"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 17, 2019

Deria Lihat ku....


Image result for deria lihat
foto carian google.


Alhamdulillah, kita bersyukur Allah kurnia berbagai deria untuk hidup penuh nikmat walaupun hidup ini untuk sementara sahaja. Allah maha Mengetahui dan maha Bijaksana....Allah maha Kurnia apa yang terbaik bagi hamba-hambanya.

Deria penglihatan saya bermasaalah sudah sekian lama dan saya berulang alik ke Pusat Perubatan Universirty Malaya PPUM mencari jalan memulihkanya. Tidak bolih ditangguhkan lagi. Hari Isnin lalu saya masuk wad dan hari Selasa cataract di mata kiri  yang sudah agak lanjut di bedah semoga penglihatan saya dapat dipulihkan. Kini hampir seminggu tetapi fokus penglihatan belum seperti dahulu. Haruslah bersabar.......
Minggu hadapan saya akan ke PPUM lagi untuk dilihat semula. Pembedahan cataract bukan luar biasa. Tetapi oleh kerana saya ada masaalah darah tinggi, kencing  manis, kolestrol dan jantung yang agak sensitif maka Doktor harus memantau keadaan saya sebelum membuat pembedahan.

Pengalaman masuk ke bilik bedah agak menakutkan buat saya. Saya sememangnya takut hospital. Tiada waris menemani saya. Saya katakan tidak perlu walau pun dalam hati rasa sedikit khuatir. Saya tekad untuk seorang sahaja menghadapi masaalah sendiri. Terdetik dalam hati kalau menghadapi sakaratul maut pun tentunya seorang diri.

Bilik bedah amat sejuk. Tidak terkira sejuknya buat saya walaupun saya suka sentiasa dalam bilik berhawa dingin. Gilirin saya dirasakan amat lama. Rasa seperti hampir satu jam. Kedengaran juga komen-komen dalam tempat menunggu mengenai pengalaman doktor dan karenah pesakit. Tetapi tidak difahami hujung pangkalnya. Maka saya senyap-senyap berdoa semoga Allah mudahkan segala urusan pembedahan ini dan semoga Allah kurnia semula kesempurnaan deria lihat buat saya.

Berbagai lintasan lalu difikiran saya. Kalau menanti pembedahan begini sudah rasa sulit dan takut, bagaimana agaknya saat-saat berhadapan dengan sakaratul Maut. Rasa degupan jantung agak pantas. Hanya mampu berdiam diri dan zikrullah seperti yang diajarkan.

Saya hanya diberi Local Anasthetic  sahaja. Maka kedengaranlah semua percakapan di sekeliling saya. Saya tidak faham tetapi tetap menambah rasa khuatir. Oleh kerana PPUM adalah hospital yang mengajar pelatih-pelatih dalam bidang kedoktoran, maka jelas juga saya dengari apa yang di katakan oleh doktor bedah pada doktor-doktor pelatihnya. Rasa takut tetapi hanya mampu berdoa terus.......

Rasa lama tetapi akhirnya selesai. Alhamdulillah. Rasa sakit bekas jarum bius dan doktor kata ada sedikit pendarahan. Doktor cuba memberi keyakinan bahawa pembedahan itu normal dan saya tidak perlu bimbang.

Alhamdulillah....dan alhamdulillah. Bersyukur tidak terkira.

Saya rasa lega walaupun harus mengikuti prosidur selepas bedah di katil wad tingkat 7 Menara Timur. Dalam berbaring rehat teringat saya peristiwa yang diceritakan oleh seorang teman akrab yang berdamping rapat dengan 3 anak muda yang hilang deria penglihatan disebabkan masaalah kesihatan yang tidak dapat dipulihkan. Salah seorangnya amat berminat fotografi dan saya diceritakan bahawa beliau sentiasa berkeliaran di luar tempat kediamannya dan juga di rumah persinggahan yang dibawa oleh teman saya dimana mereka membantu dalam program latihan motivasi anak-anak muda yang bermasaalah akhlak. Anak muda ini akan terus mengambil foto. Katanya deria peglihatannya hanya tinggal sedikit sahaja lagi maka itulah ia mahu memunafaatkannya sebaik yang mungkin untuk mereka yang dapat melihat tanpa masaalah. Tersedih saya ketika teama saya bercerita dengan saya dan amat tersentuh dengan kebijaksanaannya. Deria lihat saya insyaAllah akan pulih. Anak muda ini tidak ada pilihan. Cetita ini saya dengari lebih kurang 3 tahun yang lalu.

Baru-baru ini teman saya menunjukan pada saya hasil penulisannya dalam kerja-kerja NGO yang diketuainya. Buku kecil itu sudah diterbitkan untuk bacaan umum dalam usahanya mengumpul dana untuk kerja-kerja kebajikan yang diusahakannya.  Dihujung buku itu ada penulisan ala sajak yang ditulis oleh anak muda ini. Termenong buat beberapa ketika apabila saya membacanya. Teman saya rakamkan ia menulis.....(dengan maksud):

    "Jika  Allah beri pilihan pada kita deria rasa yang mana yang kita mahu serahkan dahulu pada Allah ?

Saya tiada jawapan. Hanya rasa amat tersedih.....

Dalam berbaringan di atas katil wad tidak berhenti-henti saya terkenangkan kisah ini.....
Kita tidak ada pilihan. Semuanya hak mutalk Allah swt. Allah yang maha Esa maha Pencipta.
Kita harus mensyukuri dan gunakan semua deria yang Allah kurnia hanya untuk yang halal dan baik.(Halalan Thaiban)
Semoga Allah sentia melimpahkan Rahmatnya dalam apa keadaan sekjalipun. Allah amat kasih sayang pada hamba-hambanya. Kitalah yang harus mengerti dan menghargaininya....

Mohon keampunan Mu Ya Rabb.....


.............

No comments:

Related Posts with Thumbnails