"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, October 14, 2012

..........hingga ke akhir hayat



Kini kita ke hujung usia bersama
Dan kita akan terus bersama
dengan izin dan kehendak Allah jua
Jika anak-anak tiada, tidak mengapa
takdir Allah kita terima tanpa bicara.

 Kasih sayang itu besar ertinya
belaian dan sentuhan lembut kita rasai sama
dakapan dua hati yang kita rindukan sentiasa.
Kita doakan anak-anak kita bahagia.

Masa kita hanya tinggal sedikit untuk berusaha
pengabdian pada Ilahi sebagai bekalan hidup kita di sana.
Kita mohon keampunan bagi diri dan bagi semua.

Ya Rabb,
Jangan biarkan kami walaupun sekelip mata
kerana hidup ini tidak bermakna 
jika Engkau tidak bersama
siapa yang melihat hati budi hamba
siapa yang menilai ikhlas itu rahsia 
Kalau bukan Engkau, wahai yang maha Pencipta.

Perjalanan ini sudah jauh bagi kita
 sudah kita lalu berbagai rasa
 sudah kita harungi berbagai duga
diakhir ini kita pohon bahagia
di sisiNya yang maha Esa.

Dia sahaja yang berkuasa, maha berkuasa
Kasih sayangnya yang kita pinta
kebergantungan kita hanya padaNya.

Kan kesusahan ini sementara sahaja
 jangan kita sedih jangan kesal apa jua
Biarkan sakit dan kesusahan ini jadi penawar dosa kita.

Semoga lepas ini kita sejahtera sempurna
Kita melutut sujud menitis air mata sepuasnya
 Memohon maghfirah rahmatNya yang tidak terjangkau luasnya
yang kita pohon kita pinta  semoga Allah anugerah jua
di Syurga Firdaus kita kekal berjumpa.
dengan limpah Rahmatnya yang tidak terhingga.

Ameen, Ya Rabb....

....

6 comments:

Kerabu Jantung said...



Allah Maha Kuasa , nikmat Allah tak terhingga - semoga hidup kita berakhir dengan Husnul Khatimah...

Makbonda61 said...

Subhanallah....Sangat-sangat menyentuh jiwa.

Sejak akhir-akhir ini bapak saya semakin menambahkan ragamnya.Sudah tidak mahu mengambil ubat sendiri,kena emak yang memilihkan sebanyak 8 biji pil,siap letak di tapak tangannya,barulah di makannya.Setia hari dengan rutin itu. saya terfikir mampukan saya nanti............

School Of Tots said...

Bak kata Ust Pahroi, "Dunia Tempat Berpenat. Di Akhirat Nanti Kita Berehat." InsyaAllah sabar dalam taat itu yg terbaik, nawaitu segalanya kerana Allah bukan kerana makhluk.

ngasobahseliman said...

Dear Sis KJ. Sungguh benar kata-kata itu. Sama-sama kita berdoa.

ngasobahseliman said...

InsyaAllah mampu, Simah. Ramai orang-orang tua yang suka dimanjakan. Dulu bapak mertua saya suka kita ajak sembang-sembang walaupun sekejap. Itu ertinya dia rasa dihargai. Maka seronok dia duduk dengan kita.

ngasobahseliman said...

Salam. Terima kasih singgah. Saya yang sangat "senior" ini suka mendengar orang-orang muda berfahaman seperti itu. Kadang-kadang ada kalanya kita tergelincir dari nowaitu kerana kurang sabar dalam ujian. Sama-sama kita berdoa Allah sentisa memelihara kita.

Related Posts with Thumbnails