"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 9, 2020

Ketagih jalan-jalan di celah-celah Covid19....

 

Bismillah Calligraphy23.svg

Dalam kemelut Wabak Covid19 di negara kita yang makin membimbangkan
 kita seharusnya duduk di rumah jika tiada perkara penting yang hendak diselesaikan di luar rumah.
Kami akur dan cerita yang saya turunkan di sini berlaku
 pada 26 Sept ...... sebelum kemelut bertambah buruk.


Kami mula perjalanan selepas solat Asar. Cuaca redup dan 
bagi warga tua macam saya dan suami perjalanan seperti ini amat menceriakan.Sudah lama kami tersorok di rumah
 patuh PKPP untuk kebaikan semua.      . 
Alhamdulillah. Anak-anak saya merancang pergi ke Sungai Petani
 kerana urusan keluarga yang penting untuk diselesaikan segera. 
Saya dan suami ambil kesempatan untuk merasai
 angin yang segar di luar sana.


Kami berhenti makan di Perai di Restoran Hamidiah.



Hidangan makanan di Restoran ini kesukaan suami saya. 
Anak-anak pun teruja memilih hidanagan yang ayahnya suka
 dari zaman muda lagi.
Alhamdulillah.



Malam itu kami bermalam di hotel kecil sahaja.
Amat sederhana kemudahannya. Alhamdulillah. Kesyukuran 
atas apa jua kurniaan Allah.
Ustaz menasihati begitu. Jika ada jimatan eluk sahaja 
kongsikan rezeki dengan orang lain.



Ini anak saya dan adiknya yang berlainan ayah.


Dan ini kekuarga besarnya. Liku-liku hidup berbagai dan setiap laluan ada hikmahnya jika kita dapat lihat dari mata hati.


Ini pertama kali mereka berurusan bersama setelah 
beberapa tahun tinggal berjauhan.
Manusia ada perancanagan. Tetapi yakinlah bahawa
 Allah itu maha Perancang 
dan kita harus bersungguh-sungguh dan ikhlas mencari RedhaNYA.



Dalam perjalanan pulang kami singgah pulak di restoran
 mee udang yang terkenali Sungai Dua.
Alhamdulillah. Hajat suami saya mahu menjamu selera kesukaannya
 semasa muda dapat juga akhirnya.



Destinasi akhir kami singgah ziarah emak saudara suami saya
 di Kubag Ulu, Penanti.        .
Ia berumur 86 tahun dan sudah mula lupa-lupa tetapi ia masih ingat
 suami saya. Ia anak saudara kesayangannya dari masa kecil lagi.


Anak saya rakam foto ini buat kenanagan. Entah bila dapat bermesra lagi.
Alhamdulillah.


Antara pemandangan Sungai Petani di celah-celah Covid19.
Semoga Allah pelihara kita semua dan kurnia umur yang bermunafaat 
dan hidup sejahtera hingga ke akhir hayat.
Aamiin ya Rabb....




2 comments:

Melor Aziz said...

Kubang ulu dekat dgn rumah saya��
Terus menulis, saya suka baca coretan Puan��

ngasobahseliman said...

Sister Melor,
Terima kasih singgah di blog saya. Alhamdulillah ada yang suka baca. Saya menulis sebagai satu terepi di umur dewasa tua. Setengah orang suka tanam pokok bunga, ada yang suka cuba resepi baru makanan dan sebagainya. Saya membaca dan menulis supaya otak cergas, dengan izin Allah.Salam.

Related Posts with Thumbnails