"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, February 28, 2019
SEMENYIH....kan cantik !
Bila saya google Semenyih mengenai kecantikannya, dipaparkan taman-taman bunga yang indah-indah. Foto di atas ini adalah antaranya. Hening nyaman......
Saya mencari-cari keantikannya dalam kemelut suara hingar bingar yang saya dengari dalam Utube bersabit akan terlaksananya Pilihan Raya Kecil pada 2hb Mac ini. Berbagai pendapat yang kedengaran dari kedua-dua belah pihak. Ada yang kedengaran "lantang " dari yang lainnya. Berbagai-bagai maklumat yang disebarkan. Saya rasa ada yang benar dan ada yang tidak berapa benar, ada yang ditokok tambah dan ada fakta yang cuba disembunyikan.
Ada kumpulan yang mendekati rakyat dari dekat melalui pasar-pasar dan masjid-masjid dan ada yang membuat tempat khas. Semuanya mahu menunjukan keunikan masing-masing dan mahu menunjukan bahawa merekalah yang berkata benar.
Saya kadang kala tersenyum mendengarinya dan ada kadang kala rasa panas ditelinga. Tapi saya dengari juga kerana saya mahu memberitahu anak cucu saya apa yang saya fikirkan betul dan haraus dicontohi atau diteladani.
Ada juga pendapat yang mencari jalan tengah dengan tegoran-tegoran yang munasabah. Tetapi amat sedikit sekali mereka yang berbuat demikian.
Saya mencatat peristiwa di Semenyih ini kerana merasai keinsafan sepertinya tidak ada satu kesedaran yang kuat bahawa kita sebangsa dan seagama dan seharusnya berhujah dengan bahasa yang baik dan berhemah. Tidak menuduh melulu dan tidak juga menggunakan sindiran-sindiran yang bolih melukakan perasaan, tidak kira dipihak mana. Dan saya juga berpendapat bahawa jika berhujah mahu mempertahankan keagongan dan kemuliaan Islam maka kita harus lebih bersopan dan menggunakan fakta yang sohih dan berasaskan sumber yang sohih.
Kata setengah orang kita tidak akan dapat dan tidak boleh mempertahankan Kebenaran Islam melalui jalan politik kerana politik bersifat berbagai cara dan warna yang ada kalanya bercanggah dengan kehendak prinsip Islam itu sendiri. Maka kita harus berhati-hati.
Saya mohon ampun atas kelemahan sendiri dan berdoa semoga apa jua keputusan rakyat, Allah akan sentiasa menunjuki jalan yang benar dan memimpin ke jalan Redhanya.
Sekian.........
Semenyih kan cantik ! Ayuh sama-sama kita mencantikan hati budi........
................
Wednesday, February 27, 2019
Tidak 'kerasan' di Putrajaya ?.....
Alhamdulillah, dengan izin Allah pada akhir Ogos 2018 saya sekeluarga berpindah ke Putrajaya. Saya berbelah bagi dengan keputusan keluarga untuk berpindah kerana saya dalam umur dewasa tua ini amat khuatir perlu meredah hidup di kawasan baru.
Rumah yang baru pindah adalah seperti foto disebelah, berhampiran dengan kawasan tasek Putrajaya. Sebelum ini saya tinggal di Kg Tunku SS1, Petaling Jaya. Hampir 30 tahun mengharung pahit manis membesarkan anak-anak sambil bertarung kerja di Perkhidmatan Awam. Saya bersara pada tahun 2003. Alhamdulillah. Kini sudah 15 tahun jadi 'Boss' sendirian.
Suami memujuk saya supaya bersetuju pindah kerana di Putrajaya akan hampir dengan rumah adik beradik suami saya yang lain dan ramai anak-anak buah yang tidak jauh dara bandar Putrajaya. Anak perempuan saya pun menetap di Precint 15 dan anak lelaki saya di Puchong yang lebih berhampiran. Ada anak saudara tinggal di Pinggiran Putrajaya dan kakak saya dari Pontian kerap ke rumah anaknya ini. Maka dapatlah saya bertemu bersembang santai dengannya agak kerap berbanding dahulu.
Bagi anak-anak kami pula, mudahlah bagi kami berkumpul setiap hujung minggu atau sekurang-kurangnya 2 kali sebulan atau bila-bila masa saya dan suami memerlukan pertolongan. Adik suami saya yang amat rapat ada di Cyberjaya dan mereka sering singgah di rumah kami apabila berbasikal riadah pada hujung minggu. Keluarga adik suami saya juga tinggal berjiran rapat di perumahan Ferra di Percint 8.
Dari aspek ini berhijrah ke Putrajaya sememangnya lebih baik kerana mudah berurusan jika ada hal kecemasan berbanding tinggal di Kg Tunku Petaling Jaya. Tetapi hati saya tidak berapa "kerasan" wal;aupun kini sudah melebihi 6 bulan saya di Putrajaya. Agaknya kalau emak saya ada bersama sekalipun saya rasa dia juga tidak kerasan lama bersama saya.
Apa itu "kerasan" ?
Ini perkataan Jawa . Saya keturunan pendatang. Ertinya : Rasa senang, nyaman, seronok dan tahan tinggal di sesuatu tempat.
Saya rasakan kalau dapat bersembang dan bertanya-tanya hal dengan arawah emak dan bapak saya mengenai rasa berhijrah jauh dari Pulau Jawa ke Malaya waktu itu, saya rasa pastinya mereka juga tidak kerasan. Tetapi desakan hidup membuat mereka tumpu perhatian ke hadapan dan melupakan kemesraan dan kenyamanan hidup yang ditinggalkan. Di Malaya tidak ada sanak saudara. Terpakasa bermula tanpa bekalan yang sesuai dan mencukupi. Kesabaran yang luar biasa dengan izin Allah menghasilkan saya dan yang lainnya sekarang ini. Ini cerita ringkasnya. Oleh kerana saya lahir di sini dan cuma mula membesar ketika emak dan bapak masih ada, maka saya tidak terasa pun rasa "kerasan" atau "tidak kerasan". Saya lalui hidup seadanya.
Kini sudah lebih enam bulan tetapi masih belum rasa selesa di hati saya. Kekadang saya rasa sayu kehilangan kekawan rapat sebaya yang tinggal di Kg Tunku. Saya tinggalkan kekawan sesama mengaji, berTaichi dan berjalan kaki di sekeliling Tasik Taman Aman Petaling Jaya. Saya tidak lagi menyertai aktiviti sosial dan dakwah Masid Kg Tunku dan Ngo PAKATAN yang saya anggotai. Di Petaling Jaya saya mampu berjalan kaki ke Masjid jika amat perlu. Saya rasa selamat kerana suasana kampung masih dirasai.
Bangunan-bangun yang memaku pandangan saya setiap kali saya berurusan ke pasar atau pergi ke PPUM adalah bangunan di sebelah kiri ini. Bangunan SPRM. Sejarah hidup saya sekeluarga di warnai juga dengan apa yang berlaku di tempat ini walau pun secara tidak langsung. Perbualan anak-anak buah tidak lari jauh dari fakta yang berlegar di kawasan ini, antara lainnya.
Kekadang saya sebut juga rasa hati saya pada suami dan anak-anak untuk mendapat fikiran mereka dan mungkin dapat membantu saya menerima hakikat bahawa hijrah buka suatu yang mudah dari apa sudut sekalipun. Saya harus bersabar dan cuba menyesuaikan diri dan fikiran sebaik yang mungkin.
Saya cuba "mententeramkan" diri di perumahan baru kerana banyak hal yang tidak serupa. Saya katakan pada diri supaya jangan banyak "songel" semata-mata kerana berpindah rumah dan terpaksa menyesuaikan diri dalam keadaan yang baru. Saya kehilangan teteman yang sebaya. Tetapi tidak bererti kejiranan baru di Putrajaya yang muda dan sibuk dengan kerjaya tidak bolih menerima saya semata-mata kerana umur. Saya harus banyak membuat penyesuaian mengenai aktivi sosial kejiranan yang ingin saya ingin sertai dan pilihan kelas pengajian mana yang saya lebih memerlukan. Jika kelas atau majlis Ilmu yang saya inginkan itu jauh dan saya tiada kemampuan menyertainya, maka saya pujuk diri untuk mendengari ceramah Ustaz-ustaz Google yang ada di UTube. Pasti ada hikmah sebagai stratedi mencari Ilmu dalam laluan alternatif. Pasti ada hikmahnya. Saya berdoa semoga Allah menunjuki jalan yang terbaik menuju destinasi yang memang sudah dijanji.
Hari demi hari saya mula berhenti "menyalahkan" keadaan atas apa yang saya lalui yang membuat saya kurang "seronok". Kata seorang teman: Apa yang hendak disedihkan hilang teteman sebaya? Bukankah akan menjadi satu hakikat bahawa lambat laun kita akan kehilangan semua kekawan dan kekawan pun akan kehilangan kita. Itu fakta. Siapa dahulu yang kehilangan kita tidak tahu dan kita terima sahaja dan menerima hakikat bahawa hidup ini sementara sahaja. Pegang pada fakta bahawa jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah maka tidak ada apa suatu pun yang akan dikira merugikan. Ingatkan keseronokan bersama kekawan lama dan itu adalah kurniaan Allah yang bolih dijadikan semangat untuk menerima hidup ini seadanya dan banyak bersyukur dan rasa redha atas segala ketentuan yang Allah pilih atas diri kita dan semua yang kita sayangi.
Ketenangan mula menyusr kehati.....
Semoga ada kebaikannya tinggal di Putrajaya. Saya sudah minta anak saya bawa saya putar-putar di hujung minggu dan bila saya sudah tahu hala tuju di daerah ini, In sya Allah saya boleh meronda-ronda berseorangan mencari apa yang saya tidak tahu dan apa yang tidak dapat dilihat dan dipelajari semasa di Kg Tunku. Harus berfikiran positif dan bertindak positif. Saya diingatkan untuk terus berbuat sesuatu yang membawa munafaat pada diri dan ahli keluarga disekeliling kita bila berpindah ke Tempat Lain secara total dan final yang tidak seminit di segerakan dan tidak seminit dilewatkan.
Semoga Allah menerima kita dan semoga saya dan semua yang saya sangai, jauh dan dekat menjadi orang--orang yang Allah sebut dalam ayat Quran seperti berikut:
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) |
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29)
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30) |Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan menganugerah atas kita Syurga Firdaus tanpa hisab untuk kita dan semua yang kita sayangi jauh dan dekat dengan RahmatNYA semata-mata.
Aaminn ya Rabb......
........
Sunday, February 24, 2019
Embah Su dan Embah Rom...@ Nenek-nenek terus disantuni.
Ini cerita kita bersama.... tua dan muda.
Semalam baru sahaja mendengari kisah seorang tua, yang belum tua sangat tetapi sudah dihantar oleh anak-anaknya ke rumah orang tua-tua. Anak-anaknya dalam lingkungan umur tiga puluhan/empat puluhan kerana semuanya berkerja. Saya katakan pada anak saya yang bercerita bahawa masih belum difahami oleh semua bahawa kewajipan menjaga ibu/ayah adalah pertamanya wajib pada anak lelaki. Anak lelaki adalah ketua keluarganya. Maka menantu perempuan harus mematuhinya dalam hal menjaga ibu bapanya. Adat Melayu kita ramai yang berpegang bahawa menjaga ibu/bapa tua terletak pada anak perempuan sebagai yang utama. Saya berpendapat para ustaz harus menerangkan secara halus dan terperinci mengenai masaalah ini. Allahu'alam........
Jangan biarkan orang-orang tua kesunyian.....
Dua orang kakak saya tinggal berseorangan. Mereka berumur 80 dan 84. Anak-anak tinggal berdekatan. Mereka ok sahaja kerana masih boleh mengurus diri. Mereka tidak mahu tinggal dengan anak-anak. Agaknya saya pun bila bertambah tua ingin juga tinggal berasingan kerana rasa lebih selesa atas asbab sudah biasa dengan rutin harian sendirian.
Seorang kawan saya mengatakan pada saya tidak lama dahulu. Anak-anak sekarang tidak akan hantar emak/ayahnya ke rumah orang tua-tua. Saya membantah pendapat itu. "tak mungkin". Dalam kemelut hidup yang ada sekarang dan dengan lemahnya pegangan budaya Islam, saya yakin anak-anak ramai yang akan ambil jalan mudah dan akan menghantar emak-ayahnya ke rumah orang tua-tua.
Kawan saya kata: 'TIDAK !!! Mereka tidak hantar. Emak ayah akan pergi sendiri mencari rumah orang tua-tua." ANAK-ANAK ENTAH KE MANA DAN TIDAK RASA KEHILANGAN PUN !.....
Sedih sekali.......
Ini bagi yang mampu kerana ada wang kumpulan persaraan dan sebagainya. Jika tidak ada mereka akan terus keseorangan di rumah tanpa jagaan yang sepatutnya. Takut saya memikirkannya......
Ada juga kes berlainan buat anak yang berkemampuan. Ia akan memasukan emak/ayahnya ke hospital swasta sepertinya mereka perlu rawatan. Sebenarnya mereka tu dikira sihat tetapi tiada anak yang selesa bersamanya. Ini kes saya lihat sendiri di satu hospital beberapa tahun lalu. Saya menjaga emak suami saya. Saya perhatikan orang tua ini tiada teman atau waris datang ziarah. Nurse yang bertugas akan datang membantu menyuapkan makan jika perlu. Tanpa ditanya nurse itu katakan pada saya bahawa orang tua ini sudah berada di hospital agak beberapa tahun. Anaknya yang berpangkat "dato' " ada ziarah sesekali untuk menyelesai bil hospital yang di tentukan. Kenapa begitu. Nurse tidak menjawab. Saya membuat andaian sendiri. Kalau di hospital tidak ada siapa yang kata anak tidak peduli jika tidak ziarah, sebab ia di hospital. Jika ditanya pasti anak akan jawab: Oh, emak saya di hospital... perlu sedikit rawatan. Orang pun berhenti bertanya. Cantik jawapan itu kerana orang tua itu bukan di rumah orang tua-tua. Tetapi ia pasti kesunyian juga. Allah maha Mengertahui.........
Itu sahaja perkongsian kali ini. Saya sudah masuk zon tua dan berdoa-doa Allah kurnia umur yang bermunafaat.......
Aamiin ya Rabb.
..........
Friday, February 22, 2019
Teruja dengan sepasang kasut..........@ terasa tenang dalam kesakitan.
Kelmarin dahulu saya menemani suami ke PPUM untuk merujuk masaalah jejari kakinya yang dipotong akibah kencing manis. Sudah agak beberapa lama ia rasa amat tidak selesa dan kekadang rasa sakit akibat jejari kaki yang tidak setabil bila berjalan. Ini ditambah buruk kerana memakai kasut yang tidak sesuai untuk kaki bernasaalah besar.
Laluan pagi itu menguji kesabaran kerana jalan terlalu sesak. Bagi saya yang sudah tidak bekerja, laluan sesak amat merunsingkan hati. Saya cuba bertenang kerana tidak ada apa pun yang saya bolih lakukan untuk mengatasinya.
Denag kesesakan yang saban hari dihadapi mereka yang masih bekerja pastinya amat menyulitkan. Tertanya-tanya dihati bila agaknya masaalah ini akan selesai atau sekurang-kurangnya berkurangan. Saya berdoa semoga tidak terlewat dari temujanji doktor yang telah ditetapkan.
Suami saya amat kepenatan menunggu giliran berjumpa Doktor di Pusat Perubatan University Malaya. Kami sekarang tinggal di Putrajaya dan akan cuba berpindah ke Hospital Putrajaya bila nanti sesuai mengikut kes kaki yang ada sekarang.
Doktor menatakan baawa masaalah jejari kaki yang sakit sekarang bukan kerana pembedahan yang dibuat 6 bulan yang lalu. Tetapai ia adalah kerana kaki suami saya sekarang tidak setabil kerana tekanan kaki semasa berjalan menimbulkan masaalah. Maka ada 2 cara mengatasinya.
- Dr boleh rujukan kepada pakar orthopedik yang khusus tapak kaki untuk meluruskan jejari. Ini perlu pembedahan agak besar.
- Atau bolih juga mencari pakar kasut yang boleh melihat kaki dan membuat kasut yang bersesuaian. Doktor memberi rujukan tempat yang sesuai untuk tujuan ini.
Suami dan saya memikrkan sejenak dan dan buat masa ini bersetuju untuk cari pakar kasut. Kami amat bertemi kasih pada doktor yang melayani kami dengan baik dan keluar cuba mencari penyelesaian.
Kemudian saya google sedikit mengenai masalah kaki suami saya ini dan saya turunkan dibawah ini sebahagian masaalah yang suami saya hadapi.
An offloading cast can help reduce pressure on the foot and improve healing indiabetic foot ulcers. When someone experiences a diabetic foot ulcer, healing times can be dragged out due to a variety of factors.Feb 6, 2015
(orthowedge google search)
Lepas itu saya google pula bawah 'orthowedge' untuk cuba memahami. Bukan senang untuk memahami sepenuhnya. Dr mengatakan ada berbagai pilihan. Ada beberapa contoh seperti yang di foto di atas. Ia tidak sesuai buat suami saya kerana tidak membantu dalam usaha berjalan tanpa bantuan orang lain untuk memimpinnya. Lihat contoh di atas.
Kami pergi ke satu kedai seperti yang di cadang oleh doktor yang
merawat suami saya.
Kami ditunjukan beberapa model dan menerangkan kebaikan atau kekuatan
yang ada pada sesuatu model itu. Duduklah kami mendengarinya
dan akhirnya kami memilih seperti yang tertara di foto di atas ini.
Ia bukan 'a perfect fit', tetapi ia agak sesuai buat suami saya.
Amat jauh keselesaan yang dirasainya berbanding
dengan kasut yang dipakainya sekarang.
Alhamdulillah.
Ia amat rasa teruja dan terus buat keputusan membelinya.
Saya rasa harganya agak berpatutan RM 750/-.Kami ada tabungan untuk itu.
Kami teruja dan amat bersyukur. Semoga keselesaan berpanjangan dan
tidak lagi perlu membuat apa jua pembedahan.
Kemudian kami berjalan-jalan sedikit mencuba kasut
semoga Allah kurnia keselesaan.
Kami pulang melangkaui waktu zohor dengan rasa lega.
Semoga dengan keselesaan ini Suami saya dapat menjadi lebih aktif
dan memudahkan kegunaan kaki ketika memandu. Dan dengan keselesaan yang sempurna suami saya juga dapat lebih beramal kerana Allah, membantu menegakan Kebenaran Mu, Allah.
Dan semoga Allah memudahkan segala urusan mencari RedhaNYA.
Aamiin ya Rabb.....
...............
Monday, February 18, 2019
Bicara mata untuk hati.....
Semua deria rasa yang Allah kurnia tiada tepian nilainya. Namun Allah tidak kurnia semua deria pada semua makhluk ciptaanNya. Ada yang lahir tiada deria lihat, ada yang lahir tiada deria dengar dan ada berbagai deria halus yang Allah kurnia yang kita tidak dapat merasainya dan melihatnya secara sedar. Allah maha Pengasih dan Penyayang dan maha Bijaksana. Limpah rahmatNya dirahsiakan.
Sejak didalam rahim ibu Allah sudah kurnia deria dengar dahulu. Beberapa ayat alQuran telah menyebutnya. Deria lihat tidak jelas hingga seorang bayi berumur sekurang-kurangnya sudah melepasi 3 bulan. Pasti ada hikmahnya. Seorang bayi mengenali seseorang terutama ibunya dari deria bau, deria dengar suara dan deria rasa sentuhan pada dirinya. MasyaAllah.....
Biasanya manusia tidak menghargai kurniaan Allah hinggalah deria itu Allah ambil balik. Kini saya amat merasai. Deria lihat sudah mula bermasaalah dan deria ingat juga berkurangan dengan meningkatnya umur. Namun saya menyedari hakikat bahawqa ada manusia yang Allah kurnia deria yang penting baginya terus dirasai hingga ke umur amat lanjut. Pastinya ada rahsia yang saya dan ramai kita tidak mengetahuinya.
Saya berfikir-fikir tentang deria lihat terutamanya semasa di wad hospital menanti pembedahan dan setelah pembedahan. Saya lihat ada yang mudah menjalani apa yang perlu dijalani. Ada yang muntah-muntah hingga kedengaran diruang sebelah. Ada yang kerap bersedih. Jiran katil di tepi saya tidak dapat menjalani pembedahan kerana paras gula tinggi dan mengambil masa untuk merawatnya. Ia dibenarkan pulang denagan arahan menjaga pemakanan dan memakan ubat secara kosisten. Bila keadaannya stabil barulah pembedahan matanya bolih dilakukan. Menangis bila bercerita kerana dalam keadaan yang ada dia sudah amat tidak dapat melihat dengan jelas. Jika berhadapan pun ia tidak nampak rupa bentuk muka siapa yang dihadapannya. Dia mengenali dengan deria dengar suara.
Saya rasa insaf dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membuat rawatan memulihkan deria lihat saya sebaik yang mungkin. Teringat saya bapak saya juga menghidap kencing manis dan bapak saya langsung tidak dapat melihat selama 2 tahun sebelum ia meninggal dunia. Saya bongsu dan tidak dibawa berbincang mengenai deritaan bapak saya. Cuma sedikit-sedikit sahaja yang saya fahami bahawa emak saya mencari ubat kampung untuk merawat matanya. Tersedih saya mengingatinya kerana waktu itu tidak ada siapa dalam keluarga yang berpengetahuan dan berkemampuan. Dalam kes saya sekarang tiada kos yang saya tanggong kerana saya pesara kerajaan persekutuan. Tetapi saya tahu kos membeli lensa pun berharga rm1,200/-. Itu belum kos pembedahan dan perubatan. Pasti bukan semua pesakit mampu membayarnya. Entah berapa bilangan pesakit penglihatan agaknya yang terpaksa berterusan menderita tanpa mendapat perhatian perubatan. Mungkin bilangan yang menjadi buta seperti bapak saya besar juga. Siapa yang tahu.......
Tersedih memikirkannya. Namun saya yakin Allah maha Adil. Pasti ada anugerah lain sebagai ganti yang saya tidak tahu dan ramai kita tidak tahu. Allah menilai keikhlasan dan keredhaan kita menerima segala ketentuan Allah. Pasti ada hikmahnya. Cuma sebagai manusia biasa saya terkenang-kenang pengalaman saya diakhir-akhir umur bapak saya. Emak saya tugaskan saya membawa bapak jalan-jalan waktu petang di halaman rumah. Saya pegang sebelah tangan dan sebelah yang lain memgang tongkatnya. Kekadang dia tegur saya kalau jalan agak cepat. Saya "gelak" dan jalan setapak demi setapak. Waktu itu umur ayah saya sudah melebihi pertengahan sembilan-puluhan. Saya berumur 12/13 tahun. Semoga doa saya untuknya dan untuk emak sejahtera bahagia di alam barzah kesampaian. Aamiin.......
Saya ada seorang teman dalam jemaah Masjid yang bermasaalah kedua matanya yang rumit kerana keturunan yang terpaksa di keluarkan dan diganti baru melalui "donar proram" bagi kedua-dua matanya. Ia terpaksa menunggu beberapa bulan menanti habuan donar yang redha matanya diberi pada orang lain selepas ia meninggal dunia. Panjang ceritanya dan saya amat mengingatinya sekarang ini. Bukan mudah menjaga mata yang diberi oleh orang lain. Teman saya ini amat bersabar dan dengan mata ehsan itu ia dapat melihat agak baik dan bolih membaca. Ia amat bersyukur dan sentiasa ceria. Kebelakangan ini saya telah mendapat tahu bahawa kedua-dua matanya bermasaalah lagi. Semoga Allah kurnia yang terbaik baginya disisiNYA.
Bicara mata untuk hati akan berterusan selagi hayat dikandung badan. Ini belum lagi kita mengambil iktibar dari masaalah-masaalah yang lain. Semoga Allah mengurnia hati saya redha atas segala ketentuanNya. Ya Allah Engkau yang maha Kasih Sayang dan semoga hidup kami semua di muka bumi ini dalam dakapan kasih sayang Rahmat Mu yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb.....
.....................
Sunday, February 17, 2019
Deria Lihat ku....
foto carian google.
Alhamdulillah, kita bersyukur Allah kurnia berbagai deria untuk hidup penuh nikmat walaupun hidup ini untuk sementara sahaja. Allah maha Mengetahui dan maha Bijaksana....Allah maha Kurnia apa yang terbaik bagi hamba-hambanya.
Deria penglihatan saya bermasaalah sudah sekian lama dan saya berulang alik ke Pusat Perubatan Universirty Malaya PPUM mencari jalan memulihkanya. Tidak bolih ditangguhkan lagi. Hari Isnin lalu saya masuk wad dan hari Selasa cataract di mata kiri yang sudah agak lanjut di bedah semoga penglihatan saya dapat dipulihkan. Kini hampir seminggu tetapi fokus penglihatan belum seperti dahulu. Haruslah bersabar.......
Minggu hadapan saya akan ke PPUM lagi untuk dilihat semula. Pembedahan cataract bukan luar biasa. Tetapi oleh kerana saya ada masaalah darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan jantung yang agak sensitif maka Doktor harus memantau keadaan saya sebelum membuat pembedahan.
Pengalaman masuk ke bilik bedah agak menakutkan buat saya. Saya sememangnya takut hospital. Tiada waris menemani saya. Saya katakan tidak perlu walau pun dalam hati rasa sedikit khuatir. Saya tekad untuk seorang sahaja menghadapi masaalah sendiri. Terdetik dalam hati kalau menghadapi sakaratul maut pun tentunya seorang diri.
Bilik bedah amat sejuk. Tidak terkira sejuknya buat saya walaupun saya suka sentiasa dalam bilik berhawa dingin. Gilirin saya dirasakan amat lama. Rasa seperti hampir satu jam. Kedengaran juga komen-komen dalam tempat menunggu mengenai pengalaman doktor dan karenah pesakit. Tetapi tidak difahami hujung pangkalnya. Maka saya senyap-senyap berdoa semoga Allah mudahkan segala urusan pembedahan ini dan semoga Allah kurnia semula kesempurnaan deria lihat buat saya.
Berbagai lintasan lalu difikiran saya. Kalau menanti pembedahan begini sudah rasa sulit dan takut, bagaimana agaknya saat-saat berhadapan dengan sakaratul Maut. Rasa degupan jantung agak pantas. Hanya mampu berdiam diri dan zikrullah seperti yang diajarkan.
Saya hanya diberi Local Anasthetic sahaja. Maka kedengaranlah semua percakapan di sekeliling saya. Saya tidak faham tetapi tetap menambah rasa khuatir. Oleh kerana PPUM adalah hospital yang mengajar pelatih-pelatih dalam bidang kedoktoran, maka jelas juga saya dengari apa yang di katakan oleh doktor bedah pada doktor-doktor pelatihnya. Rasa takut tetapi hanya mampu berdoa terus.......
Rasa lama tetapi akhirnya selesai. Alhamdulillah. Rasa sakit bekas jarum bius dan doktor kata ada sedikit pendarahan. Doktor cuba memberi keyakinan bahawa pembedahan itu normal dan saya tidak perlu bimbang.
Alhamdulillah....dan alhamdulillah. Bersyukur tidak terkira.
Saya rasa lega walaupun harus mengikuti prosidur selepas bedah di katil wad tingkat 7 Menara Timur. Dalam berbaring rehat teringat saya peristiwa yang diceritakan oleh seorang teman akrab yang berdamping rapat dengan 3 anak muda yang hilang deria penglihatan disebabkan masaalah kesihatan yang tidak dapat dipulihkan. Salah seorangnya amat berminat fotografi dan saya diceritakan bahawa beliau sentiasa berkeliaran di luar tempat kediamannya dan juga di rumah persinggahan yang dibawa oleh teman saya dimana mereka membantu dalam program latihan motivasi anak-anak muda yang bermasaalah akhlak. Anak muda ini akan terus mengambil foto. Katanya deria peglihatannya hanya tinggal sedikit sahaja lagi maka itulah ia mahu memunafaatkannya sebaik yang mungkin untuk mereka yang dapat melihat tanpa masaalah. Tersedih saya ketika teama saya bercerita dengan saya dan amat tersentuh dengan kebijaksanaannya. Deria lihat saya insyaAllah akan pulih. Anak muda ini tidak ada pilihan. Cetita ini saya dengari lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Baru-baru ini teman saya menunjukan pada saya hasil penulisannya dalam kerja-kerja NGO yang diketuainya. Buku kecil itu sudah diterbitkan untuk bacaan umum dalam usahanya mengumpul dana untuk kerja-kerja kebajikan yang diusahakannya. Dihujung buku itu ada penulisan ala sajak yang ditulis oleh anak muda ini. Termenong buat beberapa ketika apabila saya membacanya. Teman saya rakamkan ia menulis.....(dengan maksud):
"Jika Allah beri pilihan pada kita deria rasa yang mana yang kita mahu serahkan dahulu pada Allah ?
Saya tiada jawapan. Hanya rasa amat tersedih.....
Dalam berbaringan di atas katil wad tidak berhenti-henti saya terkenangkan kisah ini.....
Kita tidak ada pilihan. Semuanya hak mutalk Allah swt. Allah yang maha Esa maha Pencipta.
Kita harus mensyukuri dan gunakan semua deria yang Allah kurnia hanya untuk yang halal dan baik.(Halalan Thaiban)
Semoga Allah sentia melimpahkan Rahmatnya dalam apa keadaan sekjalipun. Allah amat kasih sayang pada hamba-hambanya. Kitalah yang harus mengerti dan menghargaininya....
Mohon keampunan Mu Ya Rabb.....
.............
Sunday, February 10, 2019
Bising......Hari-hari bising!!!
Bising...bisingnya semakin kuat.
Siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar?
Entah. Ikut suka...
Setengah orang akan terus bercakap walau pun tidak ada yang mendengar kerana ia yakin ia punya sokongan. Mereka tidak peduli sama ada apa yang didengari itu dapat diterjemah kepada tindakan yang sepatutnya.
Bising hingar bingar ini sering terdapat di media sosial. Saya pun penat mendengari.
Kalau tak mau dengar bising, jangan buka terus.....kata suami saya. Dia suka mendengari kebisingan itu. Nak dengar mana yang betul, katanya.
Bukan di media masa untuk mencari dan mendengari apa yang sahih, betul dan bolih diikuti. Terlalu banyak pendapat minda dari berbagai golongan. Ada yang memuji dan ada yang mnengeji, menghina dengan nada yang lantang.Saya perhatikan masih ada orang yang akan khusyuk mendengari apa yang diperkatakan oleh orang-orang individu yang ia suka dan ia hormati. Apa yang diperkatakan jarang sekjali dianalisa secara bijak. Ia terus dipercayai dan diikuti. Keadaan seperti ini bolih menimbulkan bahaya kerana pendapat minda yang kurang tepat boleh memecahbelahkan masyarakat.
Pemerhatian saya ini umum dan tidak memihak pada mana-mana individu atau kumpulan.
Adalah dikhuatirkan semuanya kerana kuasa politik dan kekayaan hidup dan kemewahan di dunia ini. Bukan mencari keadilan yang tulin. Bukan mencari kedamaian yang bolih dikongsikan. Orang yang suka bising-bising tidak kira faktanya logik atau tidak logik. Kalau logik pun, tidak semestinya yang logik itu betul dan benar. Semua mahu menegakan kebenaran yang difahami sendiri, katanya. Dari sudut mana kebenaran itu????
Berbagai pendapat...
Sampai bila pun tidak akan selesai.
Eluk kita duduk diam-diam tambah ilmu dengan membaca buku-buku yang diiktiraf sahih dan bolih di guna pakai apa yang diutarakan. Kita cuba baca buku dari berbagai sumber, sebanyak mungkin dan sekerap yang mungkin. (Memahami alQuran dan hadith itu terutama). Saya mencuba dan mendorong diri untuk jangan bising walaupun dalam premis keluarga kecil dan keluarga besar. Baca, laksana dan berdoa semoga yang kita buat itu suatu yang baik yang diiktiraf sahih dan boleh diikuti sebagai contoh. Saya masih kekurangan dan masih ketinggalan. Tetapi saya cuba juga. Semoga Allah menunjuki jalan dan tidak kecundang tanpa di sedari.
Kebisingan ini akan berterusan.......
Allah maha Memerhati, berfikir dengan saksama dan jangan semata-mata mengikut gerak hati.......
Kita sentiasa ingatkan diri.
Yang benar tidak pernah memihak. Benar tetap benar. Ada Nas yang sah yang membuktikannya.
Semoga kita berhati-hati dan memohon pada Illahi jalan yang IA redhai.
.........................
Saturday, February 9, 2019
Jalan-jalan cuba melupakan......
Ini taman rehat dipenjuru rumah kakak saya di Pontian. Saya mesti ambil foto ini setiap kali balik kampung. Kali ini saya balik untuk pujuk kakak tertua saya yang ada untuk dapatkan rawatan di Putrajaya kerana dia ada masaalah di perutnya dan Hospital Johor Bahru tidak sesuai baginya kerana jauh dari pertolongan anak-anak dan waris terdekat yang lainnya.
Memujuk kakak saya yang berumur hampir 84 tahun bukan suatu yang mudah. Ia tidak suka tinggalkan rumahnya. Amat selesa berseorangan walaupun makan minumnya kekadang menjadi masaalah. Maklumlah kedai dan pasar ikan dan sayur agak jauh dan ia perlu batuan naik kereta yang bolih ikut rentak keselesaannya. Maklumlah....84 tahun bukan umur yang mudah.
Perjalanan balik ke Putrajaya mudah kerana lenuhraya tidak sesak. Dari tingkap kereta saya ambil foto yang buat saya rasa tenang dan dapat bersembang santai dengan kakak saya atas beberapa hal masaalah dalam menjalani ujian hidup. Semua kita Allah uji dengan berbagai ujian kerana Allah kasih pada kita dan mahu kita hampir padaNya.
Saya bersungguh-sungguh cari cara untuk buat kakak saya tidak risau meninggalkan rumahnya dan kebiasaannya hari-hari. Saya berdoa ia bolih melupakan pokok-pokok hiasannya dilaman rumah tidak disiram air dan melupakan juga kelas-kelas pengajian yang dihadirinya dengan kekawan 2 atau 3 kali seminggu. Saya katakan nanti saya buka Utube dan belajar dari Ustaz google.
Dia hanya tertawa kerana tidak dapat mengerti bagaiman belajar dari ustaz google. Saya beri penerangan nama-nama ustaz yang saya sering ikuti. Semoga kakak saya dapat membiasakan diri.
Dalam perjalanan pulang kami singgah ke restoran yang terkenal di Air Hitam exit Lebuhraya Utara Selatan. Kari Kambing 40 hari. Itu kali kedua saya singgah..Anak buah saya yang memandu dan saya ikut sahaja. Terlalu ramai pelanggan yang ada. Tetapi perkhidmatannya cepat dan tidak lama menunggu. Kakak saya tidak berapa minat kambing dan dia mendapati nasi agak keras baginya. Maklumlah daya kunyah makanan sudah amat terhad dan sukar. Saya turut menginsafi diri kerana hakikat hidup cara tua makin lama makin saya rasai sendiri.
Semoga Allah sentiasa memudahkan segalanya.
Kami lalu bandar Yong Peng. Teruja juga sebab sudah lama tidak melalui jalan itu untuk ke Kuala Lumpur. Untuk menceriakan kakak saya saya pun buka cerita sikit politik Malaysia kini dalam perjalanan pulang. Walaupun hampir 84 tahun kakak saya masih suka dengar cerita siapa pemimpin yang berkuasa sekarang. Saya cerita yang mudah-mudah sahaja kerana takut tersilap fakta nanti dosa padahnya. Saya cuma fahamkan siapa BN dan siapa PH. Ringan sahaja hujah-hujah saya kerana tujuan perbualan hanyalah untuk buat kakak saya lupa bahawa saya akan bawa dia periksa doktor selepas CNY. Sekejap sahaja berbual dan dia tertidur lena.......kepenatan.
Kami sampai waktu Maghrib. Foto ini berhampiran dengan rumah saya.
Alhamdulillah selamat tiba.
........................
Thursday, February 7, 2019
Bersama di hari tua.........
Ibarat umur sudah senja......
Dalam perjalanan pulang melalui Puchong dari rumah abang saya di Shah Alam, teringat-ingat sejarah hidup yang membawa kami adik beradik hingga ke umur ini.
Abang saya 3 tahun tua pada saya. Saya bongsu. Dia pergi ke Asrama penuh The Royal Military College yang ketika itu di Port Dickson. Kami berbeza dalam banyak hal. Tetapi dalam umur tua ini kami tidak lagi memikirkan perbezaan. Kami mencari persamaan terutamanya persamaan prinsiip hidup yang di wariskan emak/bapak kami. Saya agak terharu kerana dalam perbualan kami kali ini abang saya banyak bersetuju dengan pendapat saya dan kakak-kakak saya. Alhamdulillah.
Abang saya banyak bercerita tentang dosa pahala dan ilmu yang kita perlu ada sebagai asas beramal secara betul. Deria ingatannya sudah berkurangan dan saya pun begitu. Kekadang kami lupa fakta dan ada kalanya kami lupa perkataan yang seharusnya diguna untuk menerangkan sesuatu.
Saya sendiri kekadang lupa mengira rakaat dalam solat.
Semoga Allah mengampuni dan
berdoa semoga deria rasa, deria lihat, deria dengar dan lain-lain deria
Allah sampaikan ke akhir hayat.
Abang saya amat kurus kerana kurang selera. Kami bercerita lawak
semasa kami kecil-kecil dahulu. Terdetik di hati saya kenapa kali ini
ia tidak "berbalah" dengan saya mengenai hal--hal keluarga.
Adakah ini kali terakhir kami bersama
bersembang santai. Tetapi cepat-cepat saya beristighfar.
Semoga Allah masih anugerah kami ruang dan peluang untuk bermesra kerana Allah.
Kami makan bersama tengah hari itu. Kakak ipar saya menghidangkan menu yang saya suka...berasas tempoyak. amat menyelerakan. Alhamdulillah.
Saya amat hargai perjumpaan kami adik beradik di umur tua ini.
Sering kami cerita umur tua emak/bapak dahulu. Kami merasai kehilangan dan kami kerinduan.
Semoga anak cucu kami akan ingat kami apabila kami sudah tiada.
Apapun saya berpendapat kita harus berusaha sendiri dalam semua amalan untuk hari di mana tidak ada siapa yang peduli. Jika anak cucu ingat dan sering mendoakan kita, kita simpan sebagai bonus.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan RahmatNya yang tidak terhingga
sekarang dan seterusnya hingga ke Syurga.
Aamiin ya Rabb....
..........
Tuesday, February 5, 2019
Cukup sekadar menjamu mata....
Keindahan warna warni alam ada dimana-mana
Cukup bagi ku sekadar menjamu mata
Kederat kurnian Illahi kini makin hari makin jauh tiada
Namun kesyukuran ku panjatkan semoga setiap nikmat mengampirkan hati ku pada yang maha Pencipta
Esuk mungkin deria lihat ku makin pudar
Deria ingatan ku ditiup angin sepoi menjauhi diri ini yang ku sangaka pintar
Ketentuan Illahi jangan diambil ringan seperti itu suatu hak yang tidak bolih dicabar
Kini aku mengerti, semuanya anugerah Illahi dan jangan menyombong diri
Dan aku berpesan pada anak-anak harus peduli hidup ini ada penghujung yang pasti
Dan jika Allah kurnia umur panjang kongsikan segala nikmat jangan tamak membawa rugi
Di hujung hidup ini Allah hanya lihat hati budi.
Mencari ikhlas hati, yang malaikat pun sukar mengetahui...........
Ya Allah hanya pada MU aku mengabdi diri.
Memohon keampunan semoga diiktiraf Hamba sejati.
.............................
Sunday, February 3, 2019
Nelayan Cina Sungai Ayam.....
Semasa di Batu Pahat baru-baru ini saya di bawa anak teman saya ke Sungai Ayam untuk makan Asam Pedas berbagai ikan. Tetapi hari itu kami sampai agak lewat dan kenalah tunggu hingga jam 6 petang untuk sessi petang/malam. Katanya sedap, maka kami sabar menunggu.
Sebelum berhenti makan kami meronda-ronda kawasan nelayan di kampung Sungai Ayam yang agak terkenal kerana banyak warung-warung makanan yang dikendali oleh orang-orang Melayu.
Ada satu spot kawasan yang agak cantik dan saya ambil kesempatan
ambil foto. Cuaca agak muram maka tidak nampak keindahan sebahagian pantai yang ada ini.
Sebahagian pantai yang lain hanya menampakan deretan tempat mendarat
bot-bot ikan setiap hari. Yang di atas ini adalah sebahagian yang saya lihat.
Tidak kelihatan penduduk berjalan-jalan kerana hari sudah petang.
Mungkin mereka di rumah berehat atau ada yang sudah ke laut
menangkap ikan waktu malam.
Kami diberitahu kawasan nelayan ini majoritinya dari keturunan Cina.
Amat beza dari apa yang saya nampak di Pantai Timur.
Rumah-rumah mereka tegap dan punya kereta untuk kemudahan harian.
Jelaslah bahawa status ekonomi mereka lebih baik.
Tidak hairan kerana Joohor adalah negeri yang lebih maju maka tidak kelihatan berhampiran sini penduduk yang agak melarat hidupnya.
T
Tetapi ini adalah pemerhatian rambang dan tidak boleh
dibuat ukuran yang sah. Ini bukan seperti pemerhatian pakar penyelidik.
Maka siapa jua yang peduli nasib bangsa bolehlah
Maka siapa jua yang peduli nasib bangsa bolehlah
meninjau-ninjau kawasan ini dan lihat perbezaannya.
Kami hanya ronda-ronda dan "berbicara" standard kedai kopi sahaja.
Walauun berbagai yang kami bicarakan tetapi kemana akan kami bawa??
.................................
Saturday, February 2, 2019
Mengerat-padu semangat di SmarTop.....
Ini tahun ke7 saya bersama SmarTop Subur Firah Tadika dan Taska. Sudah tidak selalu ke Tangkak ... remote control sahaja. Pengetua kami efisyen dan Alhamdulillah we are managing okay. Sokongan sukarela kekawan membuat tugas kami ringan sedikit. Bersatu kita teguh, becerai kita runtuh. Alhamdulillah.
Ada program latihan bagi guru dan pengasuh yang kami adakan mandatori sebulan sekali. Tujuannya adalah untuk menitikberatkan fahaman mengenai cara mendidik anak-anak Tadika dan Taska dari segi Psikilogi.
Pensyarah kami ialah Hjh Norlida Md Top yang kami datangkan
khas dari Kangar, Perlis.
Beliau adalah juga ahli Lembaga Penglola Tadika dan Taska kami.
Beliau aktif dalam NGO Haluan dan dari beliaulah kurikulum dapat dibina supaya ia lebih menepati kehendak semasa. Beliau punya kelulusan Sarjana
dalam Kaunseling dari University tempatan.
Alhamdulillah program berjalan lancar dan sessi soal jawab pun memuaskan.
Program tamat jam 1 tengah hari pada 2 Januari yang lepas.
Kami rakam peserta yang hadhir. Ceria semuanya. Waktu latihan seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli Lembaga dan semua staf. Kami buka peluang latihan pada sahabat-sahabt yang minat dikalang penggerak masyarakat yang ada di Tangkak.
Alhamdulillah kami dapat bertukar-tukar pengalaman dalam pendidikan.
Ini teman /partner saya yang bekerja keras menjayakan program ini.
Semoga Allah kurnia kesihatan yang sempurna untuk meneruskan jihad kami dalam pendidikan.
Semoga Allah memberkati usaha ini. Aamiin ya Rabb..,...
Ini pohon bunga yang sentiasa menceriakan kawasan Tadika dan Taska kami
di Bandar Tangkak.
Nanti lain kali saya cerita pula Taska kami yang di urus di bangunan
Maktab Matrikulasi juga di Tangkak.
Semoga Allah memudahkan segala urusan.
............................
Friday, February 1, 2019
Esuk bagi ku......
Rentak Hati di Pagi Jumaat.
Cantik Malaysia ku.....dahulu dan kini.
Allah kurnia yang secukupnya bagi semua di bumi ini
Malahan amat lebih dari mencukupi
Cuma kita tidak mahu mengerti
Tidak mahu mengerti Malaysia ini bukan tempat untuk berkelahi
Berkelahi sesama sendiri apatah lagi dengan mereka yang menumpang di sini.
Biarlah yang lepas itu lepas, yang silap ambil iktibar
Kerana bapa-bapa kita yang dahulu bukan semuanya bijak dan pintar
Dan bukan semuanya mengambil pesanan ulama', kata-kata mereka mungkin terbiar
Kerana waktu itu hanya berfikir tentang rezki yang Allah sudah pun janji
Tidak dapat melihat selain itu memohon semoga hidup ini diberkati
Tetapi kita jangan putus asa, singkirkan semua sesalan
Berbicara apa pun seperti tidak akan nampak kesudahan,
Sesalan memanjang tidak akan membawa langkah yang berkesan
Ayuh....kita ambil tekad baru, semangat baru, minda baru
Tukar cara berfikir dan tumpu usaha tanpa mengenal penat dan lesu
Membujur lalu melintang patah kita cari tindakan yang perlu
Maruah Malaysia kita bela, jangan sesiapa ingat kami tiada tenaga dan aqal yang jitu.
Ayuh....kita kembali pada yang maha Pencipta, yang maha berkuasa
Saya ajak dan jemput semuanya....semuanya.
Tidak kira rupa keturunan dan warna budaya.
PanduanNYA, tuntutanNYA jangan ambil ringan, tanpa RahmatNYA kita akan terbabas keluar
Kita berjiwa besar, berfikiran lebar, tidak takut dari sudut mana kita dicabar.
Itu contoh akhlak Rasulullah, jika kita ikut Allah bantu tanpa perlu senjata tanpa perlu pertolongan luar.
Cantik Malaysia ku ....dahulu dan kini
Jangan siapa ganggu gugat tidak mahu mengerti
Sejarah bumi ini punya warisan yang harus dipelajari dipatuhi dan dihayati
Supaya tinggi mana dan kaya mana, harus tahu bumi ini aku yang punya.
Bapak ku menebang hutan tanpa bayaran tanpa nasi suapan, tanpa atap teduhan
Siapa menumpang kerana dasar penjajah janganlah lupa jasa perjuangan anak watan
Jangan dikira itu satu suratan, itu silap dasar penjajahan
Yang hari ini harus diperbetulkan dan dihormati tanpa soalan dan jeritan.
Jangan siapa berani mendabik dada
Malaysia ini aku yang punya.
Dan juga siapa yang bersama ku mentauhidkan yang maha ESA.
Ingat....
Cantik Malaysia ku.....dulu dan kini.
................
Subscribe to:
Posts (Atom)