"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 21, 2022

SELINGAN RINGAN ...@Off Grid Hot Tent Winter Camping in Snow






Saya kongsikan selingan ringan video di atas.
Saya sering juga meninjau cerita di musim sejuk salji
 di negara yang dingin sekarang.
Tujuan saya hanya untuk mengalih fikiran dari memikirkan hal-hal
 yang berat yang Malaysia hadapi.
Boleh sahaja saya ikuti Sidang Parlimen. Tetapi itu lagi parah buat 
minda saya kerana di Malaysia ini jarang sekali pihak
 Pembangkang hendak menyokong pihak kerajaan. 
Semua yang kerajaan buat tidak kena.
 Walhal kalau pembangkan jadi kerajaan pun banyak hal yang
 mungkin tidak selesai dan
 banyak hal juga yang harus dipersoalkan.
Itu lumrah manusia.
 Kerana ramai manusia yang hanya bergantung pada
 pemikiran sendiri dan
 kekadang tidak langsung meminta pertolongan Allah, 
ZAT yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa atas segalanya.
Kalau kita rajin merujuk pada Allah saya yakin jika ada 
masaalah sekalipun, manusia tidak akan rasa ketakutan 
yang amat sangat dan rasa terancam
 dan rasa hilang akal.
JOM kita reset minda dan melatih hati untuk bergantung pada Allah.
Allah swt tidak pernah menzalimi manusia yang 
 di cipta dengan penuh
Kasih Sayang. Cuma kita harus tahu bagaimana mahu
 mendapatkan Redhanya.
Kita ikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.
Saya kekadang pun lupa bahawa saya hamba dan saya perlu pertolongan. 
 Syaitan sememangnya suka mengelincirkan manusia.  
JOM kita sentiasa waspada dan berharap hanya pada Allah swt
 dan bukan yang selain dariNYA.



No comments:

Related Posts with Thumbnails