"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 28, 2019

SEMENYIH....kan cantik !


Image result for bunga2 di semenyih


Bila saya google Semenyih mengenai kecantikannya, dipaparkan taman-taman bunga yang indah-indah. Foto di atas ini adalah antaranya. Hening nyaman......

Saya mencari-cari keantikannya dalam kemelut suara hingar bingar yang saya dengari dalam Utube bersabit akan terlaksananya Pilihan Raya Kecil pada 2hb Mac ini. Berbagai pendapat yang kedengaran dari kedua-dua belah pihak. Ada yang kedengaran  "lantang " dari yang lainnya. Berbagai-bagai maklumat yang disebarkan. Saya rasa ada yang benar dan ada yang tidak berapa benar, ada yang ditokok tambah dan ada fakta yang cuba disembunyikan.

Ada kumpulan yang mendekati rakyat dari dekat melalui pasar-pasar dan masjid-masjid dan ada yang membuat tempat khas. Semuanya mahu menunjukan keunikan masing-masing dan mahu menunjukan bahawa merekalah yang berkata benar.

Saya kadang kala tersenyum mendengarinya dan ada kadang kala rasa panas ditelinga. Tapi saya dengari juga kerana saya mahu memberitahu anak cucu saya apa yang saya fikirkan betul dan haraus dicontohi atau diteladani.

Ada juga pendapat yang mencari jalan tengah dengan tegoran-tegoran yang munasabah. Tetapi amat sedikit sekali mereka yang berbuat demikian.

Saya mencatat peristiwa di Semenyih ini kerana merasai keinsafan sepertinya tidak ada satu kesedaran yang kuat bahawa kita sebangsa dan seagama dan seharusnya berhujah dengan bahasa yang baik dan berhemah. Tidak menuduh melulu dan tidak juga menggunakan sindiran-sindiran yang bolih melukakan perasaan, tidak kira dipihak mana. Dan saya juga berpendapat bahawa jika berhujah mahu mempertahankan keagongan dan kemuliaan Islam maka kita harus lebih bersopan dan menggunakan fakta yang sohih dan berasaskan sumber yang sohih.

Kata setengah orang kita tidak akan dapat dan tidak boleh mempertahankan Kebenaran Islam melalui jalan politik kerana politik bersifat berbagai cara dan warna yang ada kalanya bercanggah dengan kehendak prinsip Islam itu sendiri. Maka kita harus berhati-hati.

Saya mohon ampun atas kelemahan sendiri dan berdoa semoga apa jua keputusan rakyat, Allah akan sentiasa menunjuki jalan yang benar dan memimpin ke jalan Redhanya.

Sekian.........

Semenyih kan cantik !  Ayuh sama-sama kita mencantikan hati budi........


................

No comments:

Related Posts with Thumbnails