Ini cerita selingan hati saya yang telah lama berada
dalam alam persaraan.
Dalam suasana sana sini masih cuba mengatasi masaalah banjir dan masaalah Covid 19 yang belum nampak bila akan selesai,
saya sering berfikir-fikir bagaimana kesudahan manusia
dalam senario Akhir Zaman ini.
Saya berfikir di sini hanya melayani diri sendiri dan bukan untuk
menyatakan saya bijak berfikir.
Malahan dalam umur selanjut begini daya berfikir
pun amat berkurangan. Saya berumur 76 tahun
mengikut kiraan Hijriah.
Namun saya bersyukur kerana saya lupa-lupa sedikit tetapi
saya belum ketahap 'lupa-lupa terus'.....
(semoga Allah swt pelihara deria ingatan saya
hingga ke akhir hayat.....Aamiin).
Saya suka memerhati laluan hidup kaum yang hampir
pertengahan umur, terutamanya,
bukan untuk mencari kesalahan tetapi sekadar mahu mengukur
diri sendiri dalam memahami prinsip hidup dalam sudut kedewasaan
yang sudah amat menghampiri garis penamat ini.
Saya duduk termenung memikirkan keperibadian mereka
yang rasa pandai tetapi sebenarnya mereka hanya pandai ikut-ikutan.
Mereka menyangka dirinya pandai hanya semata-mata
mereka hidup dalam kumpulan orang yang pandai-pandai.
Mungkin mereka pandai dan berjaya dalam kerjaya,
dalam perniagaan dan berbagai lagi bidang
tetapi rata-rata gaya hidup mereka tidak mengambil berat
tentang hukum hakam peradaban yang diwarisi
ahli masyarakat yang beraqidah Islam.
(Dalam kes ini saya merujuk sikap seorang yang saya kenali
walaupun dari jarak jauh).
Ekonomi beliau dan keluarga amat memberangsangkan
dan sebab itu ia merasai kejayaan itu adalah hak hasil
kerja diri sendiri tanpa perlu meminta-minta dan tanpa perlu
mendapat pertolongan ibu-bapa, walau mohon doa sekalipun.
Mungkin ini adalah kerana doa tidak dipercayai berperanan.
Yang penting pandai berfikir, pandai mengolah permasaalahan
dan pandai mencatur jalan kehadapan dengan
caranya sendiri sudah mencukupi.
Saya perhatikan ia mengharapkan kejayaan kebendaan
dan ia rasa berjaya.
Sebelum kemelut covid19 senario ekonomi negara baik dan ia dapat
meraih keuntungan tanpa banyak masaalah.
Tiba-tiba kita di Malaysia dan dunia semuanya dilanda
wabak Corona Virus.
Maka banyak perniagaan yang menanggong kerugian.
Individu yang saya perhatikan ini meyalahkan peristiwa
yang melanda dunia. Tetapi dalam pemerhatian saya
keuntungan pelaburan yang sangat merosot adalah disebabkan gaya pengurusan yang tidak mengmbil berat masaalah pekerja,
terutamanya pekerja bawahan.
Semasa kejayaannya memuncak sikapnya adalah seperti
sikap orang yang menyangka dirinya berjaya tanpa pertolongan
orang lain dan tanpa
sokongan keluarga dan sahabat handai.
Lebih mengharukan saya sebagai pemerhati ialah sikap dan
kepercayaannya bahawa kejayaannya adalah hasil
penglibatannya dengan kekawannya yang menasihatkan beliau untuk merujuk pakar Feng Shui yang rata-rata di percayai kuat oleh
budaya yang bukan budaya Melayu dan Islam.
Sekarang saya perhati ia seperti kebingungan kerana semua
usahanya sekarang tidak menjadi dan usaha
yang dahalu sudah kabur
entah ke mana. Saya terus memerhati.
Saya ingin memberi pandangan tetapi saya yakin
tidak akan didengari kerana ia sudah menjadi yakin bahawa
hanya caranya sahaja yang
boleh membawa kejayaan seperti dahulu.
Ia amat tidak faham bahawa semua usaha kita diperhatikan
Allah yang Maha Tahu segalanya.
Allah kurnia aqal untuk berfikir dan kurnia hati dan Ruh
untuk meyakini bahawa manusia hanya boleh
berikhtiar dengan cara yang betul dan cara yang syarie.
Jangan sesekali terpedaya dengan pemikiran yang tidak
mengikut cara yang Allah redha. Pandai belum tentu Allah suka.
Kerana pandai itu pun kurniaan Allah dan tidak
sewajarnya di ambil sikap bahawa seseorang itu pandai segalanya
dengan apa cara sekalipun.
Banyak lagi yang saya perhati tidak betul. Ia amat yakin dan cuba menncontohi pengalaman mereka yang berjaya di Barat seperti
Bill Gates dan seumpamanya. Dari mana ia dapat keyakinan ini pun saya tidak faham. Ia selalu buat "meditation" seolah-olah itulah cara untuk berfikiran hebat dan cara itulah yang membuat seseorang itu punya kematangan yang boleh membantu ia
berfikiran "di Luar Kotak".
Ia selalu juga memasuki kumpulan yang "bermeditasi"
untuk menguatkan dan membuka fikiran
yang boleh meraih kehebatan.
Cara pemikiran Islam sepertinya tidak relevan sama sekali.
Saya amat kenal individu ini walaupun dari jauh.
Tetapi say hanya memerhati dan hanya berdoa selalu semoga
Allah mengubah cara ia berfikir dan bertindak.
Semoga ia faham Islam itu unggul dan seseorang itu
perlu pada orang lain.
Semoga tidak ada lagi sifat "menyombong diri"
dan berfikiran ia boleh berjaya dengan caranya sendiri.
Semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayah dan memimpinya
ke jalan yng Allah redhai.
Sampai disini sahaja "fikir-fikir" saya kerana saya
menyedari bahawa diri saya pun masih banyak kekurangan
dan kelemahan dan masih selalu membuat kesilapan.
Saya hanya mampu berdoa semoga Allah swt kurnia kebaikan yang tertinggi disisiNYA dan semua selamat di Dunia, di Alam Barzah dan di Akhirat nanti.
Aameen Ya Rabb....
No comments:
Post a Comment