Mengikuti video ini rasa bertambah rindu pada Emak, terutamanya.
Emak saya meninggal dunia pada tahun 2004 dalam umurnya 94/95 tahun.
Saya berumur 56 tahun ketika itu.
Saya selalu mengikuti channel ini kerana rasa tersentuh
dengan cerita-cerita orang tua yang serba tidak
cukup kemampun mengurus diri.
Mereka sering sendirian kerana jika ada anak sekalipun,
anak-anak tinggal jauh dan tidak berkemampuan untuk ziarah selalu
atau menjaga ibu/bapa sepenuhnya.
Channel CAK BUDI OFFICIAL sering membawakan cerita
yang membuat hati sesiapa jua
merasa rindu pada ayah/ibu atau emak/bapak.
Emak saya semasa tuanya dijaga oleh kedua kakak saya yang
sekarang berumur 85 tahun dan 82 tahun. Mereka tinggal berhampiran,
dan kakak saya yang tua sekali duduk sama dengan emak saya.
Saya anak bongsu dan tidak menjaga emak saya sepenuh masa kerana
saya masih bekerja.
Suatu hari emak saya bertanya: "bila engkau nak pencen?
Aku nak duduk dengan engkau."
Terkejut saya tetapi buat rasa biasa. Saya ingat lagi dan kata:
"Bila-bila masa boleh pencen mak."
Emak saya diam. Esuk harinya saya buat permohonan
bersara awal dan dalam beberapa hari diluluskan.
Saya amat rasa lega tidak ada masaalah dan boleh memenuhi kehendak
emak saya. Saya terus bercuti rehat dan buat perkiraan
emak duduk terus dengan saya.
Namun demikian saya sentiasa rasa sedih rindu emak kerana
semasa saya jaga emak dia jarng-jarang panggil saya untuk perhatiannya.
Dia akan panggil nama Kakak saya yang sering bersamanya
sejak emak saya memerlukan penjagaan rapi kerana umur tuanya.
Dia akan panggil: "ROM....Rom. (pendek buat ROMLAH).
Pembantu rumah saya perasan fenomena ini dan rasa kesal
kerana tidak panggil nama saya.
Nama saya di rumah "Sah..." (pendek untuk Besah/ Habsah).
Sering saya tunduk berfikiran rasa kesal yang amat sangat
kerana ia sangat mesra dengan panggilan "Rom" dan bukan "Besah/Sah".
Saya rasa kesal kerana tentunya ada rasa terguris di hatinya
kerana tidak menjaganya dari awal-awal lagi.
Saya tanyakan padanya: "mengapa panggil ROM mak?"
Dia akan senyap sahaja dan terus minta apa yang ia mahu.
Biasanya ia mahu saya tidur dekat bersamanya.
Saya "piget-piget" dia. (massage in Javanese).
Saya keluarga keturunan Jawa.
Hingga hari ini saya sentiasa teringat peristiwa itu dan igin
berkongsi betapa rasa kesal saya tidak menjaganya dari awal-awal lagi.
Saya tidak sangka dia suka dengan anak bongsu.
Agaknya dia sudah merasai ia tidak akan lama hidup dan
amat sedih agaknya meninggalkan keluarga.
Saya sempat menjaganya selama setahun sahaja sejak bersara pilihan.
Saya tidak menghadap saat-saat terakhirnya kerana saya
berada di Penang ikut suami bertugas.
Pada masa itu emak saya ada di kampung degan kakak saya "Rom".
Saya cerita kisah ini sekarang kerana amat merasai amat sedih
pada orang tua yang dalam video di atas.
Pesanan saya pada anak-anak yang masih ada ibu atau ibu/bapa
supaya perhatin dengan kehendak mereka yang tidak dizahirkan.
Orang lebih muda selalu "ambil mudah". (termasuk saya).
Kalau sudah ada yang menjaga, itu sudah memadai.
Kita tidak baca dan meneliti rasa hatinya yang tersembunyi.
Semua Ibu/emak sayang anak dan mungkin tidak sampai hati mahu mencadangkan sesuatu.
Maka saya janji dengan diri untuk tidak mengabaikan emak
walaupun dia sudah tiada. Saua cuba ikuti nasihat ustazah/ustaz
apa yang harus kita buat sekarang.
Nasihat saya: "Jangan kesal kemuadian.
Buat yang terbaik untuk orangtua sekarang.
Dan jangan tangguh-tangguh.
Tidak siapa yang tahu umur kita bila akhirnya.....".
Semoga Allah mengampuni saya dan semoga saya dapat bertemu
semula dengan emak/bapak saya di Syurga Firdaus tanpa hisab
dengan semua yang saya sayang.
Semoga Allah terima doa saya.
Aameen, Aameen Ya Rabbal Alameen.....
No comments:
Post a Comment