Alhamdulillah saya sudah Vaksin Booster.
Terlalu banyak ilmu jenis Vaksin apa yang sepatutnya kita ambil.
Saya tidak mampu memahami kesemuanya.
Maka saya turuti sahaja perintah kerajaan untuk vaksin.
Saya hanya mampu berdoa ini yang terbaik di sisi Allah jua.
Saya bertawakal.
Ikuti lah video di atas dan buatlah penilaian sendiri
terutamanya mengenai kebajikan anak-anak kecil.
Semoga Allah memelihara semua.
Fenomena akhir zaman terlau banyak untuk saya
buat kesimpulan bersendirian.
Yang penting buat saya ialah mematuhi apa yang di dalam
alQuran dan apa yang dituntut di dalam Hadith.
Saya tidak mampu memahami dan mengikuti semuanya.
Tetapi saya tetap yakin bahawa apa jua yang Allah izin berlaku
atau tidak berlaku pastinya ada hikmah disebaliknya.
Maka kita jangan putus-putus
memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt jua.
JOM ikuti. Berfikir dan berdoa dan yakin bahawa Allah lah
yang maha Mengetahui dan maha Bijaksana dalam semua hal.
KepadaNYA sahaja kita berserah
untuk kebaikan di Dunia, di Alam Barzah dan di Akhirat.
Mohon Pertolongan MU jua Ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment