Alhamdulillah. Kini saya hampir berumur 77 tahun
mengikut kiraan Hijriah.
Apa yang ada di dunia AI sekarang pun saya sudah pening dan
tidak dapat mengikuti sepenuhnya.
Inikan pula dunia Metaverse.
Saya Pening Giler masih okay lagi. Tetapi saya amat khuatir dengan
perkembangan mental dan Rohani anak-anak dan cucu-cucu
dan seterusnya Cicit-cicit.....
Sekarang pun sudah amat susah untuk mengawal
kecenderungan mereka dengan apa jua yang ada,
inikan pula Dunia Fantasi Metaverse.....
dan "Entah Apa Lagi".
Semoga Allah jauhkan dari penemuan dan pembangunan
apa jua yang akan merusakakn pemikiran dan keimanan
anak-anak umat Islam
sekarang dan masa akan datang.
Sohih Akhir Zaman sudah hampir ke garis penamat.
Manusia makin gila-gila mencipta sesuatu untuk bermegah-megah
dengan kepintaran Otak dan lupa atau tidak mahu percaya
bahawa AlQuran sudah memberitahu
bahawa Dunia ini akan ada AKHIRNYA.
Tentu ramai kita yang tahu dan kenal juga dengan Elon Musk.
Ia amat terkenal sekarang ini dengan kepintarannya di bidang
Sains dan Teknologi dan lain-lain yang saya sudah tidak mengerti
macam mana hendak bercerita sepenuhnya di sini.
Cuma yang saya rasa Elon Musk ini adalah
"Manusia yang Luar Biasa Peliknya"
yang tidak percaya wujudnya
Tuhan Allah swt yang maha berkuasa atas segalanya.
Allah yang Maha Pencipta tidak pernah ada dalam Hatinya.
Semua orang yang tahu dan mengenal dia
tahu bahawa dia (antara lain) sedang
berusaha kuat untuk membangunkan Planet Mars
kerana katanya jika Planet Earth ini tamat musnah,
manusia boleh berpindah ke Planet Mars dan terus hidup.
Bayangkan "Pemikiran" nya yang diyakini itulah kebenaran.
TAKUT DIA TERLAMBAT UNTUK TAHU APA ITU
KEBENARAN YANG MUTLAK.
Takut dia terlalu confident dan menjadi sombong dengan
kepintarannya dan kekayaannya hingga yakin
tidak ada siapa pun dan apa pun
yang dapat menandinginya.
Na'udzubillah.
Kami berlindung pada Allah swt dengan perkara itu.
(Dan semua perkara yang sepertinya).
Apa pun ikutilah video ini.
No comments:
Post a Comment