Taman syurga' dan malaikat ada bersama."

Suami saya kata : "Eluklah pergi, kalau ditakdirkan mati hari ini, mati kita di Taman Syurga."
Lega dan bersemangat dan sakit dan rasa tidak selesa pun seolah-olah tidak terasa. Jam 9.00 pagi saya sudah terpacak di hadapan rumah di mana kelas pengajian diadakan di Kelana Jaya.

Alhamdulilah.
Semoga dianugerah Husnul Khatimah.
Semoga Allah mengampuni dan meredhai.
Saya mahu kekal di Syurga Firdaus Mu, Ya Allah, bersama semua yang saya kasihi.
Ameen, Ya Rabb...

....

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa dalam redha Allah.

Diharapkan dapatlah dikawal kandungan gula tu kan supaya tak diberi suntikan. Sayapun sekarang ni agak tinggai bacaan gula. Bimbang juga.

Alhamdulillah kerana dapat berkunjung ke Taman Syurga. Setakat ini hanya mampu mendengar kuliyah di rumah sahaja. Belum mampu duduk lama.

Mudah-mudahan kita diberikan kesudahan yang baik.

ngasobahseliman said...

Salam dear Werda. Hari ini rasa lebih selesa sedikit. Alhamdulilah. Bila Werda kata Werda hanya mendengar dari kuliah dari peralatan canggih di rumah, Akak teringat pulak. Dalam keadaan yang ada sejakarng, boleh ke kita iktiraf itu sebagi Taman Syurga juga. Ramai orang yang tidak punya kemampuan yang sama. Kalau mampu dari segi tenaga, di kampung-kampung tidak boleh dapat Ustaz2 yang berwibawa tinggi. Maka orang seperti kakak2 saya di kampung mendengar kuliah ikut media yang serupa.
Boleh Werda tanya-tanya bijak panda?

Related Posts with Thumbnails