Kalau kita lihat seseorang menghadapi masaalah, jangan cepat
menyalahkan mereka itu.
Kita tidak tahu, dan tidak pernah tahu apa sabab-musabab
yang sebenarnya.
Maka kita cuba bantu sahaja tanpa menyalahkan
mengapa sesuatu jadi begitu
dan jadi begini. Kita tolong sahaja.
Dalam video ini kita lihat seperti orang ini sepatutnya
lebih perhatin atas dirinya sendiri kerana ia nampak kuat.
Namun kita tidak akan tahu sejarah hidupnya yang sebenar.
Sedih bila saya dengari dari kecil lagi
ia memeang selaru kelaparan.
Sedih kan.?.......
Jom kita doakan orang-orang seperti ini semoga
Allah limpahkan kasih sayangNYA dan meredhainya hingga
ke akhir hayat dan hingga ke Jannah.
Dan semoga kita berasa insaf kerana kita tidak pernah kelaparan.
Semua ujian Allah ada hikmahnya.
Jangan kita merasai diri kita terpilih kerana kurang masaalah.
Kita harus takut Istidraj dari Allah.
Semoga kita tidak tertipu dengan kesenangan yang kita dapati.
Harus selalu berserah pada Allah dan
menghindar segala larangannya.
Antara yang mudah kita berbuat salah ialah membazir makanan.
Kita sering tidak menghabiskan maknan di pinggan
dan tidak mendidik anak cucu supaya mereka
belajar prihatin atas kurniaan Allah.
Saya pun sendiri banyak kekurangan dan kelemahan.
Sama-sama kita berdoa Allah memelihara kita semua
dan semoga Allah meredhai usaha kita semua untuk sentiasa
bersyukur atas segala kurniaanNYA.
Aamiin ya Rabb....
No comments:
Post a Comment